Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 5 Mei 2010
2

gdium_01


Sebuah komputer riba dari EMTREC menarik minat saya, jadi saya ingin menulis mengenainya disini. Komputer riba yang diberi nama Gdium Liberty ini begitu unik kerana ia tidak mempunyai ruang storan dalaman tetapi ia berada dalam pemacu USB ( USB Drive ) yang dikenali sebagai G-Key.

Didalam G-Key inilah terkandungnya Sistem Operasi Linux, aplikasi dan perisian pengguna serta segala data storan pengguna. Slot bagi G-Key ini terdapat di bahagian hadapan seperti yang ditunjukkan didalam gambar diatas.

Dengan ini komputer riba Gdium berfungsi sebagai sebuah komputer riba multi pengguna, kerana setiap pengguna mempunyai G-Key sendiri malah ini boleh mengelakkan dari pencerobohan data - data penting dari berlaku. Namun adakah ini satu rekaan yang pratikal?, mungkin.

Direkabentuk untuk Sumber Terbuka ( Open Source ), ianya di pramuatkan dengan lebih dari 50 perisian open source antaranya Open Office, Firefox untuk pelayar internet, Thunderbird, MSN, Evince, BlogTK, Totem, The Gimp, Amanda, Nautilis, ClamAv, Spam Assassin dan banyak lagi!.

Untuk spesifikasi yang lebih lengkap, anda boleh klik pada link ini Gdium Liberty.

p/s:- Leceh jugak kalau ada laptop camni, kalau ramai nak guna dalam satu – satu masa macam mana?

2 Komen disini:

min berkata...

labtop ni mcm mnarik.. tp mcm mnyusahkan je pn ad jgak.. da nme labtop kompem persendirian pnye npe nk sharing2.. huhu.. tau la sharing is caring ;b..

ENCIK TIKUS berkata...

satu ciptaan yang kreatif tapi agak menyusahkan.


http://muhdfarith.blogspot.com


singgah la blog saye ye :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...