Gambar diatas bukanlah gambar bayi yang dibuang, ianya sekadar hiasan kerana saya tidak gemar meletak gambar yang begitu sadis, saya sedikit sedih kalau melihatnya.
Satu lagi kes buang bayi dilaporkan lewat petang semalam, kejadian yang berlaku berhampiran
kampung Sungai Lancung, Subang itu disedari oleh seorang pemancing warga Indonesia apabila dia menemui mayat seorang bayi lelaki lahir cukup sifat serta masih bertali pusat terapung dalam Sungai Klang.
Omar Husseisn iaitu warga Indonesia tersebut menemui mayat bayi tersebut ketika memancing kira – kira 12 tengah hari semalam dan bayi tersebut ditemui dalam keadaan bogel dan lebam dikepala dipercayai kerana arus sungai. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar mengesahkan kejadian tersebut,
Petikan berita ini adalah ringkasan yang diolah dari BERNAMA dan BERITA HARIAN.
Apa nak jadi dengan masyarakat kita ni, tak putus - putus dengan kejadian buang bayi. Lepas satu - satu, adakah ini status moral yang harus negara kita kecapi?, iaitu hidup dalam masyarakat yang dilihat tiada perikemanusiaan. Kerana mereka - mereka inilah, anak muda yang mempunyai visi dalam hidup turut terpalit kesan arang hitam dimuka. Ingat nyawa itu adalah pemberian Allah, kalau kamu tidak sanggup menerima kehadiran bayi itu, jauhkanlah diri dari terus melakukan maksiat. Sesama manusia kamu boleh menipu tapi tidak dimata Allah, insaflah sebelum terlewat.
p/s:- Kesal dengan perbuatan buang bayi, sedangkan binatang sayangkan anak. Maka status mereka yang membuang bayi lagi bawah dari binatang.
5 Komen disini:
sy harap mereka sedar..dan pulang ke jln yg benar..itu pon dah cukup..sbnrnya
ni la kiamat kecil
Betul sekali, manusia yang tega membuang bayinya lebih rendah derajatnya daripada binatang...sudah hilang kemanusiaannya berganti dengan kebiadaban....
hmmm~ amal makrUf nahi munkar
xtau ape nk jadi.. ksian baby 2.. ape la mslh depe ne.. bkn nk kawen..
Catat Ulasan