Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Jumaat, 14 Mei 2010
4

mother child bonding

Selamat pagi, info menarik untuk hari ini. Kajian terbaru menemui bahawa ibu anda boleh memberi keselesaan kepada anda walaupun ibu anda tiada di depan mata. Diperjelaskan maksudnya disini ialah suara ibu anda yang didengari melalui panggilan telefon boleh menenagkan hati dan perasaan anak yang sedang tertekan seperti memberi pelukan kepada anda.

Kesan ketenangan yang dirasai ini adalah kerana otak merembeskan satu hormon yang dikenali sebagai Oxytocin. Hormon ini turut dikenali sebagai hormon kasih sayang yang melibatkan pengikatan sosial secara rapat termasuklah untuk hubungan antara ibu dan anak.

Kajian terdahulu hanya menunjukkan hormon ini dilepaskan semasa sentuhan fizikal dari ibu, namun kajian terbaru membuktikan dengan hanya mendengar suara hormon yang sama dapat dihasilkan.

Penyelidik yang teribat dalam kajian iaitu Leslie Seltzer, seorang ahli antropologi biologi dari Universiti Wisconsin-Madison, mengatakan sekumpulan kanak - kanak perempuan yang terdiri dari 61 individu diantara lingkungan 7 hingga 12 tahun. Ujian yang dilakukan ialah mereka diberi satu siri masalah matematik dan disuruh memberi ucapan di hadapan panel yang terdiri dari orang asing hasilnya mereka berasa berdebar dan tahap hormon kortisol yang mengakibatkan stress meningkat.

Dari ujian itu menunjukkan 1/3 jumlah keseluruhan peserta berjaya ditenangkan dengan pelukan ibu, 1/3 berasa tengan setelah menonton video yang menceriakan selama 75 minit dan selebihnya melalui panggilan telefon dari ibu.

Hasil keputusan yang sebenar mendapati mereka yang dipeluk ibu dan bercakap dengan ibu melalui telefon memberi respon positif dimana hormon ocytocin dilepaskan dengan segera dan hormon kortisol terus hilang. Berbanding dengan mereka yang menonton video, tiada kesan yang sebegitu.

Keputusan dalam kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal perubatan pada 12 Mei lalu yang bertajuk Proceedings of the Royal Society B. Seltzer sekarang turut sedang mengkaji tentang perembesan hormon oxytocin melalui kaedah komunikasi yang berlainan seperti pesanan teks ringkas ( sms ).

Artikel diolah semula dari laman utama Yahoo!.

p/s:- Besarnya hikmah status seorang ibu

4 Komen disini:

Khairun Nisa Jalani berkata...

ibu umpama nyawa kite.. aduhai sedey nya... ibu, ibu, ibu kau la ratu hatiku..

kitatauke berkata...

zaman blaja dulu..study tak masuk..otak serabut..col mak....soh ati tenang..:)

sugar2 kapas strawberry berkata...

btl2..bila tiba2 xde mood sy akn kol mak sy..then rsa tenang bila mak pgl sy syg..aha ;)
rindu mak la plk..

Sufi Asri berkata...

aku setuju.. bila dengar suara dari ibu, perasaan tenang.. bila dapat nasihat dari ibu.. segalanya senang.. i love u ibu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...