Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Khamis, 20 Mei 2010
19

SALT, filem lakonan terbaru Angelina Jolie yang dijangka akan menemui peminat pada 23 Julai depan. SALT merupakan sebuah filem yang dikeluarkan oleh Studio Columbia Pictures ( Sony ).

Jika dlihat dari genre filem SALT ini, teringat saya akan filem - filem lakonan Angelina Jolie dalam tiga filem sebelum ini Tomb Rider, Wanted dan Mr and Mrs Smith. Angelina Jolie dilihat memang serasi dengan lakonan watak yang sebegini, yang memerlukan tuntutan tenaga yang banyak untuk melakukan aksi.

SALT diarahkan oleh Philip Noyce yang sebelum ini pernah mengarah filem Catch A Fire ( 2006 ) dan juga menampilkan Kurt Wimmer sebagai penulis skrip yang juga sebelum ini menulis skrip untuk filem Ultraviolet ( 2006 ).

Selain Angelina Jolie filem SALT turut dibintangi oleh Liev Schreiber ( Repo Man ) dan Chiwetel Ejiofor ( 2012 ). Kalau tidak silap saya inilah filem pertama lakonan Angelina Jolie sebagai watak utama di tahun 2010 ini.

Antara plot utama untuk filem SALT ini ialah:-

Angelina Jolie memegang watak sebagai seorang pegawai CIA Evelyn Salt yang begitu patuh dan tegas dalam melaksanakan tugas demi bangsa dan negaranya. Ketaatannya dipersoal apabila dia dituduh sebagai perisik Russia yang menyusup masuk ke dalam organisasi CIA.

Disebabkan tuduhan tersebut Salt melarikan diri, dan ianya tidak begitu sukar baginya kerana Salt sebelum ini pernah menjadi ejen perisik CIA. Dalam masa yang sama Salt turut melakukan usaha untuk membuktikan dia tidak bersalah dan tuduhan tersebut tidak berasas. Maka berlakulah plot yang lebih menarik untuk filem ini dengan persoalan "Who Is Salt?".

Untuk ke laman utama filem ini klik poster filem diatas atau klik pada link ini WhoisSalt.com.
Dibawah ini adalah trailer dari filem SALT:-

p/s:- SALT dalam Bahasa Malaysia GARAM.

19 Komen disini:

ENCIK TIKUS berkata...

Hmmm,angelina jolie memang serasi dengan genre aksi.

rizputra7 berkata...

angelina jolie memang terbaik hehehehe

elwenes berkata...

wah! terhingin gak nak tengok movie ni..

Afzainizam berkata...

dah lama tak tengok filem aksi angelina Joly ni... ehhhh garammm... rasa nya mat salleh suka kan garam lah tak suka sugar... yup aku akan pasti tonton

ape pun thanks pada awak kerana ziarah alam maya ini

salam dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

lama tak tgk dia berlakon..nak tgk lah...suke tgk dia buat aksi..

shaffique berkata...

tak sabar nak tunggu keluar ni.. missed her action since 'wanted'.. ;)



My latest entry : 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Chelsea Musim 09/10 Ini

Sufi Asri berkata...

cuba pikir kenapa SALT?

sebb kalo SUGAR mahal.. kan harga gula dah naik..

kekeke.. merapu jer.. =P

Aishah Malik berkata...

x sabar la nak negok citer nihhh =)

Hafiz Yusof berkata...

angelina jolie fav aku juga dalam lakonan

rahMAT chiCO berkata...

minah garam (SALT)
hehehehe

akuvision berkata...

suh penerbit tukar sugar ke zoro?hehehe..teringat cerita GIA,hehehe

Ezad berkata...

hu.. angelina.. fevret artis aku.. dari muvie hacker ak dh suke die.. smpai skng.. ni nak kene tengok ni Garam pun Garam la...

Matt berkata...

wah lmbt lg le july..ape jadi kalo ade filem tajuk 'garam', janggal lak rasanye huhu..

Bb Hussain berkata...

cerita ni dah saya tunggu dr awal tahun lg masa promo dia..yea..tak lama lagi nak keluar..i like angelina jolie ;)

mizzura berkata...

wah..tak sabar nak tengok angelina jolie...my favorite!!

Aidi-Safuan berkata...

ape kaitan angelina jolie ngan garam? dier ade darah tinggi ke?

Amanda Eltiqaz berkata...

I love angeline jolie!! =D

NiZaM Limited berkata...

wahhh..mcm best je cite garam ni.
mesti mau tgk ni..sape nak ikut? hehe..

Tanpa Nama berkata...

Using the Bowflex Final 2 property gym, that you are fundamentally having circuit education from just one program.


my web page :: visit the up coming internet site

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...