Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Sabtu, 15 Mei 2010
6

water

Berapa jam dalam sehari anda duduk di hadapan komputer untuk melayari internet?, sebelum ini saya ada membuat post mengenai satu laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan menderma dengan cara klik di laman tersebut, untuk rujukan lihat post ini “Laman Web Untuk Menderma” .


Laman yang ingin saya perkenalkan disini hari ini juga berkaitan dengan menderma, sedikit berlainan ia memerlukan kecekapan ingatan anda untuk menjawab setiap soalan. Kira macam permainan online seperti Yahoo Games!, bezanya cuma setiap peringkat yang anda naik ( level ) anda akan menderma secara percuma.


Laman sesawang yang dimaksudkan ialah, www.helpthirst.com. Dari nama sahaja anda tentu mengetahui apakah derma yang anda lakukan, iaitu menderma air bersih kepada negara – negara dunia ketiga yang sangat memerlukan.


Menggunakan konsep permainan soalan kuiz, ia bukan sahaja menduga minda tetapi dalam masa yang sama ia dapat menambah pengetahuan anda mengenai fakta air seperti jumlah air yang diperlukan untuk sesebuah negara setiap hari atau jumlah pembaziran air yang dilakukan oleh sekumpulan populasi sesebuah negara.

Kaedahnya begini, Anda akan diberi fakta sebelum menjawab soalan, anda hanya perlu menjawab soalan berdasarkan fakta yang diberi. Untuk setiap jawapan yang betul anda akan naik satu peringkat ( level ), dan setiap peringkat anda akan menderma segelas air!. Menarik atau tidak, menderma dalam cara yang membawa kebaikan adalah sesuatu yang positif.

Jadi apa kata dalam anda melayari internet hari ini, ambil sedikit masa untuk melayari laman sesawang ini www.helpthirst.com. Jika laman sesawang ini satu scam, kita tidak akan rugi apa kerana ianya percuma dan hanya memakan masa yang singkat.

Lihat paparan skrin laman sesawang ini dibawah ini, klik gambar dibawah untuk ke laman utama:-

helpthirst-front

p/s:- Menderma amalan yang mulia.

6 Komen disini:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

air pun kene derma jugak ke? huhu..tak nak,,nak derma darah jerk

Penulis Setia berkata...

ad plak cmtu...unik gak..huhuh

Unknown berkata...

laaahhhhhh...baru aku taw.haha

sugar2 kapas strawberry berkata...

la....ad gak eh cmni..huhuhu.cmner nk derma air nth

iJaN berkata...

dh... smpi lvl 40 je...pnt...kekeke
sedar la wahai penduduk Malaysia yang bertuah..jgn suka bazirkan air..

Tanpa Nama berkata...

girls [url=http://pornushi.ru/english-version/young-girls-pussys/page_443.htm]black cable ties[/url]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...