Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 5 Mei 2010
12

14905


Sainstis dari Kazakhstan yang berpusat di Pusat Kebangsaan Bioteknologi Kazakhstan mendakwa mereka telah merekacipta satu alat yang berupa seperti kayu pengukur pengesan kehamilan untuk mengesan kandungan molekul babi.

Ini adalah berita baik bukan sahaja buat umat Islam di Kazakhstan malah buat seluruh penganut Islam di serata dunia termasuklah Malaysia sendiri. Langkah penciptaan ini diambil kerana, di Kazakhstan kebanyakan restoran menggunakan daging babi untuk hidangan pelanggan tanpa pengetahuan mereka atas dasar daging babi dijual murah berbanding daging halal. Ini sungguh meresahkan bagi pelanggan yang beragama Islam.

Kayu pengukur ini berfungsi dengan menunjukkan aras warna yang tertentu apabila ia terdedah pada molekul yang hanya terdapat dalam babi. Ia menggunakan tisu otot babi untuk tujuan pengesanan. Para saintis yang terlibat turut datang ke Moscow untuk tujuan pengujian dan juga membangunkan kayu pengesan babi tersebut.

Masalahnya, adakah kayu pengesan ini turut dapat mengesan bahan kimia yang diekstrak dari daging babi dan diletakkan dalam makanan - makanan lain. Contohnya seperti gelatin dan minyak babi?. Jika ia tidak, para saintis di Kazakhstan harus megambil berat hal ini dan disertakan dalam penyelidikan mereka.

Namun satu perkara yang saya pasti, selepas ini para pengusaha restoran tidak akan dapat menipu lagi. Diharap produk ini dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

rujukan artikel : eurasia,net, reuters, megapolis.kz, BH online, gambar dari megapolis.kz

p/s:- Alhamdulillah, satu lagi produk yang membantu umat Islam.

12 Komen disini:

Hafiz Yusof berkata...

bagus juga kalau dah ader jual di malaysia..ker sudah ader

akuvision berkata...

belum lagi ni, dalam proses pembuatan

Rafi Harumin berkata...

terima kasih komen entry saya..

owh ingatkan stick tu dah ada,,

Nurul Iman Faisal berkata...

bagus la produk ni. ;D cepat2 lah dipasarkan di malaysia.
tambah2 dengan perpaduan kita yang berbilang kaum kat negara kita ni.
its better.

rizputra7 berkata...

bagus alat nie..berguna untuk student2 yang kat luar negara..

Unknown berkata...

glad to hear this! ;D

sugar2 kapas strawberry berkata...

bgsla if ad alat cmni??
100% ke jd??

Didi Nadhirah berkata...

kalo betul2 berguna alat ni sgt bgs

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr berkata...

Jom tukar2 folower

pak long berkata...

salam..
ni dah kira bagus ni..

zatilzuhdi berkata...

nak order satu
hehehe..

bagus neh untuk
ilangkan was2..

Unknown berkata...

wah menarik~! maw satu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...