Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 10 Mei 2010
4

mangosteen

Salam ziarah pada pagi isnin, kali ini saya ingin berkongsi info mengenai khasiat buah, iaitu ratu buah. Jika durian terkenal dengan gelaran raja buah, gelaran ratu buah pula disandang oleh Manggis. Anda kenal manggis?, kalau tak kenal tak tahulah saya kenapa sebab ia merupakan buah tempatan dan senang diperolehi bila tiba musimnya. Saya sendiri peminat buah manggis!.

Buah manggis kaya dengan karbohidrat serta mempunyai zat besi dan serat tetapi ianya kurang vitamin dan mineral. Jus manggis pula dilihat dapat membantu tubuh untuk melawan penyakit dan jangkitan, manakala kandungan antioksidanya dapat memperkuatkan sistem imun dan bagus untuk pengaliran darah untuk tubuh. Mengenai juys manggis tadi, ianya dapat mencegah penyakit seperti kanser, diabetis, sakit jantung dan Alzheimer.

Tak sangka rupanya buah manggis juga tinggi kadar khasiatnya, mengikut info yang saya baca para saintis di Amerika sendiri tertarik untuk membuat kajian lanjut mengenainya namun saya rasa para penyelidik di negara kita sendiri sudah menemui rahsia buah manggis.

p/s:- Tak sabar nak tunggu musim buah!

4 Komen disini:

FCUTEAM berkata...

tapi manggis susah dapat pula... ^___^




My new entry is ready
>> Jangan abaikan rupa sidebar blog u all..

ENCIK TIKUS berkata...

Da lame xmakan manggis :(

Hafiz Yusof berkata...

aku suka panjat pokok manggis sambil makan buah manggis masa aku kat kampung dulu..sebab aku ada 2 pokok manggis yg sgtlah sedap...hehehe

iJaN berkata...

alamak...xminat manggis la...
memang buah-buahan tempatan banyak khasiat macam buah import..tapi ramai yang lagi suka makan buah import..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...