Memetik berita dari laman BERNAMA tadi, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan bahawa 12 aktivis yang menyertai misi keamanan Gaza yang diserang tentera Israel awal minggu lepas telah memberi kemenangan moral untuk negara Malaysia dan rakyatnya.
Datuk Seri Najib berkata begitu ketika majlis menyambut kepulangan 12 aktivis tersebut ke Malaysia awal hari ini di kediaman beliau. Turut hadir ialah isteri Datuk Seri Najib, Datin Rosmah Mansor, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Mengangkat kesemua 12 aktivis ini sebagai perwira negara, Datuk Seri Najib meluahkan rasa syukur kerana kesemuanya berjaya pulang ke Malaysia dengan selamat. Menurut Datuk Seri Najib lagi, kerajaan Malaysia akan megambil langkah yang sewajarnya untuk mendukung kebebasan, keadilan dan hak kemanusiaan di bumi Gaza malah disebabkan hal Gaza ini pihak kerajaan akan mengemukakan resolusi untuk mengutuk perbuatan rejim zionis Israel kepada Parlimen.
Langkah ini adalah perlu untuk membuktikan rejim zionis Israel dan sekutunya bahawa perbuatan mereka awal minggu lepas dalam kes menembak mati 9 aktivis pejuang keamanan dari Turki di atas kapal Mavi Marmara mendapat bantahan dari penduduk dunia dan ianya tidak menghormati undang – undang antarabangsa.
Saran Datuk Seri Najib, Israel bukan sahaja perlu meminta maaf atas perbuatan mereka malah perlu membayar gantirugi pada setiap keluarga mangsa yang telah dibunuh dengan kejam. Namun bagi saya ianya masih tidak cukup untuk memadam api kemarahan umat Islam khasnya dan penduduk dunia amnya kecuali mereka yang bertanggungjawab menerima hukuman yang setimpal.
Dalam majlis ini juga sebuah organisasi korporat dari Malaysia menyerahkan derma sebanyak USD 5000 ( RM16 370 ) untuk setiap keluarga mangsa yang telah di bunuh dalam eksiden awal minggu lepas.
p/s:- Kredit artikel dan gambar dari laman BERNAMA.
5 Komen disini:
kita harus boilot segala urus niaga dengan yahudi
tgk gak pagi tadi...semoga niat dan usaha kite dirahmati Allah..amin
aku harap sangat2 benda ni jangan dipolitikkan oleh para ahli politik kita yang bijak pandai.. lol
menang moral macam mana pulak ni? pada pendapat seri pihak israel yang lebih gah kerana telah berjaya menepis semua ancaman dari umat islam yang begitu besar berbanding mereka yang kerdil tu.
jadi sudah sampai masanya seluruh pemimpin umat islam berfikiran waras dan memikirkan kebangkitan umat islam semula.
Isu ni memang sudah dan akan di politikkan lagi, mana2 isu terkini orang politik akan campur tangan cuma tahap manakah politik itu di adukkan?.
Seri:-
Saya pun kurang faham, tang mana yang dikatakan kemenangan moral?, namun syukur 12 aktivis dari Malaysia selamat pulang
Catat Ulasan