Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 11 Mei 2010
4


Datuk Rosnah

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin menyatakan setiap hari dianggarkan 12 orang disahkan mengalami keadaan kegagalan buah pinggang dan harus menjalani dialisis untuk kekal hidup.

Datuk Rosnah turut berkata data dari Malaysia Dialysis & Transplant Registry, pada tahun 2009 menunjukkan 10% dari populasi penduduk di Malaysia mengalami keadaan kegagalan buah pinggang dan jumlah in dilihat meningkat.

Dalam masa sepuluh tahun sahaja ia menunjukkan peningkatan mengjangkau melebihi 400%, iaitu 5000 kes pada tahun 1999 dan 20000 kes pada tahun 2009. Menurut Datuk Rosnah lagi, ini adalah kesan dari gaya pemakanan rakyat Malaysia yang tidak sihat.

Kenyataan ini dinyatakan oleh Datuk Rosnah ketika pembukaan Mesyuarat Yayassan Buah Pinggang Antarabangsa ke 11 yang berlangsung di Hotel Nikko kelmarin. Antara yang turut hadir untuk mesyuarat ini ialah pengerusi yayasan Dr. Miguel Carlos Riella dan timbalannya, Lynn Kulasingam serta pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd Zaher.

Dr. Zaki turut melahirkan rasa bahawa rakyat Malaysia harus mengambil langkah awal untuk mengelakkan statistik ini dari terus mendaki.

kidney

p/s:- Amalkan cara hidup yang sihat juga satu ibadah.

4 Komen disini:

zulkbo berkata...

salam..
alamakk!!
kesiannya
rasanya cara pemakanan
rakyat malaysia sekarang

Nurulbadiah Lai berkata...

huhu..
thanks 4 de info ...
waa..takutnya..so start from now..mmg betul2 kena jaga pemakanan kite...
nice entry ..:)

Unknown berkata...

salam saudara!
Wahhh...terima kasih sbb ziarah blog saya.Blog saudara sgt best.Banyak info menarik dan perlu sy tahu ada kat sini.Saya add kat blog list sy.Moga2 ada manfaat...jzkk..

jack berkata...

btol tu..boleh dikatakan penyakit buah pinggang nih antara yg common di msia. rawatan dialisis plak mahal. sekali sesi rm300. pastu kne pegi tiap2 hari lak. tp seb bek gov bg subsidi. klo x pokai la dorg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...