Gambar diatas sekadar hiasan. Sebuah Feri penumpang yang dalam ujian selepas diperbaiki berlanggar dengan dua bot nelayan menyebabkan sebuah bot tenggelam dan sebuah lagi rosak. Feri tersebut di punyai oleh Sunflower Sdn Bhd dan melalui laluan di Kuala Kedah hingga ke Langkawi. Kejadian berlaku di Pangkalan Haji Bidi, Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah kira – kira jam 2 petang semalam.
Mohamad Musa ( 58 tahun ), pemilik bot nelayan yang tenggelam mengatakan botnya terikat pada pangkalan dan ketika Mohamad Musa dan rakan - rakannya yang lain sedang sibuk membuat persiapan untuk turun ke laut.
Feri tersebut yang dikenali dengan nama Marine Star 3 memecut setelah membuat U - Turn di perairan dan melanggar bot Mohamad Musa yang seberat 15 tan dari belakang dan menyebabkan botnya tenggelam secara perlahan. Mohamad Musa dianggarkan mengalami kerugian sebanyak 50 ribu dan membuat laporan di balai polis Kuala Kedah. Manakala bot nelayan yang lagi satu ( seberat 50 tan ) mengalami kerosakan di bahagian kabin.
2 Komen disini:
mengigatkan aku kejadian lampau.. huhu :(
boleh ajar,macam mana nak buat translate to b.i py widget tuh ?
Catat Ulasan