Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 26 Mei 2010
6

Selamat pagi atau lebih tepat selamat pukul 8.15 pagi buat anda. Ingin saya bertanya sesuatu, berapa ramai antara kita yang mengambil sarapan ketika waktu pagi?. Tahukah anda sarapan merupakan masa untuk makan yang paling penting dalam jadual pemakananan anda. Terutama kepada mereka yang ingin menguruskan badan dan yang ingin konsisten dalam amalan diet.

Mereka yang mengambil sarapan kurang mengalami berat badan berlebihan berbanding mereka yang tidak, dan mereka yang kekal dengan diet adalah mereka yang mengambil sarapan. Ya, fakta ini memang ada kebenarannya.

Selain itu dengan mengambil sarapan juga kurang berisiko untuk mengalami penyakit berkaitan jantung, diabetis, kanser dan ia juga mampu membina sistem imun yang kuat buat tubuh badan anda. maka sistem imun kamu mampu menghalang badan anda dari penyakit seperti batuk dan selsema, sesuatu yang bagus dalam musim H1N1 sekarang.

Lebih bagus lagi, dengan pengambilan sarapan kamu boleh kekal aktif dan lebih konsentrasi ketika melakukan kerja, sekali gus boleh meningkatkan prestasi kerja anda. Tiadalah anda ditangkap terlelap di meja pejabat. Mengikut kajian kanak - kanak yang mengambil sarapan sebelum ke sekolah boleh mencapai prestasi pelajaran.

Tapi harus diingat pengambilan sarapan hendaklah dengan makanan yang sihat buat tubuh badan anda, bukan yang tinggi kolestrol dan tinggi lemak, tetapi biarlah ianya tinggi kalori tetapi menyihatkan. Tahap kalori yang harus diambil ialah antara 500 ke 600 kalori dan lengkap dengan mineral, vitamin dan nutrien serta tinggi fiber contohnya seperti oat. Oat dilihat sebagai bijiran yang meliputi semua keperluan mineral ini. Jadi kalau anda ingin sarapan yang mudah dan memenuhi prasyarat, ianya tentulah Oat.

6 Komen disini:

Mr feckry berkata...

gua setuju

Sufi Asri berkata...

(T_T)
patutlah badan saya x sihat2 jugak.. rupanya x makan pagi punya pasal..

nak wat camna.. student nie mmg kaki malas nak makan pagi.. hehe..

thx info berguna.. banyak dah yg saya blajar dari sini.. hehe =)

zulkbo berkata...

salam..
jemput makan
Mulakan dengan bismillah
sarapan berkhasiat tu..

Lucy S. berkata...

cereal pun mknn sihat jgk kan :D

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

jarang amik breakfast...kalu ada susu segar baru minum, kalu tak setakat minum air masak jerk....

ENCIK TIKUS berkata...

kalau honeystar dengan kokocrunch dikira bijirin kan ? miahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...