Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Khamis, 20 Mei 2010
9

facebook-03

Terbaru dari ladang Facebook, hehehehe ini bukan cerita mengenai FarmVille ya. Ini berita pasal Facebook itu sendiri. Diberitakan baca Facebook diserang oleh malware dalam bentuk video viral, apa itu malware?. Saya pun kurang pasti namun ianya boleh dicari di wikipedia ( punya malas nak terangkan, sebab nak kena semak dulu ).

Video viral yang dimaksudkan ini dihantar kepada anda melalui post bersama ayat ini, "this is without doubt the sexiest video ever! :P:P:P" dan disertakan dengan tajuk "Candid Camera Prank[HQ]". Adat manusia di Facebook, mesti tekan punya kan?, kalau dah ada perkataan "sexiest" tu mesti terlintas nak tekan punya la.

Jika anda tekan post video viral ini, satu aplikasi Facebook akan terbuka dan memberitahu bahawa pemain video anda "out of date" dan meminta anda untuk memuat turun fail. Kalau anda muat turun fail tersebut, video viral akan dihantar kepada rakan - rakan anda melalui avatar anda!. Maka anda adalah punca utama ianya tersebar di kalangan rakan - rakan anda, hahaha.

Tapi kalau video viral ini tiba dekat pengguna Facebook Malaysia, adakah ianya akan dialih bahasa?. Mungkin ya jika pembuat video viral ini rajin sangat nak buat kerja. Ingat jangan muat turun sebarang, jaga kelakuan anda di internet!. Video berkaitan video viral malware ini ada dibawah ini silalah tengok:-

p/s:- Ada yang kena dengan video viral malware ni?, Walmare adalah pendekkan pada malicious software yang menyusup masuk ke komputer pengguna tanpa disedar pengguna, dan ianya sungguh menyusahkan!

9 Komen disini:

Hasrol Nizam berkata...

patut la..nasib baik rasa macam pelik je nak tengok video tu..nice sharing :)

Tanpa Nama berkata...

hee..mak datin terpakse tglkan jejak kat sini

hans berkata...

aku benci video lucah dkt facebook yg spam tu
menyusahkan

Tanpa Nama berkata...

oho, tak pernah hantar, tapi selalu dihantar
(-_-")

Afzainizam berkata...

~~~@@@~~~
Assalamualaikum salam sejahtera,
Pemanis kata pembuka bicara;
Dari Blog kami bercerita,
Untuk tatapan sahabat semua.
~~~@@@~~~
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….

Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

Yup ramai orang yang hantar... but menyusahkan jangan terpedaya

pijoe berkata...

ai mcm bunyi mcm tertekan gak jerk? huhu

Matt berkata...

mcm scam dlm fb skrg, jgn le klik bende yg meragukan hihih..

Puput. berkata...

giler..aku pnah kena ni..sbbnye aku buka sbb kwn baik sdr yg bg...aku dload la patutla pastu aku kena ssl error..apa pon xleh masuk...tpaksa format komp...mmg bebgang giler time tu..rupanya sbb vid ni..adeh...tq 4 sharing...klu x aku xtahu sbb apa prob tu..huhu...

akuvision berkata...

memang masalah besar besar kene malware ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...