Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 7 Jun 2010
11

Tebu, gambar dari Aroma Cookery

Semalam adalah hari Ahad yang menceriakan, namun cuaca yang panas menyebabkan tahap tidak keselesaan saya berada pada tahap optimum. Nasib baik ada pakcik jual aiskrim datang membunyikan hon di hadapan rumah. Pakcik ni macam faham - faham sahaja. Moga cuaca yang panas semalam memberi rezeki lebih buatnya, benarlah kata orang semua keadaan ada hikmahnya. Jangan asyik fikir pasal diri kita. Panas, tidak selesa buat kita namun ia menjadi faktor untuk orang lain mencari rezeki.

Namun bukan perihal ini yang ini saya kongsikan. Dalam cuaca panas semalam, otak ni melilau berfikir "kalaulah dapat minum air tebu, mesti hebat!, Heliza lalu sebelah pun aku tak pandang!". Jadi bermula pada perihal air tebu ini, mari kita lihat antara faedahnya kepada tubuh badan kita.

Air tebu mengandungi rasa manis buah semulajadi iaitu terdiri dari fruktosa, glukosa dan sukrosa. Oleh itu air tebu yang asli dilihat lebih bagus kerana ia masih mengandungi kandungan nutrisi yang asli. Ia turut mengandungi kandungan indeks glikemik ( berkaitan dengan kandungan glukosa darah ) yang rendah dimana ianya berfungsi untuk mengawal kesihatan badan secara keseluruhan.

sugarcane1

Kandungan alkali yang terdapat dalam tebu boleh mencegah kanser payudara dan kanser prostat. Anda yang mengalami sakit tekak, batuk dan selesema digalakkan meminum air tebu kerana sifatnya yang memulih dan mencegah.

Kaya dengan mineral seperti fosforus, kalsium, iron ( besi ), magnesium dan potasium. Air tebu turut membantu organ - organ dalaman seperti otak, hati, ginjal dan organ pembiakan untuk berfungsi dengan lebih lancar serta melawaskan pembuangan air kecil.

Kandungan gula yang terdapat dalam air tebu mengurangkan risiko dijangkiti diabetis berbanding gula biasa. Selain itu, air tebu membantu dalam pemulihan penyakit kuning ( jaundice ). Air tebu juga tinggi kandungan karbohidrat dan oleh sebab inilah air tebu membantu dalam proses menyegarkan semula tubuh dan membekalkan tenaga buat tubuh anda. Seperti yang dinyatakan diatas, mengambil air tebu dalam cuaca yang panas adalah disyorkan kerana ia membantu mengembalikan air untuk tubuh secara pantas.

Untuk anda yang mengalami berat kurang juga digalakkan untuk meminum air tebu kerana ia amat membantu dalam pertambahan berat. Namun dinasihatkan air tebu tidak boleh diambil berlebihan kerana bersederhana itu kan bagus!.

Sugarcane_juice_vendors,_Dhaka

Bro, air tebu satu tangki!




p/s:- Apalagi, rehat makan tengah hari nanti minumlah air tebu, pasti nyaman!

11 Komen disini:

zulkbo berkata...

salam..
klasiknya
mesin perah tebu tu
tak de dah ni..

Sufi Asri berkata...

wow.. best minum air tebu.. hehe.. tapi tebu mahal skg nie.. biasalah tue..

betol kata zulkbo.. klasik tol.. saya pon x pernah nmpak.. huhu~ mesin ada la pernah tgk..

iemaZAIMAH berkata...

terliurrrrrr...hehe

air tebu yg pure sdap sgt..byk khasiat..tp skg ni ad org men cmpur2 air bese ngan kordial je..pstu ad pwarna..ish..xsdap tul

akuvision berkata...

ni mesin import ni, dari Dhaka. Memang old school la

MR. SYAH berkata...

air tebu air kegemaranku..

ENCIK TIKUS berkata...

airtebu antara feveret minuman :)

gnesop berkata...

minum air tebu kena pastikan kedai yg menyediakan tebu bersih.. kalau jenis tebu terlonggik tepi longkang, baik jgn minum.. macam benda lepas situ.huhuhu

sweetie2010.blogspot berkata...

Salam kenal,

Segar dan nyaman tekak pekena air tebu.Tapi ada juga orang yang tak leh minum air ni...bisa2 badan

rizputra7 berkata...

oh...minum air tebu boleh kasi berat yer..aku nak try ler..agak2 berapa lama proses menambah berat jika minum air tebu>,hhehehehe

Mr. Asada berkata...

pehh.. sedap layan air tebu ice time panas2..

malaysia kira banyak dah tebu kan. tapi nape la gula tetap kurang ea???

uhh!

XYZ berkata...

best2 air tebu sgt best =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...