Kentang sering dijadikan makanan ruji di sesetengah negara seperti beras dijadikan makanan ruji di Malaysia. Di negara Amerika Syarikat dianggarkan setiap dari populasi mengambil purata 62 KG setahun. Bagaimana dengan rakyat Malaysia?, saya pun tak tahu tapi apa yang pasti saya sering makan kentang jika makan fastfood sahaja.
Kentang merupakan sumber kalori yang bagus, lebih kurang seperti beras namun karbohidrat yang terkandung lebih senang dicerna. Selain itu kentang juga dilihat kaya dengan sumber mineral seperti potasium, kalsium. besi ( iron ) dan fosforus, di bahagian kulit dan juga isi kentang.
Selain itu kentang juga kaya dengan sumber vitamin, dimana secara umum 100 gram kentang mengandungi 17 miligram Vitamin C. Selain Vitamin C, ia juga mempunyai Vitamin A, B dan P. Kentang turut mempunyai kandungan air yang tinggi dimana ianya mewakili diantara 70 - 80% berat sesuatu kentang itu.
Mari kita lihat sebentar faedahnya untuk kesihatan anda:-
Kentang dijadikan sumber karbohidrat utama dalam diet ahli sumo untuk menambah berat. Percaya atau tidak, itu adalah fakta yang saya perolehi. Kandungan vitamin C dan B-complex yang terkandung dalam kentang membantu tubuh meyerap karbohidrat dengan lancar. Jadi ianya bagus untuk mereka yang terlalu kurus untuk menambah berat badan.
Kentang juga bagus untuk kesihatan kulit anda dimana kandungan mineral seperti potasium, magnesium, fosforus dan zink membantu dalam proses ini. Malah, kentang turut membantu untuk pencernaan, skurvi, sakit reumatik dimana kandungan kalsium dan magnesium membantu melegakan reumatik.
Kentang turut dilihat efektif untuk radang luka yang berlaku di luar dan di dalam tubuh, untuk mengawal tekanan darah serta membantu dalam fungsi otak dimana ia membekal kandungan glukosa dan oksigen untuk otak anda. Antara lain kentang turut memberi faedah yang baik untuk kesihatan jantung dan juga mengelak batu karang terbentuk serta boleh merawat cirit - birit.
Panjang juga artikel ni!, ini adalah sebahagian yang dapat saya huraikan mengenai khasiat kentang yang diperolehi daripada pelbagai artikel di internet. Diharap sedikit sebanyak ia dapat menambah pengetahuan kita mengenai khasiatnya.
p/s:- Tapi ingat, cara memasak kentang juga perlu dititikberat supaya kandungan khasiat tidak terjejas.
11 Komen disini:
kalau p kat restoran fastfood..mesti order kentang goreng tak pon weges..len2 takk bape best..tu je yang best
ooooooo... baru tahu.. erm.. kalo dgn kata yg lain, yg dah gemok xleh makan ker? =(
banyak khasiatnya..
kentang goreng mcd tu bagus jugak ker?
bolehlah kentang mcd, tapi banyak sangat garam kentang mcd, takleh amik lebih - lebih la
salam..
hebat juga kentang ni yek
saya suka kentang putar
i love kentang! =p
kentang adalah makanan terbaik untuk menggantikan nasik
~mood diet~ hoho
gila kentang..huhu
orang dulu2 memang ini salah satu sumber makanan diorang =)
orang dulu dulu makan ubi kayu kot?
sayur sayuran nih banyak kelebihan dia. tapi malas nak makan. :P
takleh camtu aidi, kena rajin
Catat Ulasan