Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Jumaat, 7 Mei 2010
7

summer 009

Sebelum ini saya pernah mengolah artikel mengenai tidur, dimana di dalam artikel tersebut saya ada menulis tentang pentingnya tidur yang cukup namun tiada siapa yang pasti berapa lamakah seseorang itu perlu tidur. Ada yang mengatakan 7 hingga 8 jam, tapi yang pasti ianya bergantung kepada banyak faktor.

Utamanya dari segi usia, kesihatan, geografi, gaya hidup dan juga aktiviti harian saling berkait. Keperluan tidur turut berbeza diantara individu.Menurut pendapat penyelidik mengenai tidur, terdapat dua jenis tidur yang diperlukan iaitu basal sleep need – iaitu jumlah tidur yang diperlukan badan untuk mecapai tahap rehat yang optimum untuk melakukan tugas - tugas harian.

Keduanya sleep debt - iaitu jumlah tidur yang diganti ketana habit tidur yang tidak elok, serta faktor lain yang memerlukan masa gantian tidur. Secara ringkasnya, mereka yang mendapat tidur yang cukup diwak tu malam tetapi masih keletihan memerlukan sleep debt untuk faktor yang telah disebut sebelum ini.

Untuk merungkaikan tentang jumlah tidur yang cukup bagi seseorang itu, sila rujuk gambar rajah dibawah:-

UMUR

KEPERLUAN TIDUR

Bayi ( 1 – 2 Bulan ) 10.5 – 18 Jam
Bayi ( 3 – 11 Bulan ) 9 – 12 Jam diwaktu malam dan 1/2 – 2 Jam tidur siang, 1 hingga 4 kali sehari
Kanak – kanak ( 1 – 3 Tahun ) 12 – 14 Jam
Pra Sekolah ( 3 – 5 Tahun ) 11 – 13 Jam
Budak ( 5 – 12 Tahun ) 10 – 11 Jam
Remaja ( 11 – 17 Tahun ) 8.5 – 9.25 Jam
Dewasa 7 – 9 Jam

Namun in hanyalah anggaran, untuk tidur yang cukup rujuk pada tubuh anda sendiri kerana ianya sendiri adalah jam biologi. Seperti yang dinyatakan diatas sebelum ini, ia bergantung pada faktor harian kamu. Ada yang perlu awal untuk ke tempat kerja dan sebagainya.

Untuk mendapat tidur yang cukup dan sihat, para penyelidik mencadang beberapa garis panduan yang dianggap dapat membantu kualiti tidur anda, iaitu:-

  1. Buat jadual yang tidur yang konsisten
  2. Cari rutin relaks sebelum tidur seperti mandi air panas atau mendengar lagu
  3. Bina suasana tidur yang kondusif seperti keadaan bilik yang senyap dan selesa
  4. Tidur atas tilam yang selesa, begitu juga dengan bantal
  5. Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur, elakkan dari menonton TV dan menggunakan komputer ketika diatas katil
  6. Berhenti makan sekurangnya 2 atau 3 jam sebelum masa tidur
  7. Elakkan kafein

Tetapi apa yang penting, jadikan tidur itu satu keutamaan. Tidur yang cukup dapat menjaga kesihatan anda di kemudian hari.

p/s:- Piala Dunia nanti gerenti ramai tidur tak cukup!

7 Komen disini:

ENCIK TIKUS berkata...

tidur cuma 5 jam sahaje :)

Akif Mazlan berkata...

alah, bukan piala dunia ni jer,
tiap2 ari sbtu n ahad memang orang dah x tdow daa, dok tgk epl jer,,

akuvision berkata...

parahnya masa piala dunia nanti ni. epl sabtu, ahad hari coti

Rafi Harumin berkata...

akhir akhir ni selalu tidur paling lama pun 5 jam...

Syafiq Kadiran berkata...

jumlah aku tido da macam2 kanak2 riang...

taib wahid berkata...

Herm,
susah nak ikut jadual nih,sebab selalu ponteng jadual je

nanad berkata...

tidurlah anda seblom anda ditidurkan...erkk..
entry yg bagush :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...