Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 31 Mei 2010
6

ali_rustam_isteri_new

Lewat petang tadi saya terbaca satu kenyataan berita di internet yang menyatakan kerajaan Malaysia secara rasmi mempertahan tindakan sebuah syarikat penyelidikan India untuk membangunkan makmal perubatan yang melakukan eksperimen terhadap haiwan.

Syarikat tersebut yang dikenali dengan nama Vivo BioTech Ltd yang berasal dari India akan membina sebuah pusat bioteknologi yang berpusat di selatan Melaka. Tindakan syarikat ini telah mendapat bantahan dari aktivis haiwan kerana Vivo BioTech Ltd akan melakukan ujian terhadap anjing dan primat untuk membuat ubat.

Ketua Menteri Melaka sendiri, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam berkata syarikat India tersebut telah mendapat lampu hijau untuk membangunkan fasiliti tersebut dan ujian terhadap haiwan untuk tujuan perubatan adalah perlu. Namun aktivis haiwan berkata, Malaysia tiada undang - undang terhadap penyelidikan perubatan terhadap haiwan dan ini mungkin akan membawa kepada penderaan.

Ketua Menteri Melaka turut membuat kenyataan bahawa Tuhan menciptakan haiwan untuk memberi faedah kepada manusia, sebab itulah kebanyakkan penyelidik perubatan menggunakan haiwan seperti tikus dan monyet untuk mencuba ubat baru kerana kalau di beri pada manusia mungkin memberi kemudaratan kerana ubat tersebut masih dalam peringkat percubaan.

Syarikat dari India tersebut berkerjasama dengan sebuah syarikat tempatan yang dimiliki oleh kerajaan negeri Melaka iaitu Melaka Biotech Holdings dan firma tempatan yang lain iaitu Vanguard Creative Technologies dengan suntikan modal sebanyak RM450 juta.

Untuk rekod, pada tahun lepas sebuah syarikat penyelidikan perubatan Peranchis ingin melakukan perkara yang sama di negeri Johor tetapi ianya dibatalkan atas desakan dari kumpulan pecinta alam sekitar.

Apa pandangan anda, adakah langkah ini wajar kerana ianya akan memberi faedah kepada manusia di kemudian hari. Namun adakah ianya sesuatu yang berperikemanusiaan?

6 Komen disini:

ENCIK TIKUS berkata...

otak tak cukup matang lah nak menilai ini semua,soryy :)

Rafi Harumin berkata...

Haiwan dijadikan untuk diuji? adehh.. itu ke?

Unknown berkata...

pastinya Allah menciptakan binatang bukan utk dizalimi!

Hidayah Ismawi berkata...

Sebelum mana2 ubat dikeluarkan untuk mengubati penyakit dan menyelamatkan nyawa manusia.. ubat2 ini dikaji utk memastikan tiada kesan sampingan dan keberkesanannya..

Setiap ubat akan melalui beberapa peringkat kajian termasuk kajian ke atas bintang.. pada peringkat ini.. semua data digunakan utk memastikan ubat tersebut tidak membawa mudarat..

Selepas itu barulah ubat tersebut diuji pada sukarelawan ...dan sekiranya didapati berkesan dan tiada kesan sampingan yg buruk..barulah blh diluluskan..

Tanpa sumbangan binatang2 tersebut.. ramai manusia akan mati ..maka kecuali ada orang2 yang berani menawarkan diri utk dijadikan bahan eksperimen .. peranan binatang dlm hal ini tidak dpt dinafikan..

PS: All animal testing goes through the scrutiny of an Animal Ethics Comittee to make sure we are not cruel to them .. it may seem cruel to the public but selalunya tidaklah binatang itu diseksa sewenang2nya..

Danial Jaafar 🇲🇾 berkata...

sepatutnya Ali Rustam cakap macam ni kot
"Ini merupakan salah satu peranan haiwan dalam kehidupan manusia"

mungkin takdela nadanya seolah-olah, tujuan haiwan hidup untuk diuji. Tidak.

Seperti Hidayah cakap, ada beberapa peringkat sebelum animal testing dilakukan.

animal experimenting yang patut ditentang mungkin yang macam eksperimen nak tau kesan pemisahan haiwan muda dari ibu. atau yang nak uji kekuatan senjata biologi.

tapi, saya sendiri tak sampai hati nak bedah tikus. =P

akuvision berkata...

Terima kasih buat semua yang melontarkan pendapat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...