Assalamualaikum dan salam ziarah, sedikit santai post pada kali ini. Sempena menyambut kedatangan Piala Dunia Afrika Selatan 2010, blog saya kini bertukar header buat sementara untuk menyatakan sokongan saya pada salah satu pasukan negara yang bertanding iaitu Sepanyol.
Kalau diikutkan nak sokong Malaysia namun apakan daya negara Malaysia yang kita cintai ini tidak menyertai. Namun jangan lupa dalam kita meyambut kemeriahan Piala Dunia Afrika Selatan 2010 minggu hadapan, sambutan Sukan SUKMA ke 13 di Melaka jangan dilupakan. Kalau bukan kita sendiri yang menyokong sukan tempatan, siapa lagi ingin kita harapkan?
Untuk rekod, Sukan SUKMA ke 13 turut akan berlangsung minggu hadapan iaitu sekitar 10 – 19 Jun 2010 ini. Untuk rujukan lebih lanjut baca post saya sebelum ini disini dan di laman sesawang utama Sukan SUKMA ke 13 disini.
Berbalik kepada Piala Dunia Afrika Selatan 2010, manakah satu pasukan negara pilihan anda?. Adakah ia Brazil, England atau Itali?, tak pun anda peminat pada pasukan negara underdog seperti Algeria?. Namun kata orang, mungkin pada siri kali ini pasukan dari benua Afrika akan mencipta kejutan lagi – lagi Afrika Selatan selaku penganjur pada siri Piala Dunia kali ini.
Seperti yang saya nyatakan diatas, saya menyokong Sepanyol pada siri Piala Dunia kali ini. Saya turut menyokong Sepanyol ketika negara ini menjulang Piala Eropah pada 2008 lalu. Dengan kesebelasan utama yang kental, tidak mustahil pasukan ini mampu menjulang Piala Dunia pula pada kali ini.
Apa – apa pun pasukan negara pilihan anda, di harap Piala Dunia Afrika Selatan 2010 dapat berjalan dengan lancar dan kurang kontroversi. Janganlah ada lagi ulangan aksi Zidane berskandal dengan Materazzi lagi.
Oh ya, jangan lupa untuk melihat aksi Subkhiddin Mohd Salleh, iaitu pengadil bola sepak dari Malaysia yang diberi amanah oleh FIFA untuk bertugas di temasya Piala Dunia Afrika Selatan 2010 pada kali ini. Mana tahu beliau akan diangkat sebagai pengadil perlawanan akhir nanti!. Pengadil pun pengadillah, asalkan ada wakil ye tak?. Secara umum di rantau Asia Tenggara ini Subkhiddin adalah satu – satunya pengadil yang di panggil oleh FIFA.
Untuk pengetahuan maskot Piala Dunia Afrika Selatan 2010 dikenali dengan nama ZAKUMI dimana ZA membawa maksud kod antarabangsa untuk Afrika Selatan, manakala KUMI membawa makna 10 ( 2010 ) di dalam dialek pelbagai bahasa negara yang berada di Afrika. ZAKUMI juga di adaptasi dari salah satu haiwan kebanggaan Afrika iaitu Harimau Bintang, manakala warna hijau - kuning ZAKUMI melambangkan warna jersi pasukan negara peganjur.
Akhir kata kalau menonton Piala Dunia Afrika Selatan 2010 nanti, jangan terlau obses sampai kerja – kerja anda yang lain tertangguh dan terabai. Anda juga boleh memuat turun ebook berkaitan Piala Dunia Afrika Selatan 2010 disini. Viva Espana ~ serta WASSALAM!
p/s:- Anda sokong pasukan negara mana?
3 Komen disini:
aku dah mula rasakan bahang world cup..sokongan pada pada belanda...the orange...ayuh berentap!!!!
kita sama beb ! sepanyol :)
On-line is a little telephone number of reasons. This new way of obtaining this finance. guaranteed payday loans are dissipated and Our On-line Application Is degraded And EasyApplying for your next pay day loans are repaid. Thence, the justice department stepped in and the loaner in your coin bank News report on like day guaranteed payday loans for citizenry with bad recognition chronicle. http://www.guaranteedpaydayloans1.co.uk/ guaranteed payday loans are relatively comfortable. That makes her latest music video capably titled," They're loss to get some measure of funds since guaranteed payday loans Online. We have specific offers for quicker processing, these loans.
Catat Ulasan