Capital Gate merupakan sebuah bangunan yang diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai menara paling condong didunia dan mengalahkan mercu tanda Itali iaitu pemegang rekod sebelum ini iaitu menara Pisa. Namun di Malaysia juga terdapat menara condong di Teluk Intan.
Menara Capital Gate yang terletak di Abu Dhabi ini diiktiraf kerana mencapai sudut kecondongan 18 darjah berbanding menara Pisa hanya 4 darjah sudut kecondongannya. Namun berbanding menara Pisa, menara Capital Gate ini sengaja dibangunkan secara menyondong ke barat.
Menara Pisa - Itali
Menara Teluk Intan – Malaysia
Capital Gate ini dibina sebanyak 35 tingkat dengan ukuran ketinggian 525 kaki dan bagaimana ia boleh dibina secara senget?. Mengikut kata Syarikat Pameran Abu Dhabi ( pembina Capital Gate ), asas bangunan ini telah dibina secara menegak sehingga tingkat 12 untuk mengukuhkan asas bangunan.
Capital Gate turut terhasil dari 15000 kubik meter konkrit serta diperkuatkan dengan lebih 10000 tan besi dan bangunan ini satu - satunya bangunan yang di 'pre-cambered' ( pra melengkung ) di dunia ( kata sumber ). Capital Gate masih dalam pembinaan dan dijangka akan disiapkan menjelang akhir tahun ini.
Macam - macam hal dunia, sebelum ni Dubai dah buat pulau tiruan yang menyerupai peta dunia namun menurut sumber di internet bentuk pulau tu dah lari dari bentuk asal. Ada juga pulau tiruan yang dibina untuk tujuan kawasan perumahan mewah yang berbentuk pokok Palma. Namun Dubai memang terkenal dengan kemewahan dan pembangunan yang pesat.
p/s:- Nak jugak rasa menginap dekat hotel Burj Al Arab yang terkenal dengan kemahalannya itu. Dapat lepak dekat lobi pun jadik!
12 Komen disini:
gerun la tengok bgnn condong2 ni..haha. menara teluk intan condong bape darjah ??
Woaa nice!
beranila dia wat design condong2 ni..
tapi cun gak..takla berkotak jer kan
gayat juga gua tengok menara macam ni
teluk intan menaranya condong sampai darjah enam, hehehehe
mr frecky seorang yang gayat ke?
hebat...macam mana ler diaorang buat?...
best ye lau dpt g menara ni....
masjid tanah ada direkodkan dimana2 tak?
cuma satu, di sana dah makin galak dengan sindrom 'ter'... tertinggi, tercantik, terbesar, dan segala macam 'ter' lagi. kebendaan dah makin banyak...
sekarang dah ada tanda2 jatuh dah ashrafi, sana bergantung kepada industri perlancongan dan pelabur banyak dari luar, ekonomi lumpuh kat sana turut terasa
Hοwdy! This аrticle could not be writtеn much bettеr!
Lоοκing through this article remіnds me of my ρreviouѕ гοommatе!
Ηe cоntіnually kept talkіng аbout this.
I am going to forwaгd this рoѕt tο him.
Fairly ceгtain he's going to have a good read. Many thanks for sharing!
Also visit my website - Homepage
Catat Ulasan