Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 18 Mei 2010
13

1151781_grape_4 Buah anggur sedap dimakan, rasanya yang manis – manis masam memang membuatkan air liur meleleh tanpa disedari. Tiba – tiba pagi ni terasa macam nak makan buah anggur. Walaupun ianya bukan buah tempatan tetapi anggur boleh didapati dengan mudah disekitar negara kita.

Seperti post yang sebelum – sebelum ini, saya gemar membuat post mengenai khasiat buah, dan kali ini saya ingin bercerita mengenai nutrisi yang terdapat dalam buah anggur ini. Ianya mempunyai vitamin A, B dan C.

1233861_organic_grapes

Ia juga mempunyai 13 mineral asas iaitu potassium, kalsium, fosforus, magnesium, besi, selenium, copper, manganese dan zink. Tidak lupa juga anggur kaya dengan serat dan protien serta ianya mempunyai flavonoid yang berfungsi sebagai antioksida kerana warnanya yang terang.

Anggur sendiri boleh didapati dalam pelbagai warna antaranya merah, ungu dan juga hijau. Anggur turut bagus untuk mereka yang mencegah asma, sakit jantung, migrain, sembelit, ketidak hadaman, keletihan, sakit buah pinggang, kanser payudara, alzheimer, katarak pada mata dan kolestrol tinggi.

1190745_fruits_on_the_market_3

Inilah sahaja yang dapat saya rungkaikan secara ringkas mengenai khasiat anggur, info mengenai artikel ini diambil dari sumber internet dari laman sesawang kesihatan yang pelbagai. Jom pergi pasar beli buah anggur sekarang, dapat minum jus anggur pun sodap ni!

p/s:- Jeruk anggur pun sedap jugak!

13 Komen disini:

amanda eltiqaz berkata...

my favourite! hari ni jugak sy nak beli anggur ^^

A D I A berkata...

ok je my favourite. tapi kalau yg ada biji tu makan byk2 jadi batuk.

Tanpa Nama berkata...

baru tengok gamba je..lom bace pon lg entry nye..trus rasa nk kuar g bli anggur..
dapnye..lame x mkn anggur

kozumi_ro berkata...

buah kegemarab koz ni mmg sedap :P...

ENCIK TIKUS berkata...

Baru je makan anggur tadi,jangan jeles ek ! hehe :D

Matt berkata...

mmg feberet aku gak, pantang tgk anggur, mesti nak sambar punya haha..

kyo_9 berkata...

bro.. ko ade info x pasal kulit anggur tuh? ak pernah tgk ade orang yang tanggal kulit buah anggur satu2 seblom makan sebab konon nyer x bagus makan skali ngan kulit.. ape kes??

akuvision berkata...

itu kes salah info la tu kyo, kulit tu la sumber antioksida sebenarnya, salah kero orang kita ni

Hafiz Yusof berkata...

kegemaran ni..sedap pulak tu..termasuk la jeruk dia..hahahha

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

cakap pasal jeruk anggur..kecur air liuq tau...sedapnyeee

sugar2 kapas strawberry berkata...

jeruk anggur yg kaler hijau 2kn??
yg anggur dia kecik2 tu kn?

akuvision berkata...

betul la tu cik sugar2

Mama Durrany berkata...

anggur hitam bagus untuk mengubati penyakit kuning pada baby..titikkan perahan anggur hitam kedalam mulut baby yang kena jaundice..insyaAllah ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...