Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 10 Mei 2010
1

google-beta

Masa mencari maklumat di internet, saya terlihat satu imej yang menarik iaitu mengenai jumlah kapasiti server yang di punyai oleh Google. Mengikut artikel yang ditulis oleh Peter Hidas dari Gartner Group, Google mempunyai lebih dari 1 juta server dan juga lebih 3 juta komputer.

Google membelanja antara USD 200 juta sehingga USD 250 juta setahun hanya untuk kelengkapan IT. Google turut menghasilkan100 ribu server baru setiap suku tahun iaitu setiap 3 bulan. Namun Google dilihat sebagai 4 yang tertinggi dalam penyediaan server selepas HP 600.000, Dell 460.00 dan IBM 300.000. Ini hanyalah jumlah yang dikira pada tahun lepas.

Namun apa yang diperkatakan oleh Gartner Group melebihi apa yang dicatat sebelum ini, iaitu 450,000 server yang berada dalam pusat data mereka yang terletak California, Virginia, Georgia, Oregon, Ireland dan Belgium.

Untuk keterangan yang lebih grafik mengenai penguasaan Google dalam server lihat imej dibawah, diramal Google menguasai hampir 2% dari keseluruhan server di dunia.


p/s:- Macam mana pendapat anda?, Blogspot turut dipunyai oleh Google.

1 Komen disini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...