Walaupun Sukan SUKMA Ke 13 masih baru bermula, negeri Selangor semasa post ini ditaip telah memperolehi pingat emas pertama melalui Gimnastik. Tahniah buat pemenang, ingat dalam kehangatan menyambut Piala Dunia Afrika Selatan 2010, sukan SUKMA ke 13 di Melaka jangan dilupakan. Hendak harapkan siapa lagi kalau bukan kita yang menyokong sukan negara. ( Saya sokong sukan renang dan gimrama sahaja, hahaha )
Kembali kepada tajuk post ini, ini adalah olahan artikel dari BERNAMA. Dijangka 10 ribu peminat bola sepak akan membanjiri Seksyen 7 Shah Alam untuk menonton perlawanan Piala Dunia Afrika Selatan 2010 yang mana temasya sukan ini akan berlangsung selama sebulan mulai jumaat ini melalui skrin gergasi yang disediakan atas kerjasama Bandar I - City dan RTM.
RTM yang bertindak sebagai penyiar rasmi untuk Piala Dunia Afrika Selatan 2010 akan menayangkan 24 perlawanan secara langsung dan 11 lagi perlawanan tertunda melalui saluran di RTM1 dan RTM2. Selain menyediakan skrin gergasi untuk perlawanan, pihak penganjur iaitu dalam hal ini RTM dan Bandar I – City turut menyediakan acara lain seperti konsert dan pertandingan futsal, serta tidak ketinggalan gerai yang menjual cenderahati berkaitan Piala Dunia Afrika Selatan 2010.
Untuk rekod RTM telah menjadi penyiar rasmi Piala Dunia FIFA untuk negara ini pada tahun 1974, 1978, 1986, 1990, 1994, 1998, 2002, 2006 dan yang terbaru pada tahun ini 2010 dengan tema dan slogan " Sorakan Satu Malaysia, Satu Dunia".
Harap tiada perkara buruk yang berlaku dengan aktiviti ini, nak kata menambah masalah sosial saya kurang pasti kerana apa - apa aktiviti yang kita buat pun bila melibatkan penghimpunan orang
ramai di sesuatu tempat kalau tidak terkawal akan menimbulkan masalah. Rasanya pihak berkuasa sedar akan bidang kuasa mereka dalam mengawal sesuatu perkara buruk yang akan berlaku. Jangan bergaduh sebab pasukan kegemaran kalah sudahlah!.
p/s:- Ingatan buat semua, sukan SUKMA ke 13 secara rasmi akan berlangsung esok!. Majulah sukan untuk negara cuma cukai industri pertaruhan tu kalau boleh jangan disalurkan untuk pembangunan sukan, takut makin merundum je!
4 Komen disini:
bandar i-city dekat shah alam tu kan ? haha excited nih :D
betul tu encik tikus, 10 markah untuk kamu
bila ntah ada masuk berita psl ni..tu yg ramai org g serbu kot..
SALAM..
tak tahu pulak ada I'CITY
ketinggalan bas la saya ni
he he..
Catat Ulasan