Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 20 April 2010
4





Rasanya saya baru membuka dan menulis di blog ini baru 3 minggu, dan saya berasa begitu gembira kerana dapat mempertahannya sehingga sekarang ( ceh baru 3 minggu dah bangga gila ). Ok kembali pada topik, mungkin anda pernah mencari di laman carian google tentang bagaimana mahu meningkatkan trafik ke blog atau laman sesawang anda. Disini saya sertakan artikel tentang dua laman sesawang yang saya gunakan, Laman - laman ini sering saya jengah ketika tidak membuat jelajah blog.

Anda tahu mengenai "Traffic Exchange"? atau dalam Bahasa Malaysia saling tukar trafik?, pasti pernah bukan. Kalau belum pernah inilah masanya untuk saya kenalkan. Laman sesawang "Traffic Exchange" merupakan satu laman sesawang yang menyediakan proses untuk anda melayari laman sesawang orang lain dan diberi kredit untuk setiap layaran, Layaran laman ini memerlukan anda untuk 'view' sesebuah laman sesawang itu sekurang - kurang 10 saat dan anda akan diberi 0.5 kredit. Kredit yang diperolehi ini berkala dengan jangka masa 'view' iaitu makin lama kadar waktu makin tinggi kadar kredit diberi ( contohnya 40 saat untuk 2 kredit ).

Laman pertama yang ingin saya ketengahkan dikenali sebagai "www.easyhit4u.com". Laman ini menjadi pilihan pertama saya untuk "Traffic Exchange" kerana ia mempunyai beberapa kelebihan iaitu laman ini memberi kadar kredit yang tinggi dengan nisbah 2:1 dan 1:1. 2:1 memerlukan anda 'view' 2 laman sesawang untuk 1 kredit, dan 1:1 pula, 1 'view' untuk 1 kredit.

Laman ini turut menyediakan bonus buat 1000 layaran iaitu bayaran sebanyak $0.30, sehingga kini saya telah berjaya mengumpul sebanyak $1.50. Kekurangan yang saya lihat pada laman ini ialah pada 'target traffic'yang akan disetkan kepada 'viewer' laman kita iaitu ia hanya menyediakan 'target traffic' dari segi benua dan tidak boleh spesifik pada negara. Namun ia tetapi menjadi pilihan utama saya.

Laman sesawang kedua yang saya sarankan ialah "www.trafficg.com", kelebihannya sama seperti laman sesawang diatas, dan tambahan istimewanya ialah dari segi 'target traffic', dimana kita boleh setkan ia kepada negara, dan Malaysia termasuk ke dalam senarai tersebut. Kekurangannya, ia tidak membayar anda apabila anda membuat 1000 layaran dan laman sesawang yang tidak mempunyai isi dalam bahasa inggeris akan dibuang oleh 'webmaster' setelah pemantauan dibuat, tetapi anda boleh mendaftar kembali laman sesawang anda itu semula!.

Selain kedua - dua laman sesawang ini ada juga laman "Traffic Exchange" yang lain iaitu:-

Kesemua laman yang diterangkan disni adalah percuma untuk didaftarkan.Untuk kelaman "www.easyhits4u.com" dan "www.trafficG.com" klik pada gambar, dan ke laman lain klik pada "link" diatas.

P/S:- Jika anda berminat berdaftar dengan laman - laman ini. Saya hanya mahu berkongsi.

4 Komen disini:

Stargone berkata...

Hai, saya pun ada join easyhits4u dan ketika saya menulis ni, saya dah berjaya mengumpul $10.16. belum pernah cashout pun lagi, saje peram lama-lama. :D

erm, kenapa kamu tak letak referral link kat banner tu?

Lagi satu, program sebegini biasanya di panggil "traffic exchange". :)

akuvision berkata...

terima kasih kerana sudi mengomen, tak letak "refferal link" sebab nak letak "main link". Lagi satu, tajuk itu akan saya tukarkan. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong komenkan terima kasih.

annfrendly berkata...

bagus juga ni..
tapi masih tak faham.. kena letak iklannya di blog ke atau macamana??

akuvision berkata...

tidak, kita daftar kat site yang dipaparkan dan kita surfing laman web melalui website disitu. i kredit kita dapat, kita akan dapat satu unik klik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...