Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label pertaruhan di malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertaruhan di malaysia. Papar semua catatan
On Isnin, 7 Jun 2010
9

vincent-tan

Tan Sri Vincent Tan – Pengerusi Berjaya Group

"Malaysia akan menikmati hampir RM3 Billion hasil dari cukai industri pertaruhan, dan saya masih pelik mengapa sesetengah ahli politik menolak industri ini?"

Itulah lebih kurang apa yang telah dikatakan oleh Tan Sri Vincent Tan, selaku pengerusi dan ketua eksekutif Kumpulan Berjaya yang membeli 70% syer Ascot Sports dengan harga RM525 juta. Kini, Tan Sri Vincent Tan dan Kumpulan Berjaya akan membuat rayuan kepada tiga buah negeri yang menghalang indsutri pertaruhan iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, dimana ketiga - tiga negari ini dibawah kuasa pembangkang.

Mnurut kenyataan rasmi kerajaan Malaysia pula, pendapatan dari industri pertaruhan sukan ini akan disalurkan untuk pembangunan sukan negara ( apa komen anda? ). Untuk rekod industri pertaruhan haram di Malaysia bernilai hampir RM20 Billion setahun.

Artikel diubah dari laman utama Yahoo.

Jangan kerana duit moral rakyat Malaysia jatuh, walaupun ia diharamkan untuk umat Islam di Malaysia namun sejauh manakah kerajaan dapat mencegah gejala pertaruhan daripada menular di kalangan mereka yang beragama Islam. Takut timbul pula masalah yang lain di kemudian hari.

p/s:- Apa pendapat anda mengenai perihal ini?

On Jumaat, 14 Mei 2010
7

bett

Sedikit terkejut hari ini apabila Kementerian Kewangan memberi lampu hijau untuk Ascot Sport menawarkan perkhidmatan pertaruhan melibatkan sukan seperti bola sepak, bola keranjang, perlumbaan motor, tenis dan juga golf di negara ini. Vincent Tan dari Berjaya Corp telah membeli sebanyak 70% syer saham Ascot Corp dengan harga RM525 juta dan beliaulah yang bertanggungjawab dalam proses permohonan lesen pertaruhan di negara ini.

Walaupun isu ini bukan isu lapuk, ianya masih mengusik hati mereka yang beragama Islam di negara ini. Ia adalah satu isu yang sensitif kerana 2/3 penduduk negara ini majoritinya adalah beragama Islam dimana aktiviti yang melibatkan perjudian dan pertaruhan adalah haram. Namun mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan, kebenaran pertaruhan ini hanyalah untuk mereka yang bukan bersama Islam.

Boleh percaya ke orang Islam takkan terpengaruh dengan hal ini?, sedangkan perjudian yang melibatkan nombor ekor dan perlumbaan kuda yang ditegah turut menjadi penyakit buat orang Islam. Lihat sahaja muka - muka orang Islam yang beratur panjang di kaunter nombor ekor.

Sebelum ini menurut pemain industri perjudian, kerajaan sendiri rugi hampir RM20 billion setiap tahun melibatkan 90% daripadanya adalah pertaruhan bola sepak yang dijalankan secara tanpa lesen atau dalam etika perniagaan secara haram. Menurut mereka lagi ini cukup memberi kerugiaan yang besar bagi kerajaan.

Ascot dijangka akan memulakan perniagaan pertaruhan di Malaysia pada bulan Ogos akan datang, dimana ia akan ditawarkan di outlet terpilih dan melalui telefon kepada orang bukan Islam berumur 21 tahun keatas. Dalam masa yang Ascot turut memohon kebenaran kerajaan untuk melakukan perniagaan secara dalam talian.

Dalam isu yang sama, Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA ) turut menyelar tindakan kerajaan kerana memberi kebenaran lesen. Ini adalah kerana, kerajaan bertanggungjawab untuk menghentikan aktiviti yang melibatkan perjudian dan bukannya menerima faedah melaluinya. ini akan menyebabkan orang ramai terpengaruh untuk berjudi dan akan menimbulkan kesusahan di kemudian hari, lagipun Malaysia adalah negara Islam yang harus diangkat martabat Islamnya!.

p/s:- Macam - macam Malaysia sekarang, minta dijauhkan dengan rezeki yang melibatkan sesuatu yang haram.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...