Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Khamis, 10 Jun 2010
14

 

 

faceinspace

NASA iaitu pendekkan pada National Aeronautics and Space Administration dan selaku pendahulu dalam bidang angkasa lepas  kini membuka tawaran kepada orang ramai di seluruh pelusuk dunia untuk memaparkan gambar dan nama anda di angkasa lepas secara percuma!. Tidak percaya?, percayalah kerana ianya benar. Saya sendiri telah menghantar gambar saya ke laman NASA. Biarlah tidak dapat menjadi angkasawan seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, janji gambar saya ada di angkasa lepas!.

Apa yang anda perlu buat ialah, anda hanya perlu melayari laman sesawang yang disediakan NASA ini iaitu http://faceinspace.nasa.gov/ dan ikut arahan selanjutnya. Gambar anda akan dihantar ke angkasa melalui salah satu edisi penjelajahan angkasa oleh NASA yang anda pilih iaitu, STS – 133 pada 16 September 2010 dan STS – 134 pada November 2010.

Malah bukan itu sahaja anda juga akan diberi sijil penerbangan ke angkasa lepas dengan nama anda disertakan. Tambahan kepada itu pula, sijil penerbangan itu akan ditandatangani oleh Pegawai Komander Misi!. Menarik bukan?, tapi sijil tersebut anda perlu print sendirilah dan boleh didapati setelah misi ke angkasa lepas pulang ke bumi, dimana tarikhnya anda boleh semak di laman disediakan.

Apa lagi, kalau anda berminat layari laman sesawang ini http://faceinspace.nasa.gov/ dan klik pada butang participate dan ikut arahan seterusnya. Anda juga boleh menyertai facebook dan twitter untuk program NASA ini.

Sekali lagi ini laman sesawangnya http://faceinspace.nasa.gov/ 

 

p/s :- Apalagi semua, mari rebut peluang ini!

14 Komen disini:

ENCIK TIKUS berkata...

macam best je dengar, thanx for this info

miss ice berkata...

menarek gk..hehe.tp xphm la..gambar tu nti dia paparkan kepada sape? alien d angkasa? :P

akuvision berkata...

heheh sebagai tokken, tak dapat pergi, gambar ada kat angkasa lepas pun kira oklah

rizputra7 berkata...

AV ko dah dapat sijil ker?..aku nak try ler..hhahaha

kisahsensasi berkata...

whoa... sempoi gak idea nie...

akuvision berkata...

lepas kapal angkasa mendarat baru dapat sijil, bila?, kat laman tu yang disediakan ada tarikhnya. tapi kena print sendirilah nanti

Tanpa Nama berkata...

hahah macam menarik je.yeke...?nak buat la.haha

terokai seni berkata...

macam-macam la dorang ni... apa motif dia buat tu takan suka-suka je kot...

zulkbo berkata...

salam..
hebat..
boleh cuba ni
terima kasih info

akuvision berkata...

sesiapa yang berminat boleh berdaftar

Norshahadah Rusli berkata...

hahaha klakor nyerrrr

ProPiTo.com berkata...

wah. bangga gak tu. hehe... anta gambar gedik leh.. hehehe ^__^

Sufi Asri berkata...

av.. aku dah daftar.. camna nie? tunggu bulan september kan? nnti dah amik sijil, jgn lupa post dalam blog k? hehehe.. takot terlupa.. =P

akuvision berkata...

hehehe mesti post, mintak2 dapat ler, hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...