MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 8 September 2010
15

selamat hari raya

Sejak dua tiga hari melakukan jelajah ke laman blog – blog rakan, saya sering terserempak dengan post – post mengenai ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Blogger untuk mereka yang singgah di blog. Walaupun nyatanya kita mungkin akan meyambut 1 Syawal Jumaat ini namun mungkin kerana cuti yang awal menyebabkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri di lakukan dua tiga hari sebelum itu.

Jadi di kesempatan ini sementara ramai Blogger belum lagi bergerak pulang ke kampung dan melupakan dunia blog sebentar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara, saya AV aka AKUVISION penulis dan pemilik blog sederhana ini iaitu Bila Aku Menulis Blog! mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semua yang mengunjungi blog ini saban hari tanpa jemu, buat keluarga di kampung walaupun memang duduk kampung yang sama sekarang ni, kekasih hati yang belum ada lagi kutemu ( borang kosong lepas raya keluar ), rakan – rakan semenganggur, rakan – rakan Blogger yang macho – macho dan cun – cun dan peminat – peminat amnya ( hahaha, hang ingat hang artis ka? ).

Maaf jika selama saya menulis blog ini ada yang tersinggung dan terasa hati, termasuklah komen – komen yang pernah saya beri pada post – post blog anda yang berkunjung dan tidak lupa di ruangan ShoutBox anda ketika melakukan jelajah blog.

Akhir kata Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin!. Sila ambil duit raya kat bawah ini dan berikan pada rakan – rakan blogger lain ( hahahah, cam tag la pulak, ada yang sudi ambil ke?)

rm100





p/s:- Jangan lupa pengumuman Raya malam ni kalau tak silap!

15 Komen disini:

apik pehe berkata...

hehehe..jangan sedih2..
halal jer semua..hehe..selamat ari raya

Mr feckry berkata...

selamat hari raya ..maaf zahir dan batin..jangan lupa gua bile makan bebanyak..hahaha

Nine0ninE CrewzNet berkata...

selamat hari raya....

MOFASAD berkata...

selamat hari raya bro

Wan_hazel berkata...

salam lebaran...dkesempatan nie wan nak ucapkan salam kemaafan ..selamat hari raya...maaf zahir dan batin..ade ke batin??hhehe..

Wan post kat ruangan komen entri ..so tak kan hilang...salam aidilfitri..

nas berkata...

ok..selamat hari raye ea av..
eh..mne acik duit digital rm100..
nak duit betul..kekeke

akuvision berkata...

heheheh, duit betul dah takda buat beli kueh raya~lalalala

Yiedpozi berkata...

Selamat hari raya.... Yeay!!! Dapat duit RM100, ekekeke....

*Cantik r header versi raya blog neh....

Long Haffiz Long Hassan berkata...

selamat hari raya bro..
jngn men mercun..dah besar dah..haha

kisah London hanya di http://coretanperantau.blogspot.com

kakyong berkata...

selamat hari raya aidilfitri


http://kakyong.com

qistynacorner berkata...

weh, bek wat watermark, kang x pasai2 ade yg bijak pandai dok cop sendiri je uit kang...hehehe.

pstt, akk nk cepocen jer, xnk byk2 :P

Humanity Life berkata...

@AV: Selamat Hari Raya Maap Zahir dan Batin ye bro!...

Artikel terkini : http://humanitylife.blogspot.com/2010/09/piranha-3-d-2010-movie-stream.html

cybernetic88 berkata...

salam raya bro. hee.smoga bergmbira disamping tersyng :D

BezBuddy berkata...

slmt ari raya awk...smoge lebaran kali ni lagi meriah ye

Tanpa Nama berkata...

VIEREIPPEHICA Glover Quin Jersey
Kareem Jackson Jersey
Brooks Reed Youth Jersey
reowlKall

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...