MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 29 Jun 2010
2

Berapa ramai antara kita yang berjanji pada diri sendiri, " besok aku nak bangun awal la sikit, asyik bangun lewat je ". Aku pun selalu terkena dengan janji yang di mungkiri ini. Disini dititipkan 5 tips ( Siri 1 ), bagaimana nak bangun awal keesokan hari:-

  1. Masuk Tidur Awal:-
    Ini adalah perkara yang tidak boleh disangkal.Untuk bangun awal kamu perlulah tidur awal kerana tubuh manusia memerlukan rehat yang cukup dan rehat yang cukup diperolehi dengan tidur. Kalau tidur lewat pasti masa rehat anda melalui tidur tidak akan mencukupi.


  2. Masuk tidur dan bangun pada masa sama setiap hari:-
    Ingin bangun awal tetapi tidur lewat melepasi tengah malam adalah satu idea yang kurang bijak. Anda boleh bangun awal dengan cara begitu tetapi tubuh anda tetap tidak dapat rehat yang cukup. Masuk tidur awal sebelum tengah malam, anda pasti bangun awal dengan cerita dan jadikan ianya jadual tidur harian.


  3. Amalkan bangun awal tiga minggu berturut - turut:-
    Untuk menjadikan sesuatu perkara sebagai habit, anda memerlukan sekurang - kurang tiga minggu setia dengan amalan yang dikehendaki. Dalam hal ini ialah habit bangun tidur awal. Setengah orang ada kata 21 hari tapi sebaik - baik kekalkan sambil bila - bila.


  4. Biarkan muzik mengejutkan anda:-
    Zaman sekarang ramai yang menggunakan telefon sebagai jam loceng untuk adan bangun pagi. Apa kata anda setkan lagu yang boleh membuatkan anda segar untuk bangun, nak ekstrem gunakan lagu yang 'mengejutkan' anda!


  5. Tidur sebentar di tengah hari:-
    Kajian menunjukkan tidur tengah hari selama 20 minit memberi rehat yang lebih berbanding tidur 20 minit di waktu pagi. Tetapi anda tidak digalakkan tidur tengh hari melebihi 30 minit. Dengan cara ini anda akan memerlukan masa yang sedikit untuk tidur malam dan anda akan bangun awal pagi.
Tunggu untuk 5 tips yang seterusnya!

On Khamis, 17 Jun 2010
13



Mungkin cerita ini sedikit basi, pada perlawanan bola sepak antara Belanda dan Denmark tempoh hari lebih 30 gadis yang memakai mini dress yang berada di dalam gambar diatas ditahan oleh pihak polis Johannesburg kerana terlalu seksi!. Bukanlah, kerana mereka dikaitkan dengan pernipuan pemasaran serbu ( ambush marketing scam ) yang melibatkan sebuah syarikat pengeluar arak dari Belanda sendiri.

Secara keseluruhan, jumlah gadis yang terlibat dengan penipuan ini ialah 36 orang dimana 3 darinya warga Belanda dan 33 pula adalah gadis tempatan. Walaupun warna oren dianggap warna rasmi peminat bola sepak Belanda namun pakain yang mereka gayakan ialah simbol atau trademark untuk kempen iklan syarikat pengeluar arak Bavaria.

Namun jurucakap Bavaria Peer Swinkels berkata, adalah pelik jika mereka ditahan kerana berpakaian begitu sedangkan pada pakaian mereka langsung tidak terdapat logo syarikat Bavaria dan peguam dan pihak berkuasa FIFA akan membuat siasatan lanjut mengenai hal ini.

Untuk rekod ambush marketing scam yang dilakukan oleh gadis - gadis ini dilarang kerana ianya melanggar hak eksklusif penaja utama arak pada temasya Piala Dunia 2010 pada kali ini iaitu Budweiser. Menurut ulasan dari Berita AP, gadis - gadis ini didakwa di bawah Contravention of Merchandise Marks Act yang meliputi ambush marketing, dimana syarikat yang terlibat tidak membayar untuk melakukan pengiklanan.

Macam - macam hal orang sekarang, inilah dikatakan strategi perniagaan. mengambil peluang
berisiko diatas sesuatu perkara. Video gadis – gadis ini dari laman Youtube:-

On
6

i

i

i

Sepanyol di kalahkan oleh Switzerland dalam perlawanan pertama kedua – dua pasukan. Gambar diatas menunjukkan jaringan yang dilakukan oleh Gelsan Fernandes ( 16 ) pada minit ke 50 perlawanan. Maklumat lengkap mengenai statistik perlawanan adalah seperti dibawah ini, walaupun nyata Sepanyol banyak melakukan serangan tetapi tiada jaringan berjaya Sepanyol jaringkan!. Huhuhuhu kena bangkit semula ni kalau tak parah wooo!.

statistik

i

“Aduh, camno leh gol pulak ni?” – Iker Cassilas

p/s:- Nasib baik tak tengok game ni, kalau tak mesti bengang gila!

On Rabu, 16 Jun 2010
4

 

hanako-female-robot

Artikel menraik dari negara matahari terbit iaitu Jepun, Para penyelidik di Universiti Showa dan syarikat pereka robot Tmsuk telah mereka bentuk android simulasi bernama Hanako Showa yang menyerupai seorang wanita Jepun setinggi lima kali untu tujuan pembelajaran dan pratikal untuk bakal doktor gigi yang akan dilahirkan.

Menzahirkan simulasi senario rawatan pergigian yang sebenar, robot atau lebih tepat android ini boleh memberi tindak balas seperti membuka dan menutup mulut, memalingkan kepala dan boleh berkata seperti "Aduh, sakit!" dan memberi jawapan balas pada pertanyaan ringkas oleh mereka yang menggunakan simulasi ini.

Sehingga artikel ini ditulis iaitu pada 30 Mac 2010, hampir 90% pelajar kursus perubatan dalam bidang pergigian di Universiti Showa telah melakukan ujian simulasi dengan Hanako Showa dimana pergerakan dan reaksi android ini seperti pergerakan mata, kepala dan lidah dikawal selia oleh instuktor yang meneliti ujian tersebut.

Android Hanako Showa mempunyai lapan titik pergerakan yang terpadat di kepala, mata, mulut dan leher. Manakala kulitnya diperbuat dari resin dan lidahnya daripada silikon. Menurut mereka yang mereka bentuk android Hanako Showa ini, ianya akan dihasilkan untuk tujuan komersial dan akan dijualkan kepada universiti - universiti yang menyediakan kursus pergigian.

Untuk melihat video demo, lihat video di bawah ini yang di ambil dari laman sesawang Youtube:-

 

On
10

 

 

lucky-diamond-rich-1-1 

Terkejut melihat gambar lelaki di atas?, ini bukan teknik khas Photoshop tetapi ini adalah gambar betul!. Lelaki di dalam gambar ini dikenali sebagai individu yang mempunyai tattoo paling banyak di dunia!, dan ianya telah dicatatkan di dalam Buku Rekod Dunia Guinness .

Dikenali dengan nama Lucky Diamond Rich, beliau merupakan seorang warga New Zealand yang kini menetap di Australia dan beliau juga bekerja sebagai penghibur jalanan yang melakukan aksi menjugel ( juggling ), unicylcling ( basikal satu roda ) dan menelan pedang. Lucky Diamond Rich memperuntukkan hampir 1000 jam dan lebih dari ratusan pencacah tattoo untuk menghasilkan tattoo di seluruh tubuhnya secara total termasuk di dalam cuping telinga, alis mata dan di kulit kepala.

 

845mvu

Sebelum ini pemegang rekod untuk individu dengan tattoo terbanyak dimiliki oleh Tom Leppard yang mencacah tattoo seperti tompok harimau bintang di seluruh tubuhnya. Tom Leppard sekarang sudah berumur lebih 70 tahun dan telah kembali hidup dalam komuniti bermasyarakat kerana sebelum ini Tom Leppard menghabiskan masa hampir 20 tahun hidup bersendirian dan menganggap dirinya sebagai harimau bintang. Rekod Tom Leppard telah dipintas oleh Lucky Diamond Rich pada tahun 2006. Artikel ini diolah dari laman Wikipedia.

 

tom leppard Tom Leppard

 

Tom Leppard Kini 

 

 

 

p/s:- Agak – agaknya kalau meninggal, ramai nak beli kulit diorang buat koleksi. Peringatan untuk orang Islam, mencacah tattoo pada tubuh adalah haram dan ditegah sama sekali.

On Selasa, 15 Jun 2010
2

 

1230368201048_untitled_t

Salam petang, negara jiran Malaysia iaitu Thailand dan Singapura diletakkan dibawah senarai pemerhatian oleh Amerika sebagai negara yang terlibat dengan masalah perdagangan manusia ( human trafficking ) dimana kedua - dua negara ini gagal dalam mencegah wanita dari dipaksa menjadi pelacur.

Setiausaha negara Amerika, Hillary Clinton berkata hak asasi wanita dan kanak - kanak merupakan isu yang hangat dipedebatkan bukan sahaja di negaranya malah ia turut melibatkan masalah besar dunia. Untuk rekod, hampir 12.3 juta individu menjadi mangsa dalam isu dalam perdagangan manusia dari tahun 2009 - 2010.

Selain dari Thailand dan Singapura yang merupakan sekutu Amerika, negara Asia lain yang terdapat dalam senarai pemerhatian ialah Afghanistan, Brunei, Laos, Maldives dan Vietnam. Masalah perdagangan manusia berlaku di Singpura kebanyakkannya adalah kerana ramai wanita dari negara China, Filipina dan Thailand ditipu dengan tawaran kerja yang sah di Singapura.

Walaupun Malaysia turut terlibat perdagangan manusia, namun ianya tidak dimasukkan ke dalam senarai pemerhatian kerana pihak berkuasa sering melakukan tangkapan yang melibatkan kes - kes perdagangan orang dan ianya masih dalam statistik yang tidak membimbangkan.

Artikel diolah dari laman Yahoo!.

On
3


Jika sebelum ini HTC mengeluarkan beberapa telefon pintar yang mendapat sambutan seperti HTC Incredibles dan HTC Wildlife, kali ini HTC muncul lagi dengan telefon pintar terbaru yang dikenali dengan HTC Aria.
HTC Aria dilihat lebih kecil dari saiz dan juga dari segi harganya. Hangat diperkatakan di internet telefon pintar lebih murah berbanding telefon pintar yang berada di pasaran sekarang. Seperti telefon pintar HTC yang lain, telefon HTC Aria ini turut di operasikan dengan sistem operasi Android 2.1.

Dari segi kamera pula, HTC Aria dilengkapi dengan kamera beresolusi 5MP dengan paparan HVGA berdimensi 3.2 inci. Malah telefon ini menggunakan sistem skrin sentuh sepenuhnya tanpa keyboard, HTC Aria turut hanya sepanjang 4 inci dengan berat 4.05 ounce. HTC Aria juga diperkuasakan dengan pemproses Qualcomm MSM7227 600MHz.

Namun untuk sementara waktu ini HTC Aria hanya didapati di Amerika Syarikat melalu langganan rangkaian pembekal telekomunikasi AT&T. Untuk melihat HTC Aria dalam demo ringkas, lihat video dari Youtube ini:-


On
1

MINERAL-articleLarge

Menurut artikel berita dari New York Times, Amerika telah menemui sumber mineral bahan mentah yang boleh menjana hampir USD1 Trillion untuk Afghanistan, di mana mengikut perangkaan ini akan dapat merubah keadaan ekonomi Afghanistan dan suasana peperangan disana.

Antara mineral yang terdapat dalam penemuan ini ialah Besi, Tembaga, Kobalt, Emas dan logam industri penting seperti Lithium. Ini hanyalah sebahagian yang didedahkan, menurut sumber terdapat banyak lagi hasil mineral berlainan jenis yang menjadi bahan mentah asas dalam industri moden sekarang dan kemungkinan Afghanistan akan berubah menjadi pusat sumber mineral terutama di dunia.

14minerals-graphic-popup

Sumber mineral ini telah ditemui oleh sekumpulan wakil dari Pentagon dan turut disertai oleh beberapa ahli geologi dari Amerika. Malah Presiden Afghanistan, Hamid Karzai telah dimaklumkan terlebih dahulu dengan penemuan ini. Menurut pasukan yang membuat penemuan ini lagi, bumi Afghanistan memang kaya dengan sumber mineral semulajadi dan ianya berselerakkan di serata negara Afghanistan.

Adakah ini dapat merubah suasana perang yang tidak sudah seperti didakwa Amerika atau tambah parah?. Lagi - lagi dengan campurtangan Amerika yang bertindak sebagai penemu sumber. Sudah pasti Amerika sendiri tidak akan berdiam diri, apa kata anda?

Kredit artikel dan gambar dari laman sesawang www.nytimes.com

On Isnin, 14 Jun 2010
5

origami

Salah satu hobi yang saya minat dahulu ialah papercraft. Tahukah anda apakah itu papercraft?, contoh termudah ialah seni kertas origami. Dimana anda menggunakan kertas untuk mereka bentuk - bentuk yang menarik seperti gambar diatas.

Namun pada post kali ini, saya ingin mengenengahkan beberapa laman sesawang seni papercraft yang berbeza dan menarik, ianya percuma dan anda hanya perlu memuat turun dan mencetaknya di printer.

Pertamanya laman papercraft dari Yamaha. Walaupun Yamaha dikenali dengan syarikat yang berkaitan dengan pembuatan motorsikal dan alatan elektronik khususnya dalam pembuatan alat muzik eletronik, ia turut menyediakan satu ruang di laman sesawang untuk papercraft buat orang ramai untuk di muat turun. Untuk ke laman ini klik disini YAMAHA PAPERCRAFT :-

yamaha papercraft

yamaha papercraft

Laman sesawang yang kedua pula ialah laman ini, Mitsubishi dimana laman ini lebih bertumpu pada papercraft yang berbentuk kereta yang juga boleh dimuat turun secara percuma. Antara contoh papercraft yang disediakan seperti gambar dibawah. Untuk ke laman ini klik pada link ini MITSUBISHI PAPERCRAFT:-

mitsubishi papercraft

Laman ketiga yang menyediakan muat turun papercraft yang lebih menarik ialah yang disediakan oleh laman Canon. Berbeza dengan dua laman sebelum ini, laman ini lebih meluas kategorinya dan antara yang menarik ialah seperti gambar di bawah ini, untuk ke laman ini klik disini CANON PAPER CRAFT:-

canon papercraft

canon papercraft

Laman sesawang keempat ialah laman dari EPSON. Untuk ke laman ini klik pada link ini EPSON PAPERCRAFT atau pada imej screenshot dibawah ini:-

epson papercraft

Laman kelima ini pula lebih kepada himpunan papercraft yang dihimpunkan dari laman – laman yang berlainan dan saya syorkan anda untuk melawatnya. Dikenali dengan nama creative closeup ianya memang boleh membuatkan peminat papercraft untuk rambang mata melihat. Malah laman ini turut menyediakan info berkaitan maklumat yang lain yang mungkin boleh menarik anda seperti gajet kreatif terkini. Untuk ke laman ini klik di link ini CREATIVE CLOSEUP atau klik pada imej screenshot dibawah ini:-

creative closeup

creative closeup

Sebenarnya terdapat banyak lagi laman sesawang yang berkaitan dengan seni papercraft. Kalau anda rajin carilah di internet pasti anda akan menjumpainya dan jangan lupa untuk berkongsi maklumat mengenainya.

Selamat berkreatif!

On Ahad, 13 Jun 2010
1

motorola-xt720-motoroi-2

Motorola Milestone XT720 merupakan telefon pintar terbaru keluaran Motorola yang bakal berada di pasaran bulan Julai hadapan. Motorola Milestone XT720 diiktiraf sebagai telefon pintar pertama yang menggunakan Xenon Flash.

Motorola Milestone XT720 juga tidak didatangkan dengan papan kekunci dan ianya menggunakan teknologi skrin sentuh semata - mata. Di datangkan dengan kamera beresolusi 8 MP dan berupaya untuk merakam video dalam fomat HD 720p. Seperti Samsung Galaxy S, Motorola Milestone XT720 turut juga dioperasikan dengan sistem operasi Android 2.1.

Motorola Milestone XT720 turut dikuasakan dengan pemproses 600MHz ARM Cortex A8, memori RAM sebanyak 256MB dan ROM pada 512MB. Telefon Motorola Milestone XT720 juga akan dipakejkan dengan memori microSD 8GB dan boleh dikembangkan dengan memori tambahan sehingga 32GB.

Antara spesifikasi Motorola Milestone XT720 yang lain ialah, di bina untuk teknologi 3G bersama capaian HSDPA, WIFI, GPS bersama kompas digital, Bluetooth dan Stereo FM dengan sistem RDS. Untuk maklumat lanjut klik pada link ini www.motorola.com/milestoneXT720. Dibawah ini disediakan video TV Advert dari laman sesawang Youtube:-

On
1

mainpage-espn

Dalam menyambut kehangatan temasya Piala Dunia Afrika Selatan 2010 yang berlangsung selama sebulan ini, tidak boleh tidak kita akan tercari - cari sumber maklumat yang lebih terperinci mengenai perlawanan yang bakal berlangsung dan keputusannya.

Manalah tahu jika anda terlepas perlawanan menarik atas tugasan yang tidak dapat dielakkan. Selain blog yang sering memberi maklumat terkini keputusan perlawanan anda juga boleh melayari laman sesawang yang ingin saya perkenalkan ini. Laman ini bukan sahaja menyertakan maklumat sorotan perlawanan sekadar keputusan ringkas namun lebih dari itu.

Contohnya dari segi statistik perlawanan, informasi perlawanan tentang skuad yang bakal diturunkan dan pengadil yang akan mengadili perlawanan, serta yng lebih menarik bagi saya ialah gamecast yang bertindak seiring dengan perlawanan yang sedang berlangsung. Contoh paparan gamecast ialah seperti di bawah ini ( teringat pada game Championship Manager ). Malah disini juga terdapat kaunter masa untuk perlawanan yang seterusnya.

gamecat“ gamecast dari perlawanan Korea Selatan VS Greece “

Selain itu anda juga boleh memperolehi video dan gambar - gambar terbaru dengan perlawanan yang baru sahaja tamat. Laman yang diperkatakan disini ialah laman ini soccernet.espn.go.com, anda boleh klik di link ini http://soccernet.espn.go.com/world-cup/ atau imej screenshot di atas untuk ke laman utamanya.

Sekali lagi ini link nya http://soccernet.espn.go.com/world-cup/

On
5

iran facilities nuclear

Arab Saudi telah menjalankan ujian untuk mengurangkan pertahanan udara mereka untuk membolehkan Israel melakukan serangan bom keatas fasiliti kemudahan nuklear Iran.Riyadh ( ibu negara ) telah bersetuju memberi ruang laluan udara Arab Saudi di bahagian utara untuk dimasuki pesawat pengebom Israel, dan selepas pengeboman ke atas fasiliti nuklear Iran berlaku pertahanan udara Arab Saudi akan diketatkan semula.

Sumber di Arab Saudi berkata walaupun ada ketegangan berlaku antara Arab Saudi dan Israel, namun kedua - dua negara mempunyai kebimbangan yang sama ke atas Iran berikutan fasiliti nukler mereka. Walaupun mengikut keterangan Tehran ( ibu negara Iran ) sebelum ini fasiliti nuklear di Iran hanyalah untuk kegunaan domestik dan bukannya untuk tujuan peperangan.

Antara sasaran utama fasiliti nuklear yang akan diserang ialah, fasiliti nuklear Uranium di Natanz dan Qom, pembangunan simpanan gas di Isfahan dan reaktor heavy-water di Arak. Manakala sasaran tambahan ialah reaktor lightwater di Bushehr.

Sumber artikel ringkas ini diolah dari berita FOXNEWS dan The Times Of London.

On Sabtu, 12 Jun 2010
5

samsung-galaxy-s_1

Samsung Galaxy S merupakan telefon pintar Samsung terbaru yang berasaskan sistem operasi Android 2.1 dan dikhabarkan menjadi saingan untuk iPhone 4 yang baru dilancarkan oleh Steve Jobs di WWDC 2010 lalu. Samsung Galaxy S ini menggunakan sistem skrin sesentuh AMOLED( singkatan kepada Active-matrix organic light-emitting diode ) Super berdimensi 4 inci.

Samsung Galaxy S turut dibina dengan pemproses aplikasi ( application processor ) berkuasa 1GHz dan turut mempunyai kamera digital beresolusi 5MP dengan keupayaan untuk merekod video dan sistem fokus automatik.

Sebagai telefon pintar, Samsung Galaxy S turut dilengkapi dengan WIFI dan GPS sistem LBS lanjutan ( Location Based Services ), malah ia juga mempunyai sambungan USB 2.0 yang terbukti lebih laju serta keupayaan 3G. Kiranya telefon ini melengkapi keperluan asas untuk diiktiraf sebagai telefon pintar.

Samsung Galaxy S di datangkan dalam dua kapasiti memori terbina dalaman iaitu 16GB dan 8GB, dan ianya menyediakan dua slot memori tambahan sehingga 32GB. Ianya seberat 118gram dan berukuran dimensi 64.2mm x 122.4 mm x 9.9 mm. Dijangka akan berada di Malaysia awal bulan Julai depan dengan anggaran harga RM2500++.

Untuk melihat dengan lebih dekat, anda boleh ke laman utama Samsung Galaxy S di link http://galaxys.samsungmobile.com/ atau klik gambar diatas. Anda juga boleh melihat Samsung Galaxy S melalui video dari laman Youtube di bawah ini:-




p/s:- Siapa nak belanja beli ni?

On
16



justin

Berita sebelum ini yang menyatakan Justin Bieber MATI hanyalah satu lagi gossip internet, antara petikan dari artikel gossip itu ialah :-

Justin Bieber meninggal dunia!, berita yang mengejutkan semua pihak. Justin Bieber berusia 16 tahun didapati tidak sedarkan diri dirumahnya di Ontario, Kanada dan menurut sumber polis ini adalah disebabkan penggunaan dadah terlarang iaitu kokaine.

Doktor di Hospital Toronto East General mengesahkan kematian Justin Bieber sejurus tiba di hospital. Menurut polis lagi, mungkin Justin Bieber telah tidak sedarkan diri beberapa jam sebelum jasadnya ditemui oleh ibunya sendiri iaitu Pattie Mallette, dan kemudian Pattie bergegas menghubungi talian 911 Kanada.

Menurut rakannya Jaden Smith ( anak kepada Will Smith ), dia tidak terkejut Justin Bieber menyalahgunakan kokaine dan dia seolah anti sosial kebelakangan ini. Penyanyi yang diminati ramai ini dilihat sebagai seorang penyanyi remaja yang berjaya kerana muziknya bukan sahaja diminati oleh golongan remaja malah golongan dewasa juga.

Berita ini diolah dari FOX NEWS. Samada berita ini benar atau tidak, kita tengok berita selanjutnya!


p/s:- peminat Justin Bieber jangan marah ya, ternyata berita ini tidak benar!

On
5

Akhirnya tiba juga hari Sabtu yang ditunggu – tunggu, bagi mereka yang bercuti nikmatilah cuti ini dengan sebaiknya dan bagi mereka yang terpaksa bekerja berilah komitmen anda sepenuhnya. Bagi mengenang semangat bercuti di hari ini, mari kita lihat beberapa siri gambar yang diambil dari satu laman sesawang yang menarik iaitu http://perfectlytimedphotos.com/.

Gambar dilaman ini kebanyakan gambar – gambar menarik yang diambil tepat pada masanya samada secara kebetulan atau disengajakan, lihat antara gambar yang menarik:-

cat kucing yang mencuba untuk terbang

birdadakah burung ini dikejar oleh kucing diatas? 

 

curah air agak – agak siapa bangun pagi malas guna kaedah ini

run_on_water hohoho, it’s miracle!

bike aduh!, siap kemek muka tu!

bola gila kuat momentum, gerenti hilang ingatan ni!

 

Untuk melihat rangkaian gambar yang lebih menarik, anda boleh klik pada sambungan yang diberi disini http://perfectlytimedphotos.com/. Kalau tidak pun anda boleh klik pada gambar screenshot laman sesawangnya di bawah ini.

 

perfect-time-photo

On Jumaat, 11 Jun 2010
16

Sebagai penulis blog, anda tentu pernah mencari satu perisian yang boleh digunakan untuk menulis blog. Tentu saja kita boleh terus menulis di post drafter, namun apabila kita offline atau tiada talian internet dan anda pula ingin menulis blog disinilah bergunanya perisian yang ingin saya syorkan.

Perisian yang sering saya gunakan ialah Windows Live Writer dan ianya percuma. Perisian ini memudahkan anda untuk menulis blog, berkongsi gambar, video dan serasi dengan kebanyakkan 'blog hosting'seperti Windows Live, Wordpress, Blogger, LiveJournal, TypePad
dan banyak lagi.

Menariknya ia turut menyediakan pelbagai Plug-ins untuk di muat turun dan diselaraskan dengan perisian ini, dan kelebihan yang saya suka ialah anda boleh masukkan video dari Youtube dan secara automatik perisian ini akan menetapkan saiz video sesuai dengan dimensi ruang post anda.

Untuk muat turun perisian ini klik disini download.live.com atau gambar diatas.

On
18

 

 

1265488_cherry_tomato

Mari mengenal khasiat TOMATO, ( teringat la pula siri animasi Tomatoman dulu ). Tahukah kamu tomato tergolong dalam kategori buah tetapi selalu dimakan sebagai sayur dan sering digunakan dalam masakan. Bukan sahaja untuk masakan tempatan, malah tomato merupakan bahan utama  pembuatan sos spagetti dan sos pizza yang popular di Itali.

Menariknya tomato boleh dimakan dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk mentah, dimasak, dalam bentuk sos ataupun juga dalam bentuk jus!. Malah tomato juga dilihat dijadikan salah satu bahan untuk masker muka buatan sendiri!.

Tahukah kamu dengan memakan tomato ianya boleh memperbaiki struktur dan warna kulit anda?, ini adalah benar kerana tomato mengandungi  vitamin C dan vitamin A semulajadi yang membantu menyerikan kulit yang pucat selain sifat asid tomato yang dapat menyeimbangkan pengeluaran minyak dari kulit terutama di bahagian muka.

1184089_tomato_1

Selain itu ia juga tinggi dengan kandungan antioksida yang mana ia membantu untuk kesihatan dalaman badan dan luaran terutama dalam menjamin keremajaan kulit anda. Malah antioksida ini turu bertindak sebagai pencuci dalam badan yang berfungsi untuk mengeluarkan toksik melalui sistem perkumuhan tubuh anda.

Dalam tomato turut terdapat lycopene yang bagus dalam meneutralkan radikal bebas dalam tubuh dan mengurangkan kanser prostat bagi lelaki, malah ia turut mengurangkan risiko kanser paru - paru. Para penyelidik kesihatan turut mengesyorkan pemakanan tomato boleh mengurangkan risiko sakit jantung.

Tomato juga mempunyai kandungan vitamin K, yang mana ia berfungsi mengekalkan kekuatan dan kesihatan tulang anda. Vitamin K ini juga membantu dalam menghentikan pendarahan yang diakibatkan oleh luka kecil ataupun besar. Tomato turut dilihat melindungi hati dari sirosis ( sejenis penyakit berkaitan hati ) dan membantu dalam melarutkan batu hempudu dalam tubuh anda.

1145175_tomato

Secara keseluruhan tomato turut mengandungi kandungan nutrisi seperti serat yang bagus untuk anda yang mengalami sembelit dan kesihatan usus besar, karbohidrat yang bertindak untuk membekalkan tenaga buat tubuh, potasium, iron ( besi ) serta sedikit fosforus dan sulfur.

Jika dihimpunkan lagi dari segi kesihatan, selain perkara yang disebut diatas tomato membantu dalam merawat diabetis, cirit - birit, gangguan sakit mata, ketidakhadaman, kekuningan pada kulit, mual di waktu pagi khasnya bagi mereka yang mengandung, rabun malam, obesiti dan jangkitan kuman pada salur kencing.

Inilah serba sedikit khasiat tomata kepada tubuh badan manusia yang dapat dipadatkan dalam artikel ini. Sekian terima kasih, jom cari jus tomato!

On Khamis, 10 Jun 2010
14

 

 

faceinspace

NASA iaitu pendekkan pada National Aeronautics and Space Administration dan selaku pendahulu dalam bidang angkasa lepas  kini membuka tawaran kepada orang ramai di seluruh pelusuk dunia untuk memaparkan gambar dan nama anda di angkasa lepas secara percuma!. Tidak percaya?, percayalah kerana ianya benar. Saya sendiri telah menghantar gambar saya ke laman NASA. Biarlah tidak dapat menjadi angkasawan seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, janji gambar saya ada di angkasa lepas!.

Apa yang anda perlu buat ialah, anda hanya perlu melayari laman sesawang yang disediakan NASA ini iaitu http://faceinspace.nasa.gov/ dan ikut arahan selanjutnya. Gambar anda akan dihantar ke angkasa melalui salah satu edisi penjelajahan angkasa oleh NASA yang anda pilih iaitu, STS – 133 pada 16 September 2010 dan STS – 134 pada November 2010.

Malah bukan itu sahaja anda juga akan diberi sijil penerbangan ke angkasa lepas dengan nama anda disertakan. Tambahan kepada itu pula, sijil penerbangan itu akan ditandatangani oleh Pegawai Komander Misi!. Menarik bukan?, tapi sijil tersebut anda perlu print sendirilah dan boleh didapati setelah misi ke angkasa lepas pulang ke bumi, dimana tarikhnya anda boleh semak di laman disediakan.

Apa lagi, kalau anda berminat layari laman sesawang ini http://faceinspace.nasa.gov/ dan klik pada butang participate dan ikut arahan seterusnya. Anda juga boleh menyertai facebook dan twitter untuk program NASA ini.

Sekali lagi ini laman sesawangnya http://faceinspace.nasa.gov/ 

 

p/s :- Apalagi semua, mari rebut peluang ini!

On
12

CAPITAL-GATE

Capital Gate merupakan sebuah bangunan yang diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai menara paling condong didunia dan mengalahkan mercu tanda Itali iaitu pemegang rekod sebelum ini iaitu menara Pisa. Namun di Malaysia juga terdapat menara condong di Teluk Intan.

Menara Capital Gate yang terletak di Abu Dhabi ini diiktiraf kerana mencapai sudut kecondongan 18 darjah berbanding menara Pisa hanya 4 darjah sudut kecondongannya. Namun berbanding menara Pisa, menara Capital Gate ini sengaja dibangunkan secara menyondong ke barat.

450px-Leaning_Tower_of_Pisa

Menara Pisa - Itali

leaning-tower-teluk-intan[1]

Menara Teluk Intan – Malaysia

Capital Gate ini dibina sebanyak 35 tingkat dengan ukuran ketinggian 525 kaki dan bagaimana ia boleh dibina secara senget?. Mengikut kata Syarikat Pameran Abu Dhabi ( pembina Capital Gate ), asas bangunan ini telah dibina secara menegak sehingga tingkat 12 untuk mengukuhkan asas bangunan.

Capital Gate turut terhasil dari 15000 kubik meter konkrit serta diperkuatkan dengan lebih 10000 tan besi dan bangunan ini satu - satunya bangunan yang di 'pre-cambered' ( pra melengkung ) di dunia ( kata sumber ). Capital Gate masih dalam pembinaan dan dijangka akan disiapkan menjelang akhir tahun ini.

Macam - macam hal dunia, sebelum ni Dubai dah buat pulau tiruan yang menyerupai peta dunia namun menurut sumber di internet bentuk pulau tu dah lari dari bentuk asal. Ada juga pulau tiruan yang dibina untuk tujuan kawasan perumahan mewah yang berbentuk pokok Palma. Namun Dubai memang terkenal dengan kemewahan dan pembangunan yang pesat.

p/s:- Nak jugak rasa menginap dekat hotel Burj Al Arab yang terkenal dengan kemahalannya itu. Dapat lepak dekat lobi pun jadik!

On
7

Iphone 4g
Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat pagi buat anda yang menyinggah disini. Pada 7 Jun 2010 yang lalu Steve Jobs memperkenalkan Iphone teknologi tekini iaitu iPhone 4G kepada dunia semasa WWDC 2010. WWDC 2010 disini membawa singkatan kepada The Apple Worldwide Developers Conferance yang bertindak sebagai perhimpunan pembagun industri teknologi yang melibatkan syarikat Apple. WWDC 2010 berlangsung selama 5 hari dari 7 Jun hingga 11 Jun 2010.
iPhone 4G sebelum ini menerima kontroversi apabila salah seorang dari pekerja syarikat Apple yang terlibat dalam pembikinannya kehilangan prototaip iPhone 4G, namun mereka bernasib baik kerana prototaip tersebut dijumpai kembali oleh seorann individu yang menjualkannya kepada kakitangan Gizmodo ( satu laman yang membuat ulasan dan memperkenalkan gajet – gajet terkini di internet ).
Buat peminat Iphone anda mungkin akan teruja dengan iPhone 4G, selain ia mempunyai teknologi terkini iaitu ia juga bertambah baik dari versi iPhone 3G yang sebelum ini. Menurut ulasan dari mereka yang terkenal dalam industri, memetik ulasan dari laman Ars Technica:

“ Adapun kelajuan, iPhone 4G lebih pantas. Namun sukar untuk melihat perbezaan antara iPhone $G dan iPhone 3G, tapi yang pasti ianya setara dengan iPad “ – Ars Tehnica
Untuk melihat iPhone 4G dengan lebih dekat mengenai spesifikasi sila klik di link ini dan anda akan dibawa ke laman sesawang yang berkaitan http://www.apple.com/iphone/, untuk melihat review video, lihat kebawah :-

On Rabu, 9 Jun 2010
4

the_other_guys_poster01

The Other Guys - Apa akan jadi jika Will Ferrell yang terkenal dengan lakonan dalam filem bergenre komedi seperti Blades of Glory berganding bahu dengan Mark Wahlberg yang sinonim dengan filem - filem aksi seperti Shooter dan Four Brother dalam satu filem?, pasti gempak bukan?.

Kedua - dua pelakon ini telah berganding bahu untuk menjayakan sebuah filem yang diberi judul The Other Guys, sebuah filem aksi komedi yang pasti akan mencuit hati kita dan dalam masa yang sama memberi kita keseronokan adrenalin yang turun naik. Secara peribadi, saya turut meminati filem lakonan kedua - dua watak utama ini.

Selain memperkenalkan Will Ferrell dan Mark Wahlberg sebagai watak utama, filem The Other Guys turut menampilkan pelakon - pelakon terkenal Hollywood yang lain iaitu Eva Mendes, Michael Keaton, Steve Coogan, Ray Stevenson, Samuel L.Jackson, Dwayne Johnson ( mamat ni pun ada jugak ke? ), Rob Riggle dan Damon Wayns Jr.

filem The Other Guys ini turut diarahkan oleh Adam Mc Kay yang terkenal dengan filem komedi arahannya sebelum ini seperti Step Brothers dan Talladega Nights, dimana tidak silap saya kedua - dua filem itu pernah dilakonkan oleh Will Ferrell. Selain itu Adam Mc Kay turut bertindak penulis skrip untuk filem ini disamping Chris Henchy ( penulis skrip untuk filem Land of The Lost ).

Mari kita lihat antara ringkasan plot utama untuk filem ini:-

Filem The Other Guys merupakan sebuah filem tipikal Hollywood yang berlatar belakangkan Bandar New York. Secara ringkasnya filem The Other Guys ini mengisahkan detektif Allen Gamble ( Will Ferrell ) seorang akauntan forensik yang merupakan rakan sekerja ( partner ) kepada Terry Hoitz ( Mark Wahlberg ).

Dalam masa yang sama kedua – dua watak utama ini begitu mengagungkan dua rakan sekerja yang lain iaitu dua orang polis yang macho lakonan Dwayne Johnson ( The Rock tu ) dan Samuel L. Jackson. Tetapi apabila sesuatu peluang tiba untuk Allen dan Terry, perkara yang berlaku tidak bertindak mengikut perancangan!.

Filem The Other Guys ini adalah sebuah produksi yang diterbitkan oleh Columbia Pictures ( Sony ), dan akan menemui penonton awal bulan Ogos 2010. Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman utama produksi filem disini TheOtherGuys-movie.com dan untuk melihat teaser dari Youtube lihat video yang disertakan dibawah:-

On
4

2010_fifa_world_cup_logo

Walaupun Sukan SUKMA Ke 13 masih baru bermula, negeri Selangor semasa post ini ditaip telah memperolehi pingat emas pertama melalui Gimnastik. Tahniah buat pemenang, ingat dalam kehangatan menyambut Piala Dunia Afrika Selatan 2010, sukan SUKMA ke 13 di Melaka jangan dilupakan. Hendak harapkan siapa lagi kalau bukan kita yang menyokong sukan negara. ( Saya sokong sukan renang dan gimrama sahaja, hahaha )

Kembali kepada tajuk post ini, ini adalah olahan artikel dari BERNAMA. Dijangka 10 ribu peminat bola sepak akan membanjiri Seksyen 7 Shah Alam untuk menonton perlawanan Piala Dunia Afrika Selatan 2010 yang mana temasya sukan ini akan berlangsung selama sebulan mulai jumaat ini melalui skrin gergasi yang disediakan atas kerjasama Bandar I - City dan RTM.

RTM yang bertindak sebagai penyiar rasmi untuk Piala Dunia Afrika Selatan 2010 akan menayangkan 24 perlawanan secara langsung dan 11 lagi perlawanan tertunda melalui saluran di RTM1 dan RTM2. Selain menyediakan skrin gergasi untuk perlawanan, pihak penganjur iaitu dalam hal ini RTM dan Bandar I – City turut menyediakan acara lain seperti konsert dan pertandingan futsal, serta tidak ketinggalan gerai yang menjual cenderahati berkaitan Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

Untuk rekod RTM telah menjadi penyiar rasmi Piala Dunia FIFA untuk negara ini pada tahun 1974, 1978, 1986, 1990, 1994, 1998, 2002, 2006 dan yang terbaru pada tahun ini 2010 dengan tema dan slogan " Sorakan Satu Malaysia, Satu Dunia".

Harap tiada perkara buruk yang berlaku dengan aktiviti ini, nak kata menambah masalah sosial saya kurang pasti kerana apa - apa aktiviti yang kita buat pun bila melibatkan penghimpunan orang
ramai di sesuatu tempat kalau tidak terkawal akan menimbulkan masalah. Rasanya pihak berkuasa sedar akan bidang kuasa mereka dalam mengawal sesuatu perkara buruk yang akan berlaku. Jangan bergaduh sebab pasukan kegemaran kalah sudahlah!.

p/s:- Ingatan buat semua, sukan SUKMA ke 13 secara rasmi akan berlangsung esok!. Majulah sukan untuk negara cuma cukai industri pertaruhan tu kalau boleh jangan disalurkan untuk pembangunan sukan, takut makin merundum je!

On
7

monster_truck_bike1-300x269

Selamat pagi semua, diharapkan malam semalam anda mendapat tidur yang lena dan berasa bersemangat pagi ini untuk membuat tugasan harian. Anda lihat gambar diatas?, apakah reaksi pertama anda?, sedikit pelik pagi saya. Ini merupakan gambar sebuah basikal roda tiga gergasi terbesar pernah saya lihat, saya ingatkan motor memandangkan tayar depannya yang sungguh besar.

Basikal roda tiga atau tricycle gergasi ini dikenali dengan nama Monsterbike, sinonim betul dengan rupa parasnya. Apakah tujuan perekanya berbuat sedemikian?, saya pun kurang faham. Lihat video
dibawah ini bagaimana ianya berjalan di jalan raya:

p/s:- Berhati - hati di jalan raya, semoga apa yang anda lakukan hari ini berjalan lancar!

On Selasa, 8 Jun 2010
3

hakopsp

Selamat malam pelayar laman ini, anda seorang pemilik PSP?, laman sesawang yang saya ingin ketengahkan pada pagi hari yang indah ini ialah laman sesawang untuk memuat turun 'game' dan filem untuk dimainkan di konsol PSP anda. Laman ini dikenali sebagai 'hakopsp' turut menyediakan naik taraf atau 'upgrade' untuk konsol anda dari segi firmware.

Mengenai game yang disediakan, hampir kesemua game terbaru dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun disediakan disini. Dari segi filem - filem yang terdapat di laman sesawang ini pula, ia bukan sahaja boleh dimaainkan di konsol PSP anda tetapi juga di komputer anda selagi ada perisian permainan format video yang di muat turun. Untuk ke laman tersebut sila klik gambar diatas.

Satu kekurangan laman sesawang ini, ianya mempunyai banyak pop – up windows!.


Update :- Laman ini sudah tidak berfungsi :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...