“nuklear ada bagus lo!” – Datuk Peter Chin
Menurut Menteri di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui sekitar RM8.3 - RM13,3 Bilion diperlukan untuk membangunkan dan membina pelan penjanaan tenaga nuklear 1000 MegaWatt di negara ini. Namun perangkaan belanjawan ini tidak termasuk untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan insfrastruktur seperti modal pembangunan manusia. Beliau memberi keterangan ini ketika Dewan Rakyat bersidang pada hari ini.
Namun menurut Datuk Peter Chin lagi, kos untuk menyelenggara pelan penjanaan tenaga nuklear lebih rendah berbanding berbanding menggunakan minyak, arang batu dan juga gas asli. Pelan penjanaan nukelar masih dalam peringkat pembincangan dimana tapak pembangunan masih belum ditentukan namun yang pasti ia akan dibangunkan di Semenanjung Malaysia berikutan peningkatan keperluan tenaga elektrik menjelang tahun 2020.
Datuk Peter Chin menambah lagi, kerajaan Malaysia akan menggunakan garis panduan antarabangsa dalam memilih lokasi penjanaan tenanga nuklear dengan mengambil kira kepadatan populasi, persekitaran, hirdologi, seismik, teutonik dan geomografi ( pada anda yang pakar dalam bidang geologi boleh terangkan tak? ). Rakyat Malaysia juga tidak perlu bimbang mengenai penjanaan nuklear ini kerana kerajaan akan bekerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa ( IAEA ) untuk memastikan peraturan keselamatan akan dilaksanakan.
Lesen penjanaan nuklear ini akan dikeluarkan setelah semua isu berkaitan seperti kesan pada alam sekitar dan pendedahan terhadap radiasi nuklear di ambil kira. Untuk rekod, kesan radiasi dari penjanaan nuklear adalah lebih rendah kerana ianya di lapisi oleh lima lapisan keselamatan.
Artikel diolah dari laman sesawang BERNAMA.
p/s:- Moga kita mendapat kebaikan dari kemajuan ini, jangan buat bom sudah!
6 Komen disini:
harap sangat benda ni betul2 ada kat malaysia nanti..
hmm... harap berkesan teknology nuklear nih.... erk..
jangan meletup kang suda...
xnak tengok malaysia jadi rusia.. xnak3
salam..
harap tdak hangat tahi ayam jer
dan harap pembangunan seiring
dengan kawalan penggunaan dan
langkah2 pengawalannya..almaklum
nuklier ni bahaya..bukan main2
radiasinya membawa kesan berzaman
betul tu, makin la amerika nak kawal malaysia cam iran tu nanti
ok benda ni
penting untuk akan dtg..
tp amerika ni bile tgk negara islam buat nuklear mula la gatal tangan dia, tak senang duduk.
itulah pasal, dia ingat orang asyik nak buat senjata je ke
Catat Ulasan