Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 19 Mei 2010
10

grapes

Jika pagi semalam saya membuat post mengenai khasiat buah anggur secara keseluruhan, kali ini saya ingin berkongsi info mengenai khasiat kulit anggur pula. Saya tertarik untuk membuat post ini kerana berdasarkan satu komen yang saya perolehi semalam melalui post berkaitan buah anggur. Komen itu ditulis oleh saudara Kyo_9.

Mungkin anda pernah melihat orang yang memakan buah dan membuang kulit, dalam kes ini mengenai buah anggur. Sebenarnya kulit buah - buahan mempunyai antioksida kerana warnanya yang terang, contoh selain kulit anggur ialah kulit buah epal.

Dalam hal buah anggur, para penyelidik di Sekolah Perubatan Peninsula yang terletak di South West of England menemui komposisi yang terkandung dalam kulit buah anggur yang dikenali sebagai Resveratol boleh menghentikan komplikasi penyakit diabetis seperti sakit jantung, retinopathy ( kerosakan pembuluh darah ) dan nephropathy ( penyakit buah pinggang ).

Kajian berkaitan Resveratol ini telah didokumentasikan dalam jurnal perubatan yang bertajuk "Diabetes, Obesity and Metabolism". Sumber artikel diolah dari www.medindia.net.

10 Komen disini:

White Bird berkata...

sayer tak kan "koyak" kan kulit anggur sayer

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

kebanyakkan lapisan bawah kulit buah ada zat..mak cakap..hehe..nice info..anggur makan ngap gitu aje...heheh

subandi sukses berkata...

salam kenal, bagus postingannya.boleh saya copas

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

salam..huhu..xpernah kupas kulit anggur..ese terus makan macam tu je lepas dibasuh...huhu..bagus info nih

Mr feckry berkata...

bagus juga buah anggur ni

Unknown berkata...

:D bawu tau....slama ni makn..makan sja la hihi

ENCIK TIKUS berkata...

Bagus info nih.Suke-suke :D

Style berkata...

Good info :) thanks

sugar2 kapas strawberry berkata...

asal pelik ngat mkn anggur buang kulit??hihihhihi

sy tibai je cm tu.. ;)

joecharlie berkata...

Hati-hati imported anggur selalunya kulit anggur disembur ubat penahan cepat busuk atau lilin.Basuh bersih-bersih dengan air garam sebelum makan kulit ok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...