Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 18 Mei 2010
12

youtube-logo-2

Youtube menerima kunjungan sebanyak 20 billion dalam sehari dengan purata 15 minit tontonan video. Satu peningkatan yang cemerlang sejak 5 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2005. Sehubungan dengan sambutan 5 tahun ini, Youtube sendiri menyediakan satu Channel khas untuk mempertontonkan sejarah video di Youtube dalam bentuk skala masa. Channel ini diberi nama FiveYear’s Channel. Klik imej dibawah untuk ke Channel tersebut:-

Youtube seperti yang diketahui merupakan sebuah anak syarikat Google yang dibeli dengan harga USD1.68 Billion. Diasaskan oleh Steve Chen, Ched Hurley dan Jawed Karim yang sebelum itu merupakan pekerja bagi syarikat Paypal. Ibu pejabat utama Youtube terletak di San Bruno, California, Amerika Syarikat. Dibawah ini adalah gambar ibu pejabatnya.

800px-901cherryave

Dengan menggunakan slogan Broadcast Yourself, Youtube secara umum menbekalkan hosting secara percuma untuk pengguna memuat naik video dan dipertontonkan pada umum. Tahukah anda video pertama yang dimuat naik di Youtube?, video yang dimuat naik pada Youtube dan masih boleh di tonton di laman tersebut ialah video milik Jawed Karim. Lihat videonya dibawah ini:-

p/s:- ranking Youtube dalma Alexa ialah tempat ke – 3.

12 Komen disini:

Aidi-Safuan berkata...

no 1 ngan 2 dalam alexa ranking ape plak?

ENCIK TIKUS berkata...

Baru lima tahun ek ? Ingat dah lame..

joegrimjow berkata...

thx for the info
ku pon dah buat joegrimjowtube
entah bile org nak kenal pon xtau r
huhu

si para para berkata...

info yg menarik..
baru jugak benda ni ada..ingatkan dah lama...
malaysia tak nk beli ke youtube ni..hehe

akuvision berkata...

joegrimjowtube, promote la apa lagi!. Ada jugak tengok blog hang haritu pasal khusyuk dalam sembahyang.

akuvision berkata...

malaysia nak beli?, hehehe...duit tu lebih baik laburkan pada rakyat dulu rasanya baru afdal

akuvision berkata...

Youtube ranking no 3 selepas Google dan Facebook

windi berkata...

yahoo dah tinggal ke?

akuvision berkata...

yahoo keempat rasanya

Cik Lily Putih berkata...

dah 5 tahun dah ke? kejap je kan

Rinda berkata...

ku lihat juga benar youtube masuk jajaran ke 3,facebook ke 2, ke 1 tak tahu ^_^



Miss Rinda - Personal Blog

Rinda berkata...

oh yg ke 1 cik google ^0^


Miss Rinda - Personal Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...