MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Ahad, 2 Mei 2010
5




Tekken
, sebuah lagi filem live-action yang diadaptasi dari permainan video rangkaian Tekken yang di keluarkan oleh pengeluar permainan video ternama Namco. Diharap filem adaptasi ini menepati ciri yang diingini oleh peminat permainan video ini kerana kemungkinan 70% dari penonton pernah bermain dan meminatinya.

Kalau dilihat dari sejarah adaptasi permainan video, pada pendapat saya ia tidaklah seberapa berjaya atau hits kalau plot ceritanya jauh tersasar dari anggapan peminat. Lihat saja pada filem Super Mario Bros (1993), Mortal Kombat, Street Fighter, DOA dan Dragon Ball, semuanya gagal memecah panggung gara - gara jalan cerita filem yang tidak menarik dan jauh tersasar.

Saya ambil contoh filem Final Fantasy, Filem Spirit Within kurang mendapat sambutan kerana plot cerita yang langsung tiada kaitan dengan rangkaian permainan video Final Fantasy. Berbeza
dengan filem keduanya Final Fantasy Advent Child, yang menceritakan kejadian selepas tamatnya permainan video Final Fantasy 7.

Berbalik dengan filem Tekken ini, sebagai peminat saya berharap ia menepati semua kehendak
dan permintaan peminat. Kalau tidak ia bakal di pangkah dari koleksi filem pilihan seumur hidup saya (huhuhu..macam lah aku ni ada koleksi filem pilihan). Apa yang sedikit hampa, pilihan pelakon yang terlalu kebaratan penampilannya, kurang Asia la orang kata.

Antara plot utama filem Tekken ini ialah, mengambil latar belakang dunia pada tahun 2039 Jin Kazama menyertai pertandingan Tekken (Fist of Iron dalam BI) yang dianjurkan oleh Heihachi Mashima (datuk Jin Kazama) untuk membalas dendam terhadap kematian ibunya Jun Kazama. Namun itu hanya sebahagian jalan cerita, tontonlah filem ini nanti untuk lanjutan plot filem.

Diarahkan oleh Dwight Little (Anacondas, Murder at 1600) bersama kareografer seni bela diri Dion Lam (Spider-Man 2, Doom, Red Cliff), dan skrip dari Alan McElroy (Spawn, The Marine) serta David Michael Kelly, Steven Paul, Benedict Carver dan Iddo Lampton Enochs sebagai penerbit. Jika dilihat ia mempamerkan hasil karya dari mereka yang mempunyai nama - nama yang besar. Untuk info lanjutan sila google internet ya.

Sila lihat trailer filem di bawah ini:-

p/s:- Kalau ambil Bi Rain lakonkan watak Law pun ok jugak!.

5 Komen disini:

AiZ berkata...

haha... minat game juga ke? :P


u taknak komen entry i ke? hikhik.. klik kuat-kuat kat sini >>DUNIA LUAR SEORANG BLOGGER YANG NAK TEGAR



Encik aMin berkata...

wah, kna pi tgk tekken nih... :)

Mr feckry berkata...

wa mesti layan ni

lakov berkata...

wahh..tekken nk kua movie..harap tak mcm dragonball evolution.. :)

caliph shuriken berkata...

game mmg best.. hrp2 movie pun best...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...