Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 8 Jun 2010
6


28616_pineapple


Anda ingat dengan rumah SpongeBob yang diperbuat daripada nanas?, hehehe kelakar bukan?, dekat bawah laut seperti Bikini Bottom pun boleh didapati nanas. Lagi - lagi ianya dijadikan rumah oleh SpongeBob. Namun ini bukanlah post berkaitan SpongeBob, mungkin lain kali. Seperti biasa, selalunya post saya di waktu pagi melibatkan khasiat buah ( kata orang pagi - pagi macam ni senanag sikit info nak masuk kepala ), Kali ini mari kita membaca mengenai khasiat nanas.

Nanas merupakan sebiji buah yang mengandungi kandungan lemak dan kolestrol yang rendah selain mengandungi kandungan nutrisi seperti kalsium, potasium serat dan vitamin C. Khasiat dari nanas boleh diperolehi dari cara pelbagai pemakanan nanas secara segar, yang ditinkan, melalui jusnya dan melalu nanas yang telah dibekukan.

Melalui kalsium yang terdapat dalam nanas, ia membantu dalam membina tulang yang sihat untuk tubuh. Malah nanas kaya dengan manganese, iaitu mineral yang diperlukan untuk membina tulang dan sel tisu yang berkaitan dengan proses pembentukan tulang tersebut. Dianggarkan satu gelas nanas membekalkan 73% sumber manganese yang disyorkan untuk tubuh dalam sehari. Nanas juga boleh membantu dalam merawat athritis, gout dan mempercepatkan proses penyembuhan dari kecederaan dan pembedahan.

nanas

Salah satu khasiat nanas yang menarik minat saya ialah, nanas dapat merawat batuk dan selesema kerana kandungan vitamin C nya melalui jus nanas. Khasiatnya adalah sama dengan jus oren segar namun jika diukur ianya lebih lagi kerana nanas mempunyai Bromelin dimana ia membantu melegakan batuk dan mencairkan kahak.

Nanas turut membantu dalam mengekalkan kesihatan mata melalui agen antioksida yang terkandung di dalamnya. Manakala untuk nanas yang dikukus, dalam satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Australia telah menjumpai molekul tersembunyi yang bertindak sebagai agen pelindung yang mencegah dari sesetengah jenis kanser iaitu kanser ovari, payudara, paru - paru, usus dan kanser kulit.

Khas untuk golongan wanita pula, nanas dapat merawat kesakitan yang dialami ketika datang haid. Nanas turut bagus untuk kesihatan gusi anda, dan nanas turut efisyen dalam merawat arteriosclerosis ( berkaitan dengan arteri ) dan anaemia serta ianya bagus untuk otak di mana ia boleh mencegah dari kehilangan ingatan, kesedihan dan perasaan melankolik ( kemurungan melampau ).

Itulah serba sedikit khasiat nanas yang dapat saya himpunkan disini melalui pencarian maklumat
di internet.

Spongebob's Street “Rumah Encik SpongeBob yang tinggi khasiatnya”

– kata Patrick Star



p/s:- Jom makan nanas letak asam buah!

6 Komen disini:

zulkbo berkata...

salam ziarah anda..
moga sihat selalu
thanks for sharing
info saudara..amat
berguna...
جزاك اللهُ خيراً‎

Ibu Ammar berkata...

tak bape reti kupas nensa..tajam la kulit dia. hehe

selalu nanas makan ngan kicap.

miss ice berkata...

oOowh elok ntok sgugut ea..
ingtkn x elok sebab die tajam..hehe.
nice info :)

cari khasiat umah squidward plak..hehe..

akuvision berkata...

hehehe...umah squidward tu bentuk kepala easter island rasanya, memang bagus untuk wanita ketika datang haid, pernah dengar kat WHI dan 3R dulu

Umi Nazrah berkata...

penah ajar housemate cara-cara nk kupas kulit nenas. rasa mcm nk gelak kt dia. tp tengok dia dok trkial-kial, ajar ja lah :)

Aidi-Safuan berkata...

dapat cegah kanser payu dara? nyam2. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...