Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 3 Mei 2010
13

Saya ada terbaca artikel di laman sesawang Yahoo malam tadi mengenai 6 haiwan kacukan hibrid yang begitu mengkagumkan. Bukan manusia sahaja yang boleh kahwin campur bahkan haiwan pun ada. Di pertontonkan 6 haiwan kacukan hibrid tersebut di bawah ini:-

Ligers

guest_bloggers-34664595-1272318576
Kacukan diantara Singa jantan dan Harimau betina. Haiwan ini boleh membesar sehingga 10 kaki ( kakinya bukan ada 10 ya ) dan seberat 700 pound atau 350++ kg!. Besar tu, selain itu ada juga kacukan yang lain seperti Tigons (kacukan antara Singa betina dan Harimau jantan). Kiranya macam - macam ada!.

Wholpins

guest_bloggers-184335442-1272318655

Kacukan antara ikan Paus Pembunuh (Killer Whale) dan juga ikan Lumba - Lumba. Ianya didakwa wujud di Sea Life Park di Hawaii. Yang menariknya ikan ini mempunyai jumlah gigi purata antara induknya iaitu ikan paus 44 batang + ikan lumba - lumba 88 = 132 batang, dan kacukan ini mempunyai 132/2 = 66 batang gigi!. Menarik bukan?

Beefalo

guest_bloggers-70770543-1272318830

Kacukan antara Lembu dan Seladang. Selembu la kot ni, selain hibrid ini ada juga yang dikacukan dengan Yaks. Daging hibrid ini dilihat lebih rendah lemak dan kadar kolestrolnya

Zebroids
guest_bloggers-74629605-1272318290

Inilah hasil kacukan antara Kuda Belang (Zebra) bersama dengan spesis yang sewaktu dengannya seperti Kuda atau Keldai. Haiwan ini adalah contoh kacukan hibrid yang berasal dari jumlah kromosom yang berlainan, untuk contoh zebra mempunyai kromosom antara 32 dan 44 manakala kuda mempunyai kromosom sebanyak 64.

Kucing Savannah

guest_bloggers-455778734-1272318460
Kacukan antara kucing yang sering kita pelihara dirumah dan kucing liar Afrika. Hibrid ini begitu popular pada lewat kurun ke 20, dan pada tahun 2001 ianya didaftarkan sebagai haiwan baru. Yang menariknya hibrid ini lebih mesra dan setia pada tuannya berbanding kucing biasa dan boleh dilatih dengan baik!.

Beruang Grolar

guest_bloggers-527898822-1272318722

Kacukan antara beruang Grizzly dan Polar, yang menariknya ianya hibrid yang boleh dijumpai secara semulajadi tanpa ujian persenyawaan yang dilakukan oleh penyelidik. Pendapat pakar menyatakan salah satu keadaan ini berlaku faktor pemanasan global.

Amacam menarik tak haiwan – haiwan ini, yang paling saya suka ialah Ligers, kalau dapat seekor mesti besar gedabak, penuh rumah dibuatnya. Hal najis pula tu, besar mana la agaknya ?

p/s:- Agak – agak la, kera kahwin beruk, keruk?, mengeruk la sepanjang masa..hehehe

13 Komen disini:

Tanpa Nama berkata...

salam. fuyooo..kucing tuh macam menakut jek..huhuk~~

agak2 haiwan2 kacuk nih lebih bijak dr biase jek..~~!
hehe

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam...emmmmmm macam tak caya ja.....entahla...

Oh Malaysia berkata...

menarik2. tapi buruk jgk bila haiwan ni dah mix2.

Hafiz Yusof berkata...

kucing savannah..comel la telinga dia..hahahhaa

Akif Mazlan berkata...

kucing tuh garang kowt,, bedebar2 aku tgk, hehhe

zoul yazix berkata...

nak tengok jebon kacuk ngan arnab..jadi jenab!.haha

sugar2 kapas strawberry berkata...

nama pelik tp da nk dekat2 ngn nama haiwan sbnr ;)

Tanpa Nama berkata...

suka kucing savanah!! >.<

+qasih nadira+ berkata...

sy penah tgk gak ttg hybrid nie~tp x sure kat mana.kadg2 hybrid dilakukan utk mdapat offspring y lebih berkualiti.mmg mengagumkan sains skrg~

akuvision berkata...

Sains yang membawa kepada kebaikan

Shuk berkata...

nk kucing savannah!..huhu..

Sufi Asri berkata...

wah... kucing Kucing Savannah tue sgt hebat dan comel...!!! wow !

dear yayah berkata...

keruk pn ok gak nme tuh...aha3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...