Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Khamis, 3 Jun 2010
12

214544_guava

Guava atau lebih dikenali dengan nama buah jambu batu merupakan sebiji buah yang menjadi kegemaran ramai. Lagilah kalau dibelah - belah dan ditabur sedikit asam buah, tak dapat dibayangkan kenikmatannya!. Teringat pula zaman kanak - kanak dulu masuk kat dalam hutan kem askar nak cari buah jambu batu.

Pagi ini mari kita lihat serba sedikit mengenai khasiat buah jambu batu ini, utamanya dari segi kandungan mineral buah guava atau jambu batu mempunyai Vitamin A dan B. Ia turut mepunyai kandungan vitamin C lima kali ganda berbanding buah oren. Selain itu buah ini turut mengandungi kalsium, asid nikotinik, forforus, potasium, besi, asid folik dan juga serat ( isinya mempunyai serat yang padat dan dianggarkan sumber serat terbaik untuk kategori buah ). Buah jambu batu juga membekalkan karbohidrat, niasin, protein dan kalori buat tubuh.

765578_guava

Seterusnya buah Guava atau buah jambu batu bagus untuk anda yang mengalami haid yang berpanjangan, untuk mengawal tekanan darah tinggi anda dan memperbaiki pengaliran darah dalam tubuh. Selain itu ia juga bagus untuk anda yang ada masalah dengan kesihatan paru - paru, masalah asma, skurvi ( melalui pengambilan vitamin C ), masalah asidosis ( kadar keasidan darah berlebihan ), catarrh ( kaitan dengan selesema, membran mukus ) dan obesiti.

p/s:- Jadi apa lagi, jom makan Guava aka Jambu Batu!!!!

12 Komen disini:

Unknown berkata...

wah!menarik!suka air jambu batu!

Tanpa Nama berkata...

DAUN DIA ELOK TEMPEK KAT DAHI TIME DEMAM=)

_______________________


YAHUDI MMG LAHANAT!!!

jgn lupa amalkan qunut nazilah >__<

a walk to remember

Sufi Asri berkata...

tgk !! sebab tue jambu mahal.. buah dia merupakan herba.. haha.. =)

nice info again.. jadi lepas nie xde lah kita xtahu apa2 bila org tanya khasiat buah jambu. =)

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

jambu batu mmg sedap...daunnya utk penghilang kusam di muka & ubat sakit perut...tetiba teringat zmn kanak2 plak..

Mia Liana berkata...

sedaonya...nak skit boleh tak?

Mr feckry berkata...

gua suka minum air jambu batu

nazihahisa berkata...

suke mkn jambu batu.. tapi tak minat sgt dgn air die.. hoho

psst: kalau mkn dgn asam die patu letak byk berhasiat lg tak?

akuvision berkata...

jgn letak banyak, nanti orang kata makan asam bercecah jambu pula hehehe...terima kasih mengomen

sugar2 kapas strawberry berkata...

mkn ngn kicap+cili+gula+belacan+garam...

waaaaaaaaaaahhhhhh.kecur!

nabilah_2908 berkata...

jambu batu ni mmg fav. sy...if dpt sebungkus time lunch...dh tkpndg ns g dah..boleh kenyg smpi ke ptg.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
TERINGIN

acap berkata...

wahh. menarik ni

. . . berkata...

jumpa pown!!! hahahahaha... btw ada jambu batu 2 isinye warne pink ckit!!! same kew rasa dier??? sebab elle selalu makan yg isi putih jew!!!
.
.
.
paling suka ada mak cik 2 buat air... pas2 dier letak asam serbuk 2!!! umphhh... sedap gila!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...