Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 31 Mei 2010
8

OrphanCARE

Adakah langkah NGO untuk menyediakan tempat untuk mereka yang ingin membuang bayi yang dilengkapi dengan inkubutor satu langkah yang bijak atau sebaliknya?. Mungkin ada kebaikannya namun jika dilihat dari perspektif yang lain ianya seperti ingin menggalakkan orang ramai melakukan maksiat dan gejala membuang bayi akanterus aktif. Namun kata orang, kita jangan mudah melatah.

Saya tertarik dengan langkah NGO serta usaha murni mereka ini. Menurut Menteri Wanita, Keluarga dan Pembagunan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil kemudahan ini ditawarkan oleh NGO yang dikenali dengan nama OrphanCARE dimana ianya memberi alternatif kepada mereka yang ingin membuang dan membunuh bayi mereka.

Menurut artikel yang dibaca oleh saya, kemudahan ini telah dipratikkan di negara - negara lain seperti Jerman, Pakistan dan Jepun dan ini menandakan bukan negara Malaysia sahaja yang bergelumang dengan masalah sosial ini malah negara maju seperti Jerman dan Jepun juga turut berlaku.

Dicatatkan secara statistik, terdapat lebih 407 bayi yang ditinggalkan diantara tahun 2005 hingga 2009 di Malaysia manakala untuk tahun ini 24 kes dicatatkan sehingga bulan April!.

Menurut OrphanCARE, terdapat lebih 200 ibu bapa yang menunggu untuk mengambil anak angkat dari program mereka ini dan OrphanCARE turut berjanji tidak akan ada tindakan undang - undang yang bakal diambil terhadap mereka yang meninggalkan anak di tempat yang disediakan.

Memetik kenyataan presiden OrphanCARE Adnan Mohamad Tahir, ibu yang melahirkan anak di luar nikah sering berada dalam keadaan terdesak dan tidak tahu membuat apa selain membuang bayi mereka dan disinilah datangnya peranan OpenCARE untuk memastikan nyawa yang tidak berdosa dipersiakan.

Apa pandangan anda, adakah langkah ini wajar ?, fikir sedalamnya kerana sesuatu perkara ada pro dan kontranya.

8 Komen disini:

shaffique berkata...

macam nak suruh orang buang bayi pulak..


My latest entry : Tutorial Membuat Kit Kat Yang Besar Gedabak

ferienza hezra fara berkata...

tak salah emncuba pelbagai kaedah
sebab
dalam Islam sendiri pun ada kata
usaha selagi mampu.

bukan diam diri
bilang tak mampu.

:)


in'allah.
doakan yg baik2 aja.

rizputra7 berkata...

usaha yang bagus...setidak2nya bayi yang tak bersalah nie terbela...apa2 pon ibu yang melahirkan anak harus diberi kaunseling agar mereka insaf dengan perbuatan yang tak bermoral tue

Hidayah Ismawi berkata...

If it prevents them from being thrown in the trash cans, buried alive and left to rot .. it's a good thing.. but must also be very clear that the message is not confused..

uj berkata...

hmmm ada pros n cons la kan.. untuk jangka pendek ... for the time being mungkin la kot... TAPI... hmm jangka panjang... adushhhh makin ramai lak nanti... jadi mcm satu galakkan plak... sebab napa mesti tiru barat je kan... bukan semua apa yang di barat maju... lagi pun tang ni... ada ke berkurangan .... rasa tak juga.. makin bertambah ada kot... so check it out...

ENCIK TIKUS berkata...

hmm, memang ada pro and kontra nya. baik ada dan buruk pun ada, tapi bagi waktu sekarang apa salah mencuba dari diam sahaja kan ? :D

Seri Bahasa berkata...

buruk baiknya tetap ada. masalahnya orang yang bertanggungjawap yang sepatutnya di hukum akan terlepas begitu saja.

kedua ini akan meningkatkan kadar kelahiran bayi tanpa bapa di kemudian hari.

kesimpulannya suatu hari nanti malaysia tak ubah akan menjadi seperti negara barat sek akan berleluasa di mana-mana saja.

ini disebabkan setiap kelahiran bayi tanpa bapa akan ditadah oleh pihak ngo tanpa mengambil butiran si ibu atau siapa bapanya.

liennasts berkata...

Hm.. mungkin ini adalah langkah yang dirasakan terbaik buat masa sekarang kan.. Baik tindakan mcm ni diambil dari bayi2 tu terbiar dalam tong sampah.. Apa pun ni merupakan satu langkah terdesak namanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...