Menteri Komunikasi dan Teknologi Indonesia Tifatul Sembiring memberi amaran kepada pengeluar telefon pintar Blackberry iaitu RIM ( Research In Motion ) untuk menghalang capaian laman – laman sesawang pornografi melalui telefon pintar Blackberry, jika tidak kerajaan Indonesia akan megambil tindakan untuk mengharamkan penggunaan telefon pintar Blackberry di negara tersebut.
Menurut menteri itu lagi, pengharaman capaian ke laman – laman pornografi melalui internet adalah berkait dengan undang – undang anti-pornografi Indonesia 2008, dan dilihat kemudahan yang disediakan oleh telefon pintar Blackberry telah melanggar perlaksanaan undang – undang tersebut.
“Menteri Komunikasi dan Teknologi Indonesia, Tifatul Sembiring”
Dalam hal yang berlainan, menteri Tifatul Sembiring turut meminta pengguna siber di Indonesia dan Malaysia untuk menghentikan perbalahan mereka di internet berkaitan dengan isu panas yang sedang berbangkit sekarang. Isu pembakaran bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang telah cukup untuk menjejaskan hubungan baik dua negara serantau ini.
Katanya lagi, pengguna siber seperti blogger dan komuniti aktif di laman sosial seperti Facebook haruslah mengambil peluang untuk meredakan situasi yang berlaku dan bukannya memburukkan lagi keadaan yang sudah nyata tegang.
“Demonstrasi di Kedutaan Malaysia”
Perihal perbalahan antara dua negara yang berjiran ini berlaku adalah bermula apabila pegawai Maritim dan Perikanan Indonesia menahan 7 nelayan warga Malaysia yang menceroboh ke perairan Indonesia sementara itu Polis Marin Malaysia menahan pula tiga pegawai mereka kerana mendakwa mereka memasuki perairan Malaysia secara tanpa izin ( haram ), kedua – dua kejadian ini berlaku di sekitar perairan negeri Johor beberapa minggu lalu. Sebelum ini kedua – dua negara ini sudah berbalah apabila isu asal – usul tarian pandet di persoalkan.
p/s:- BIla Malaysia nak selaraskan Internet Toyibbah ke seluruh negara?
10 Komen disini:
gambar banyak2 handset kt atas tuh semua blackberry ke bro? serius first time lihat.. err, internet Toyibbah tuh yg Kelantan wat kan?
Dah terbukti berkesan ke?
betul tu, tapi kebanyakan old version punye, memang kelantan yang perintis tapi tak dapat liputan media jadi tak tahu berkesan ke tak
haih
permainan media mereka punca benda nih berlaku
P/S : AKU MALUUU
Susah sangat ke nk block laman porno tu dari sampai sini ek?
Takkan la tkde yg terer kot nak sekat?
salam..
langkah yang baik
dalam menghalang
budaya kuning menular
tahniah buat menterinya
yang ada kesungguhan
boleh, kita boleh setting pada internet option untuk mengelakkan dari memasuki laman - laman porno. Namun untuk keseluruhan internet provider kena buat pantauan la. Semua rekod keluar masuk laluan internet diorang ada simpan
bahuih..moga dapat kurangkan masalah sosial.. ;D
canggih sungguh phone loni..watever..slmt hary rayee
bagus gak menteri dia tuh..
tapi manusia ni sekat la mcmane pun, ade je cara diorg bleh lepas gak. apapun, usaha perlu dilakukan agar bende2 tak berfaedah mcm ni sekurang2nya dpt dihalang...
p/s: internet toyyibah tu kalau meluas promosinya i.allah berjaya tu..
harus malaysia mengikut jejak ini
Catat Ulasan