MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Khamis, 6 Mei 2010
4

RITA RUDIANI / MAHKAMAH SYARIAH KL

Percaya atau tidak ini adalah post kedua saya mengenai hal ini, sumber dari Berita Harian turut silap dimana pada pukul 3.52 petang laman BH menyatakan Zaquan Adha yang terbabit tetapi sebenarnya berita ini mengenai kembarnya Aidil Zafuan, dan pada jam 4.52 petang berita ini telah diedit semula. Terima kasih buat Adia kerena memberi info sebenar menerusi komen post yang telah diolah kembali dan ditulis dalam post baru ini. Kesilapan tenikal amat dikesali dari segi maklumat dan info.

Apa sudah jadi?, Mohd Aidil Zafuan yang terkenal sebagai pemain bola sepak utama kebangsaan serta isterinya Rita Rudaini dijatuhkan hukuman RM500 dan penjara selama 15 hari setelah mengaku bersalah kerana bernikah di luar kariah iaitu di Majlis Agama Selatan Thailand Wilayah Songkhla pada awal tahun 2008 lalu.

Pernikahan beliau dengan Rita Rudaini dilihat satu kontroversi yang sedikit sebanyak mencemar reputasi namanya di arena bola sepak di ketika itu. Namun yang pasti pernikahan itu sah dari segi syarak dan ianya hanya bertentangan dengan undang - undang syarie di Malaysia, namun harus diingat undang - undang ini bertindak untuk melindungi pasangan yang bernikah.

Gambar diatas diambil dari laman Berita Harian, gambar ini diambil ketika Aidil Zafuan dan Rita baru keluar dari Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas mendengar hukuman 3.52 petang hari ini. Baguslah kalau mengaku bersalah, agak - agaknya berapa ramai yang bernikah di Thailand dan tidak mendaftar?.

Kadang - kadang pelbagai alasan diberikan, tak dapat restu keluargalah, duit tak cukuplah, tapi yang penting kenapa yang VIP pun turut ada dalam golongan - golongan ini?, tepuk dada tanya nafsu!

p/s:- Bernikahlah dengan sebaiknya untuk mengelak fitnah orang

4 Komen disini:

en. aMin @ Lompat TiKam berkata...

ntah hape2 kan pgi nikah jauh2.. hoho.. :p

embun d tengah malam berkata...

mcm2 hal sekarang ni

A D I A berkata...

haa tukar nama dah hehe. jgn main2 ok akak bab2 kembar ni mmg alert skit (esp yg single tu) hahaha.

akuvision berkata...

heheyehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...