Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Ahad, 6 Jun 2010
10

Sweet Potato

Jika di pagi semalam saya membuat post mengenai khasiat ubi kentang, kali ini mari kita lihat pula khasiat ubi kayu. Mengikut kisah yang diceritakan oleh, masa zaman Jepun ubi kayu dijadikan makanan harian yang menjadi pengganti beras.

Secara asasnya ubi kayu sering dijadikan kerepek, dan ianya menjadi kegemaran saya. Lagilah kalau dibuat kerepek goreng pedas!, memang best. Tiba - tiba teringat pulak makan ubi rebus yang dicecah dengan kelapa parut dan dibalas dengan minum teh di waktu petang, memang terbaik!.

cassava_chips

Oklah, kembali kepada tujuan penulisan post ini iaitu mengenai khasiat ubi kayu. Ubi kayu merupakan sumber karbohidarat ketiga terbesar di dunia dimana ianya menjadi hidangan lebih kepada 500 juta penduduk dunia secara keseluruhan.

Ubi kayu juga mempunyai kandungan mineral seperti kalsium, serat diet, besi, manganese, fosforus, potasium, vitamin B6 dan vitamin C. Memetik mengenai serat diet, ianya berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis.

Patutlah ubi kayu satu masa dahulu menjadi pengganti nasi kerana ianya penuh dengan serat yang memberi rasa kenyang pada tubuh. Teringat juga masa zaman sekolah rendah dulu, buat gam dari tepung ubi kerana ia mempunyai kandungan kanji.

cassava-leaves

Kalau dari segi permakanan, pucuk ubi kayu ni sedap kalau dibuat ulam cecah air asam ( peh meleleh ), buat kerabu pun enak jugak, lagilah terliur kalau di buat masak lemak cili api makan dengan nasi panas ( lisa surihani lalu pun buat dek je, ye ke? ).

bingka ubi

p/s:- Kalau petang ni dapat makan bingka ubi pun sodap gak ni!

10 Komen disini:

watchalawatco berkata...

bingka ubi.. pergh!! pasar minggu pagi nanti kompem ada jual.. hehe

ENCIK TIKUS berkata...

kompem ke kalau si lisa tuh lalu kau tak pandang ? haha

akuvision berkata...

hehehe..kurang minat ngan lisa da

akuvision berkata...

kalau heliza lalu ye aku teleng, manis bertudung

Sufi Asri berkata...

wah..
sedap nie..
erm.. ubi kayu pon leh buat gam ek? masa kecik2 dulu, kalo xde duit nk beli gam, kami pakai nasi jer.. hehehe..

sedih sikit, masa tue org susah..

cikmin berkata...

OMG!!!! sedapnyerrrr tengok ubi kayu...buat ubi getuk pun layan ni..minun dengan kopi o tumbuk punya... :P

buyat(bebola tomato) berkata...

bingka ubi...teringat crite halimah jongang...hahaha

Nizam berkata...

wah, best ubi kayu ni...
waktu hujan makan ubi kayu cicah kelapa...
tengah hari makan pucuk ubi kayu cicah dgn budu..perghh..mengancam...

Shannice berkata...

betul ke?... saya ada baca bahawa ubi kayu dan daunnya boleh menyebabkan beguk jika makan terlalu kerap.....
tak tahu plak...;))

akuvision berkata...

erm...yeke?, mungkin kot kerana kita digalakkan bersederhana dalam mengambil sesuatu, even ubat pun ada dosnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...