Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Sabtu, 15 Mei 2010
7

Cloud

Microsoft akan mengeluarkan Microsoft Office untuk digunakan dalam Sistem Operasi Cloud atau Cloud OS yang dilancarkan tidak lama dahulu iaitu Windows Azure. Namun bukanlah saya ingin menulis mengenai Windows Azure, tetapi saya ingin berkongsi info mengenai apakah itu Cloud OS?.

Jika dilihat dari penafsiran maksud Cloud iaitu Awan, jadi Cloud OS adalah Sistem Operasi yang berada di awang – awangan. Hehehe bukanlah, Cloud OS memberi definasi sistem operasi komputer yang beroperasi melalui internet.

Bermaksud anda hanya menggunakan pelayar web untuk memasuki sistem operasi, kurang jelas lagi?. Secara terperinci, anda hanya memerlukan pelayar web seperti Mozilla misalnya untuk membuka Sistem Operasi komputer anda.

Segala intipati sistem operasi akan diakses melalui internet, pendek kata cakera keras ( hard disk ) komputer anda yang mempunyai Cloud OS dicapai melalui akses internet dimana anda memerlukan internet untuk membuka sistem operasi tersebut.( Saya pun sendiri pening nak terangkan ).

cloud sitemap

Saya sendiri pernah memcuba sendiri Cloud OS ini beberapa bulan yang dahulu, saja suka – suka untuk melihat bagaimana ia berfungsi dan adakah ia pratikal. Apa yang penting jika anda ingin menggunakan Cloud Os adalah capaian internet. Mesti laju, kalau tidak ia akan menjejaskan kelancaran Cloud OS.

Seperti OS konvensional yang lain, Cloud OS turut mempunyai pelbagai perisian asas, iaitu pemain lagu dan video, pemproses perkataan ( words processor ), pelayar web ( web browser ), platform email dan juga games asas.

Kelebihan Cloud OS pada penilaian saya ialah, ianya boleh beroperasi dengan OS yang lain, Misalnya komputer anda adalah Windows XP, dalam masa yang sama anda boleh membuka Cloud Os melalui pelayar web yang dibuka pada Windows XP. Selain itu Cloud OS turut boleh diakses di mana – mana komputer yang mempunyai capaian internet. Maka anda boleh letakkan fail – fail kerja atau fail – fail biasa anda di Cloud OS dan dalam masa yang sama boleh dicapai dimana – mana.

Cloud OS dibangunkan adalah bertujuan untuk digunakan dalam Netbook, Google sendiri telah membangunkan Cloud OS mereka yang menggunakan nama Chrome OS yang juga merupakan sebuah pelayar web.

Antara Cloud OS yang percuma di internet ialah:-

EyesOS

eyesos

JoliCloud

Jolicloud

iCloud

icloud

Saya secara peribadi pernah menggunakan EyesOS dan ICloud, jika anda mempunyai info yang lebih lanjut dan tepat mengenai Cloud OS, jangan lupa berkongsi di ruangan komentar. Jika sesiapa ingin melihat lain – lain jenis Cloud Os, layari Google Search.

7 Komen disini:

iJaN berkata...

so, kesimpulannya, cloud os ni ialah komputer online kita..apa2 kerja yg kita bt akan disave secara online dan boleh diakses dari mana2 tmpt yg lain..yg penting, kena ada talian internet...

rutikeben berkata...

tak fahm sgt..heheh

macam seperti photobucket apa smua tuh ke?edit gambar dan save gamba apa smua,boleh di akses dari mana2 tempat asalkan ada internet.. tapi ini bukan hnya gambar,contoh mic office tuh?

akuvision berkata...

boleh jugak ruti, anggap macam kita ada komputer, tetapi ini komputer online. Dan menggunakan open office

kitatauke berkata...

gud info tuan tanah...berbayar ke ni???1st time dengar...huhuh

iJaN berkata...

ada yg bayar, ada juga yg free...tapi cm besa la, bnda yg free, xsemua function boleh guna atau ada la had2 trtentu...(mcm tau je, padahal xpenah guna pun)

btul ke av?

kitatauke berkata...

hahha..takpe..atleasr bgtau pade yg tak tau macam aku ni...huhuhu...tq ...:)

liennasts berkata...

betul tu ada yang percuma, cuma limit pada kapasiti ruang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...