Arab Saudi telah menjalankan ujian untuk mengurangkan pertahanan udara mereka untuk membolehkan Israel melakukan serangan bom keatas fasiliti kemudahan nuklear Iran.Riyadh ( ibu negara ) telah bersetuju memberi ruang laluan udara Arab Saudi di bahagian utara untuk dimasuki pesawat pengebom Israel, dan selepas pengeboman ke atas fasiliti nuklear Iran berlaku pertahanan udara Arab Saudi akan diketatkan semula.
Sumber di Arab Saudi berkata walaupun ada ketegangan berlaku antara Arab Saudi dan Israel, namun kedua - dua negara mempunyai kebimbangan yang sama ke atas Iran berikutan fasiliti nukler mereka. Walaupun mengikut keterangan Tehran ( ibu negara Iran ) sebelum ini fasiliti nuklear di Iran hanyalah untuk kegunaan domestik dan bukannya untuk tujuan peperangan.
Antara sasaran utama fasiliti nuklear yang akan diserang ialah, fasiliti nuklear Uranium di Natanz dan Qom, pembangunan simpanan gas di Isfahan dan reaktor heavy-water di Arak. Manakala sasaran tambahan ialah reaktor lightwater di Bushehr.
Sumber artikel ringkas ini diolah dari berita FOXNEWS dan The Times Of London.
5 Komen disini:
macam siut je.. sangat hampeh!
salam,
Ntah la yang mane yang betul. penah baca dalam majalah, xsilap majalah FORWARD yg membicarakan konflik zionis dan dunia arab. Iran adalah penentang zionis yg paling lantang selepas kejatuhan kerajaan Saddam dan berkurangnya pengaruh Syria. Malah secara terbuka mengancam menghancurkan israel seandainya negaranya diserang. Iran juga dengan tegas membangunkan teknologi nuklear dengan alasan teknologi bukanlah hak mutlak us dan israel laknatullah.
Manakala Arab Saudi dan Mesir mengambil pendekatan berbaik dengan amerika dan israel kerana mereka bimbang dengan pengaruh Iran. Selain bimbang dengan kemungkinan ancaman teknologi nuklear Iran,sebab yang lain ialah Iran mendukung fahaman syiah, yang mana di sana adalah jelas terdapat perbalahan antara fahaman sunni dan syiah. Malah mereka turut bimbang dengan rapatnya hubungan antara Iran dan pejuang Islam Hezbollah dan Hamas.
Wallahu'alam.
Jazakallah khair
betul tu taib, sedangkan dulu iraq dan iran bergaduh akibat pegangan berbeza antara syiah dan sunni. Tapi berpakat dengan Israel untuk menjatuhkan yang seagama bagaimana pula?, Wallahu'alam, kita doakan perkara yang baik sahaja namun Allah menentukan semua
sesama islam tak leh nak bersatu langsung...iyela nak buat cam ne sejarah pembentukkan negara arab nie mmainkan peranan pada sape mrk menyokong...susah betui la...
mmg dasar negara arab, pengecut... sanggup berkompromi dgn kuasa yg menentang agama sendiri... laknatullah tu...
Catat Ulasan