Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label derma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label derma. Papar semua catatan
On Ahad, 30 Mei 2010
3


Apa kata tengah kita bersantai sambil melayari internet, kita singgah sebentar ke laman sesawang www.care2.com. Laman sesawang ini menyediakan platform untuk anda menderma untuk kebajikan dunia.

Cara untuk anda menderma sungguh mudah, anda hanya perlu klik pada butang kategori pilihan anda dan ianya adalah percuma!. Seperti Laman PPC ( Pay Per Click ), kita akan dibayar untuk setiap klikkan tetapi di laman ini kita akan menderma untuk setiap klikkan.

Setiap klikkan kita adalah bernilai untuk laman ini, kerana setiap penaja laman ini akan membayar mereka berdasarkan nilai klikkan terkumpul mereka. Adakah laman ini satu penipuan?, itu saya tidak pasti tetapi hampir beratus ribu pengguna mendaftar dengan laman ini. Apa salahnya kalau kita meluangkan masa sebentar untuk ke laman ini, lagipun menderma itu satu amalan yang bagus.

Terdapat banyak kategori derma di laman ini antaranya untuk isu kebuluran dunia, selamatkan hutan, selamatkan haiwan yang semakin pupus dan pelbagai lagi, layarilah laman ini untuk mengetahui apa yang saya maksudkan. Klik gambar diatas atau klik di gambar 'side bar' saya.

On Ahad, 23 Mei 2010
5

Agak lama tidak membuat post mengenai laman sesawang derma. Kali ini mari saya kenalkan satu laman sesawang yang membolehkan anda memderma beras untuk menghentikan kebuluran yang banyak berlaku di negara dunia ketiga.

Laman sesawang ini dikenali dengan nama FREE Rice. Setiap derma yang anda lakukan diuruskan oleh United Nation World Food Programme. Apa yang menarik, derma ini adalah percuma untuk lakukan kerana laman ini dibayar oleh penaja yang menaja dimana setipa klik anda adalah berharga.

Menggunakan kosep interaktif iaitu menggunakan sistem soalan dan setiap soalan yang dijawab dengan betul anda akan menderma. Rujuk jadual ringkas di bawah ini. scam atau benar saya kurang pasti namun tiada salahnya kalau kita ingin menderma sambil melayari internet.

jadual

Untuk ke laman ini klik pada link ini www.freerice.com atau gambar paparan skrin diatas.

p/s:- Letih sedikit pagi ini, kurang sihat.

On Sabtu, 15 Mei 2010
6

water

Berapa jam dalam sehari anda duduk di hadapan komputer untuk melayari internet?, sebelum ini saya ada membuat post mengenai satu laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan menderma dengan cara klik di laman tersebut, untuk rujukan lihat post ini “Laman Web Untuk Menderma” .


Laman yang ingin saya perkenalkan disini hari ini juga berkaitan dengan menderma, sedikit berlainan ia memerlukan kecekapan ingatan anda untuk menjawab setiap soalan. Kira macam permainan online seperti Yahoo Games!, bezanya cuma setiap peringkat yang anda naik ( level ) anda akan menderma secara percuma.


Laman sesawang yang dimaksudkan ialah, www.helpthirst.com. Dari nama sahaja anda tentu mengetahui apakah derma yang anda lakukan, iaitu menderma air bersih kepada negara – negara dunia ketiga yang sangat memerlukan.


Menggunakan konsep permainan soalan kuiz, ia bukan sahaja menduga minda tetapi dalam masa yang sama ia dapat menambah pengetahuan anda mengenai fakta air seperti jumlah air yang diperlukan untuk sesebuah negara setiap hari atau jumlah pembaziran air yang dilakukan oleh sekumpulan populasi sesebuah negara.

Kaedahnya begini, Anda akan diberi fakta sebelum menjawab soalan, anda hanya perlu menjawab soalan berdasarkan fakta yang diberi. Untuk setiap jawapan yang betul anda akan naik satu peringkat ( level ), dan setiap peringkat anda akan menderma segelas air!. Menarik atau tidak, menderma dalam cara yang membawa kebaikan adalah sesuatu yang positif.

Jadi apa kata dalam anda melayari internet hari ini, ambil sedikit masa untuk melayari laman sesawang ini www.helpthirst.com. Jika laman sesawang ini satu scam, kita tidak akan rugi apa kerana ianya percuma dan hanya memakan masa yang singkat.

Lihat paparan skrin laman sesawang ini dibawah ini, klik gambar dibawah untuk ke laman utama:-

helpthirst-front

p/s:- Menderma amalan yang mulia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...