Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Khamis, 13 Mei 2010
5

ironman2

Sana – sini filem Iron Man 2 tengah memecah panggung termasuklah di Malaysia sekali, bersempena dengan itu Tyme Machine mengeluarkan USB Thumb Drive berupa bentuk Iron Man. Begitu menarik perhatian lagi - lagi buat saya yang memang meminati Iron Man dari filem pertama lagi.

Ia dihasilkan dengan rupa 3D yang datang dalam pelbagai saiz kapasiti, iaitu 4GB, 8GB dan 16GB. Apa yang kurangnya, lampu hanya menyala jika ianya disambung pada soket USB komputer anda. Seperti mana Iron Man, lampu itu menjadi simbol pada reaktor tenaga nuklear yang terdapat di dada Tony Strak di dalam filem. Dijual dengan harga USD35 untuk 4GB, USD45 untuk 8GB dan USD60 untuk 16GB.

cullen

USB Thumb Drive ini pula ialah untuk peminat filem trilogi Twilight, memaparkan lencana atau jata keluarga Cullen. USB ini turut dikeluarkan oleh syarikat yang sama. Turut dijual dengan kapasiti dan harga yang sama seperti USB Thumb Drive Iron Man tadi.

Untuk informasi lebih lanjut dan dimana ingin mendapatkannya klik pada link ini TYMEMACHINES.

5 Komen disini:

linda musee berkata...

fuh, best best. :)

hudamcgyver berkata...

comelllll!

cikpia berkata...

nak!!!!!!!!!!!!!! hadiah bley?

Chik chuMeLL berkata...

kepala besor..badan kecik...hehee ironman 2 memang best!!

ENCIK TIKUS berkata...

Menarik ! Saye telah klik iklan Dragon kamu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...