Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Khamis, 27 Mei 2010
7

temuan

Suku Temuan iaitu salah satu suku orang asli yang terdapat di Malaysia mendapat gantirugi dari saman sebanyak RM 6.5 juta daripada defendan bila mana tanah pusaka nenek moyang mereka di bangunkan tanpa kebenaran suku Temuan.

Gantirugi ini direkodkan di Mahkamah Persekutuan apabila pihak defendan iaitu pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia, Kerajaan Persekutuan dan United Engineers Malaysia menarik balik rayuan mahkamah dan bersetuju untuk membayar gantirugi kepada 26 keluarga Temuan yang terlibat.

Untuk rekod, saman mengenai hal ini sudah mengambil masa hampir 15 tahun untuk diselesaikan walaupun pada tahun 2002 suku Temuan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi untuk layak menerima pampasan. Namun pihak defendan membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Saman ini melibatkan tanah pusaka seluas 38 ekar di Dengkil, Selangor yang dibangunkan oleh kerajaan Selangor untuk membina lebuhraya Banting-Nilai pada 1995 dan tanpa membayar apa - apa pampasan kepada puak Temuan.

p/s:- Dianggarkan 140 000 orang asli di Malaysia terdiri dari golongan miskin.

7 Komen disini:

Mr feckry berkata...

ui..kaya kaya kaya

Sufi Asri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sufi Asri berkata...

kaya amende? sikit je yg tinggal kalo dibahagikan.. huhu~

ENCIK TIKUS berkata...

tulah bila pembangunan jee,semua nak sebat tanpa kebenaran,kn dah kena

Unknown berkata...

X perasan pun hal ni berlaku dlm Malaysia....ade kuar paper/tv x?

akuvision berkata...

ada, tapi tak highlight banyak kat media

akuvision berkata...

kira kaya la jugak tu zoro, 6.5 juta bahagi 26 keluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...