Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label google wonder wheel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label google wonder wheel. Papar semua catatan
On Isnin, 13 September 2010
4

google-instant

Google Instant mula diperkenalkan pada minggu lepas oleh Google, dan ianya masih terhad di laman utama Google.com ( untuk Amerika Syarikat ) dan di Google.co.uk ( untuk United Kingdom ) tetapi tidak di laman rangkaiannya yang di negara lain.

Apakah itu Google Instant?, Google Instant bukannya sejenis minuman paket segera seperti Tongkat Ali Cafe atau Nescafe 3 in 1. Tetapi ia adalah satu kaedah atau mekanisme yang ditambah baik ke dalam keputusan carian kita di laman utama Google.

Secara utamanya Google Instant akan memaparkan hasil carian anda ketika anda sedang menaip, kira macam carian siaran langsung la tetapi dalam istilah Enjin Carian kita panggil Live Search Result.

Google melancarkan Google Instant kerana dari hasil kajian dibuat oleh pihak Google, manusia menaip lebih lambat berbanding membaca iaitu sekitar 300 milisaat untuk setiap taip di papan kekunci ( keyboard ) tetapi untuk mata anda mengimbas apa yang terpapar di skrin komputer hanya mengambil masa 30 milisaat. Jadi Google Instant dapat menjimatkan masa anda untuk mencari sesuatu.

Seperti Google Wonder Wheel, Google Instant secara asasnya turut membantu anda untuk mencari kata kunci carian yang lebih fleksibel dengan keinginan carian anda. Secara asasnya Google Instant dapat memberi hasil carian Google yang lebih pantas, lebih bijak dan segera seperti Nescafe 3 in 1. Dan yang bagusnya Google Instant tidak mengganggu strategi SEO yang sedang digunapakai untuk laman sesawang atau laman blog anda.

Anda ingin mencuba Google Instant sekarang?, klik pada pautan GOOGLE INSTANT ini atau imej diatas. Dibawah ini ialah video mengenai konsep dan kaedah Google Instant berfungsi dengan lebih terperinci.

On Isnin, 17 Mei 2010
7

google-wonder-wheel1

Anda pernah dengar istilah Google Wonder Wheel?, bagi anda yang tidak pernah ianya adalah salah satu mekanisme carian yang ditambah pada Google Search. Dilancarkan pada Mei 2009 yang lalu.

Google Wonder Wheel berfungsi dalam mengembangkan lagi skop carian anda yang dicari melalui laman Google Search. Maksudnya disini anda hanya menulis satu perkataan yang ingin dicari dan secara automatik Google Wonder Wheel akan menampilkan carian yang berkaitan. Untuk contoh lihat paparan gambar diatas.

Kaedah ini sungguh berguna dalam mencari maklumat, dan sebagai jurublog seperti saya dan anda ianya akan membantu dalam pencarian info dan pencetus idea ketika otak terasa liat untuk membuat post.

Bagaimana untuk menggunakan Google Wonder Wheel?. Mudah sahaja caranya, anda hanya perlu membuat carian pada laman carian Google iaitu www.google.com. Tulis maklumat yang ingin dicari, Contohnya ‘tidur’. Untuk menggunakan Google Wonder Wheel anda hanya perlu lihat pada option carian yang berada pada sidebar seperti gambar dibawah. Pilih pada pilihan More search tool, Standard view dan pilih Wonder Wheel.

wonder-wheel-2

wonder-wheel-3

Maka hasil pencarian anda akan dipaparkan seperti gambar dibawah melalui gaya visual yang menarik. Mudah bukan?, malah ia boleh meluaskan lagi skop carian.

wonder-wheel-4

Jika anda kembangkan lagi carian, ia akan memberi skop yang makin luas lagi seperti dibawah.

wonder-wheel-5

Jika berpuashati dengan carian, anda boleh klik senarai carian disebelah visual Google Wonder Wheel tersebut. Selamat memcuba, dan moga beroleh sesuatu darinya.

p/s:- Rasa macam roda impian pulak, saya putar Halim ek Kiran la sekarang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...