Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 2 Jun 2010
11

the martin jetpack

Kini semua orang boleh terbang!, bukan macam Superman tu tapi dengan menggunakan Jetpack. Gambar diatas adalah sebuah Jetpack yang diberi nama The Martin JetPack.

The Martin JetPack adalah satu - satunya Jetpack yang pratikal ( pada pandangan pengeluarnya ), The Martin JetPack ini direka oleh sebuah syarikat Aircraft yang dikenali dengan nama Martin Aircraft Company Limited berpusat di New Zealand dan diasaskan oleh Glenn Martin. Konsep untuk Jetpack ini telah direka oleh Glenn Martin pada tahun 1981 serta mendapat pengiktirafan dan pengesahan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Canterbury, New Zealand.

the martin jetpack

Martin Aircraft Company Limited telah bergabung dengan sebuah syarikat antarabangsa untuk mengeluarkan 500 buah The Martin JetPack setahun dan dengan kos USD 75000 setiap satu. The Martin JetPack ini dilengkapi dengan 200 kuasa kuda dikiri dan kanan propeller, mempunyai berat 115 KG, menggunakan minyak petrol biasa dan boleh terbang sejauh 30 KM dalam 30 minit dengan muatan tangki penuh. The Martin JetPack turut dilengkapi dengan payung terjun kecemasan.

Dalam ujian terbaru The Martin JetPack dilihat boleh menaik setinggi 2400 meter dengan kelajuan 60KM perjam. Apa yang menarik anda tidak memerlukan lesen untuk mengendalikan The Martin JetPack ini dan melihat dari teknologi ini saya dapat rasakan harganya tentu mahal. Kerana itu saya menulis semua orang boleh terbang tetapi bukan semua mampu untuk memilikinya kecuali boleh buat loan.

Lihat video demo bagi The Martin JetPack di bawah ini:-



p/s:- Kalau harganya murah, mesti ramai pergi kerja pakai The Martin JetPack ni, tapi takut lalu lintas udara pulak sesak kan?

11 Komen disini:

Sufi Asri berkata...

wow hebat...

wow harga pon hebat.. hehe

Ҝarlz berkata...

wah cepet2 pesen satu nich ^^

Shuk berkata...

wah, pasni xpayah naik motor dah.pkai jet pack jer pi mne2..hehe :P

Nizam berkata...

wah, best lau dapat beli satu ni... senang nak pg mana2...hehehe

watchalawatco berkata...

aik! macam tag AirAsia je bunyiknya.. hehe :)

Usy@M^^ berkata...

blh terbang mcm kapal terbang n terhempas mcm kapal terbang gk...hahaha..(^^)

Aidi-Safuan berkata...

7500 usd je? murah jer nih. nak beli 20 kilo la kalau camnih. :P

akuvision berkata...

konsepnya lebih kurang cam helikopter

Hafiz Yusof berkata...

hebat gila benda ni..tapi mahal ..ape boleh buat

Ida Sazarina berkata...

xsemua bleh terbang..xmamp nak beli~~ hahaha~~ :P

akuvision berkata...

sebab tu la ayat headline tu semua boleh terbang, mampu atau tidak blom pasti ye tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...