Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Ahad, 30 Mei 2010
3

subkhiddin

Subkhiddin Mohd Salleh merupakan satu - satunya rakyat Malaysia yang akan beraksi pada Piala Dunia Afrika Selatan 2010 awal bulan Jun depan. Bukan sebagai pemain tetapi sebagai pengadil perlawanan.

Beliau merupakan seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang. Subkhiddin yang berasal dari Butterworth memulakan karier sebagai pengadil bola sepak pada tahun 1990 dan namanya berada dalam senarai pengadil antarabangsa setelah banyak mengendalikan perlawanan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh FAM dan juga AFC dan beliau mendapat pengiktirafan dari FIFA pada tahun 2000.

Agak - agaknya bilalah pasukan kebangsaan Malaysia boleh beraksi di Piala Dunia?, namun penghantaran pengadil ke Piala Dunia dari negara Malaysia boleh dilihat satu pencapaian yang patut kita banggakan juga.

Untuk rekod, sebelum ini Malaysia turut pernah menghantar pengadil ke Piala Dunia siri yang lepas iaitu Allahyarham Halim Abdul Hamid di Piala Dunia Peranchis 1998 dan Mat Lazim Awang Hamat di Piala Dunia Korea/Japan 2002, dimana keduanya bertindak sebagai pengadil tambahan.

3 Komen disini:

fndrocka berkata...

entah perlawnan mana eh dia akan adili?

nurmisnan berkata...

bagus tuh..

aku pun bangga dengan dia

semoga selamat sampai dan selamat pulang

p.s hati2 bila tiba SA

banyak kes rompak, bunuh..

jangan keluar malam sorang2 lepas time 7am.. just stay at hoel kalau boleh..

nurmisnan berkata...

pembetulan...

7pm... bukan am.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...