Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 12 Mei 2010
11

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda, post kali ini sedikit menarik dan saya begitu teruja untuk menaipnya di blog ini. Anda seorang yang sukakan permainan video retro, retro disini pada definasi saya ialah permainan video yang menggunakan katrij. Lihat paparan skrin di bawah ini. Ingatkah anda dengan judul permainan ini:-

gabungan

Ini merupakan antara judul yang popular untuk dimainkan satu ketika dulu, saya sendiri seorang yang begitu fanatik dengan Contra dan Super Mario. Menggunakan konsol NES untuk dimainkan dan ianya memang mengimbau kenangan lalu. Saya pasti mereka yang seusia dengan saya pernah memainkan ia dulu.

Motif utama penulisan post saya ini adalah untuk memperkenalkan satu perisian komputer yang membolehkan anda memainkan permainan diatas menggunakan komputer anda!. Mungkin ada antara anda yang sudah tahu, namun bagi mereka yang belum saya perkenalkan pada anda.

Perisian yang dimaksudkan ialah perisian emulator konsol NES yang dikenali dengan nama Nestopia. Memang terdapat banyak emulator lain tetapi bagi saya ianya adalah yang terbaik. Mudah untuk install dan mudah untuk dimainkan.

Untuk mendapatkan perisian ini muat turun disini Nestopia.

Untuk rom video games muat turun disini ROM. Harus diingat ianya bersaiz besar kerana mempunyai hampir seratus rom permainan video pelbagai judul.

Kaedah untuk menggunakannya.

1. Muat turun semua fail.

2. Buat satu folder baru di desktop komputer, berikan nama Nestopia Emu, kemudian buka fail nestopia yang dimuat turun tadi meenggunakan WinRAR dan copy, drag atau extract semua fail didalamnya ke dalam folder yang dibuat tadi. Jika tiada WinRAR, muat turun disini WinRAR.

3. Seterusnya cut dan copy folder Nestopia Emu tadi ke dalam My Documents.

4. Kemudian buka folder Nestopia Emu tadi dan buat satu lagi folder baru di dalamnya dan berikan nama NES Roms.

5. Kemudian buka fail ROM yang dimuat turun tadi dan extract segala isinya ke dalam folder NES Roms.

6. Apabila sudah selesai semua, klik kanan ikon nestopia yang berada dalam folder Nestopia Emu dan pilih menu create shortcuts dan drag shortcut tersebut ke desktop komputer.

7. Anda sudah bersedia untuk bermain. Klik 2 kali pada ikon nestopia di desktop dan perisian tersebut akan dibuka.

8. Sebelum anda main, pilih dahulu menu Options > Input, ini adalah untuk melihat keypad yang diseratakan dengan papan kekunci komputer anda.

9. Ok langkah terakhir ialah untuk bermain, pilih menu File > Open > NES Roms, dan pilih judul permainan yang ingin kamu mainkan.

10. Sekian terima kasih.

Itulah serba sedikit langkah yang membolehkan anda bermain permainan video klasik pada komputer anda. Selamat mencuba!.

p/s:- Sekarang tengah main Mario wooo!

11 Komen disini:

Izyan Mashrom berkata...

suka main game ni!! :D

iJaN berkata...

wahh....nk men contra...
lma xmen...wakakakaka...
nice 1!!
thanx..

Hafiz Yusof berkata...

game contra aku minat gila men dulu

REMEDY KARUNG GUNI berkata...

teringat pulak pakcik pada game2 console zaman2 80 an dulu...tapi game yg akuvusion bagi ni penuh dgn features terbaru...cayalah bro

Rafi Harumin berkata...

kalau super mario... nak tunggu mario saya mati sama macam nak tunggu musim kemarau habis.. :)

akuvision berkata...

gembira dapat berkongsi info denfan kawan - kawan!

XYZ berkata...

pergh...
ni game zaman aku tadika ma

Aduka berkata...

aku suka maen super mario dowh..
hahaha..
=P

Aidi-Safuan berkata...

wahahahahah..kenapa game yang ditunjuk tuh semua aku pernah main kecik2 dulu?!

Iza berkata...

Aku suka sangat super mario walaupun ada lebih 100 game dlm computer dulu2. Sampaikan mamaku naik jemu bila aku asyik mgadap computer sampai lupa nk mandi, mkn....

Unknown berkata...

Perghhh!!!rindu gilaaa!!lagi2 super mario bross!haaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...