Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 4 Mei 2010
3

Zahid_Hamidi_M

Berikut adalah ulasan berita yang saya petik dari laman BERNAMA, Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan Malaysia membekalkan senjata untuk pejuang Palestin untuk meredakan kontroversi beliau berikutan pertemuannya dengan Menteri Pertahanan Israel iaitu Ehud Barak.

Kata beliau lagi kerajaan Malaysia tidak pernah berjanji untuk membekalkan apa - apa bantuan berupa senjata untuk Palestin. Tegas beliau lagi, Malaysia menyokong berkenaan dengan kemerdekaan bumi Palestin daripada kekejaman Yahudi Israel namun membekalkan senjata bukanlah caranya.

Penafian beliau ini adalah untuk membalas soalan yang dilontarkan oleh Senator Syed Husin Ali kepadanya. Tambah beliau lagi, pertemuan dengan Ehud Barak pada 16 Jun 2009 semasa Pameran Antarabangsa Aeronautik dan Ruang Angkasa ke 48 di Paris adalah tidak dirancang, dan juga semasa pameran tersebut berlangsung ramai Menteri Pertahanan dari negara lain turut hadir.

Apa pendapat anda mengenai perihal ini?. Sebagai sebuah negara yang berpaksikan Islam sebagai agama rasmi, adakah langkah pasif harus di ambil Malaysia?, kerana jangan lupa negara ini masih multi budaya, atau biar negara kita lantang bersuara?

p/s:- Apa pendapat anda?

3 Komen disini:

Aidi-Safuan berkata...

ceh, rajin gile pegi jumpe orang israel tuh pesal?

Mr. Asada berkata...

hadoi.. org ni cepat sangat la buat spekulasi sendiri.

hurmm.. tp tu la padahnya bila jumpa dgn org yg d musuhi ramai pihak. kita pun akan d kaitkan bersama walaupun x buat apa..

sesuka hati menuduh pun x baik juga..

dia pegi paris tu pun atas urusan kerja dia.

akuvision berkata...

betul tu, kadang kita yang cepat sangat melatah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...