Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Sabtu, 31 Julai 2010
15

facebook

100 juta maklumat profail pengguna Facebook kini boleh di muat turun melalui torrent. Fail yang berkapasiti 2.8 gigabait itu dibuat dan dimuat naik oleh Ron Bowes dari Skull Security. Ron Bowes mencari maklumat yang disertakan dalam fail torrent itu melalui program web crawler dan menyimpan maklumat pengguna Facebook yang tidak menukar privacy setting di laman Facebook.

100 juta maklumat peribadi ini secara puratanya meliputi 1 dari 5 pengguna laman Facebook yang secara keseluruhan berjumlah lebih 500 juta pengguna, dan mereka ini adalah pengguna yang termasuk dalam Facebook open access directory ( anda boleh klik untuk ke muka directory tersebut ). Pengguna Facebook tidak harus bimbang kerana maklumat - maklumat yang terkandung dalam fail torrent ini adalah maklumat yang dipaparkan oleh public apabila kita membuat carian nama di laman Facebook.

facebook privacy setting “ Screenshot privacy setting untuk Facebook ”

Selama ini isu privacy di laman sesawang Facebook memang dipertikaikan kerana dengan mudah orang ramai boleh mencari maklumat seseorang, dan pengguna telah diingatkan berulang kali tentang perihal ini, Namun hal yang lagi penting, pihak Facebook seharusnya mengambil langkah yang lebih proaktif dalam menangani hal ini.

Apa lagi, jom tukar setting di laman Facebook jika anda tidak mahu hal ini berlaku terhadap anda. Dibawah ini dipaparkan screenshot fail berkaitan dari laman www.thepiratebay.org. Ada yang berminat untuk memuat turun?, boleh klik gambar.

piratebay

On Jumaat, 30 Julai 2010
14

flipped 2010 film poster

FLIPPED, sebuah filem yang baru yang bakal menemui penonton sekitar Ogos tahun ini mengingatkan saya pada filem yang saya minati sebelum ini iaitu Little Manhattan ( 2005 ) lakonan pelakon cilik Josh Hutcherson dan Charlie Ray. Berada dalam genre yang sama iaitu romantik komedi, ia turut mengenengahkan isu yang hampir sama iaitu perasaan cinta yang kita pernah alami semasa kecil dulu. Mungkin semasa itu kita tidak mengenali bagaimana perasaan cinta, tetapi emosinya sudah cukup membuat hati kita berdebar - debar.

Namun Flipped dipaparkan dalam latarbelakang zaman yang berbeza, di mana filem ini bercerita tentang kisah remaja di zaman 50 - an disebuah bandar kecil berbanding Little Manhattan yang berlatarbelakangkan zaman moden di bandar Manhattan. Dengan menggunakan slogan "You never forget your first love", filem Flipped pasti membuai anda ke zaman remaja dahulu yang sedang enak dibuai cinta monyet.

Menampilkan bintang - bintang remaja seperti Madeline Carroll dan Callan McAuliffe sebagai watak utama, yang mana kali pertama digandingkan. Manakala Rob Reiner yang sebelum ini pernah mengarah filem The Bucket List ( 2007 ), Rumor Has It... ( 2005 ) dan When Harry Met Sally ( 1989 ), bertindak sebagai sutradara untuk filem Flipped ini. Selain mengarah Rob Reiner turut bertindak sebagai penulis skrip bergandingan dengan Andrew Scheinman.

flipped 2010

Serba sedikit mengenai sinopsis filem ini:-

Watak Juli lakonan Madeline dan Bryce lakonan Callan, bertemu untuk kali pertama ketika di gred 2 sekolah. Ketika itu Juli sudah yakin bahawa perasaan suka yang berputik di hati mereka adalah perasaan cinta, namun Bryce tidak pasti adakah ianya cinta.

Tambahan pula Bryce sedikit fobia dengan perempuan dan seorang yang pemalu namun ia masih lagi sukakan pada Juli sehingga 6 tahun lamanya, dan disinilah bermulanya plot utama yang sebenar. Menyingkap kisah suka duka keluarga mereka, ianya tentu serba sedikit akan menggamit hati anda yang menonton.

Dijangka akan ditayangkan di Amerika Syarikat 6 Ogos ini dan sekitar 27 Ogos untuk tayangan antarabangsa. Anda yang sukakan genre romantik komedi tidak seharusnya melepaskan peluang untuk pergi menonton. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh klik pada pautan ini FLIPPED OFFICIAL SITE atau anda boleh klik pada mana – mana imej di dalam post ini.

Dibawah ini disertakan trailer filem dari laman Youtube:-

On Khamis, 29 Julai 2010
12

searchstatus-download

SearchStatus merupakan satu plugin SEO ( Search Engine Optimization ) yang boleh dimuat turun untuk diintegrasikan dengan pelayar web Mozilla Firefox. Ianya juga merupakan plugin yang paling digemari oleh saya kerana paparan muka yang ringkas.

SearchStatus mempunyai banyak kelebihan ,antaranya anda boleh melihat nilai PR, Compete Rank, Alexa Rank dan MozRank sesuatu laman itu ketika anda melayarinya. Bagi saya ia memudahkan diri saya untuk melihat PR sesuatu blog itu, dan ini memberi kita sesuatu maklumat yang penting untuk membina backlink melalui komen post.

Sebelum ini saya pernah menggunakan SEOQUAKE, namun nyata saya lebih serasi menggunakan plugin SearchStatus. Antara contoh paparan ringkas SearchStatus ialah seperti dibawah ini. Ini adalah paparan ranking yang diperolehi dari laman utama Google News.

prrank

Serba ringkas mengenai imej diatas:-


1. PR ranking untuk laman Google News ialah :- PR8
2. Alexa ranking untuk laman Google News ialah :- 244
3. Compete ranking untuk laman Google News ialah :- 1
4. mozRank ranking untuk laman Google News ialah :- 7.16

Apa yang menariknya mengenai SearchStatus, antaramuka yang ringkas dimana anda boleh meletakkan maklumat - maklumat ini di kiri atau kanan sebelah bawah pelayar web Mozilla Firefox. Malah anda boleh memastikan ranking mana yang hendak dipaparkan pada ruangan pilihan / options seperti di screenshot dibawah ini.

prrank1

Seperti Screenshot diatas, SearchStatus turut memaparkan maklumat - maklumat yang lain mengenai sesuatu laman sesawang seperti, Highlight Nofollow Links, Link Report, Meta Tags, doman IP dan banyak lagi. Yang lebih menarik perhatian saya ia boleh memaparkan jumlah indexed pages sesuatu laman sesawang melalui pautan laman web yang diperolehi dari laman carian Google, Yahoo, dan Bing.

Namun apa yang kurang ialah, tidak seperti SEOQUAKE, SerachStatus tidak memaparkan ranking melalui carian di Google tetapi ia masih relevan dengan kehendak dan matlamat saya. Untuk anda yang berminat dengan plugin ini anda boleh klik pada paparan imej - imej diatas atau klik pada link dibawah.

Pautan Pautan muat turun Plugin SearchStatus:-


1. http://www.quirk.biz/searchstatus/
2. https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/321/

On Rabu, 28 Julai 2010
20

the expendables 2010 poster

The Expendables merupakan sebuah filem baru yang diarahkan oleh Sylvester Stallone. Malah beliau bukan sahaja bertindak sebagai pengarah, tetapi juga beliau sendiri melakukan watak utama bagi filem The Expendables ini.

Dengan mengengahkan nama - nama besar yang sinonim dengan filem genre aksi thriller seperti Jason Statham ( Transporter ), Jet Li ( The One ), Steve "Stone Cold" Austin ( The Condemned ), Bruce Willis ( Diehard ), Mickey Rourke ( The Wrestler ) dan Arnold Schwarzenegger ( Predator ), filem ini dilihat sebagai filem aksi utama yang harus ditonton bagi penggemar genre ini. Agak lama juga tidak melihat aksi lasak Stallone di layar perak selepas dua filem sekuel terkenalnya sebelum ini iaitu Rocky Balboa dan Rambo 4.

EXP_wall01_1024

Selain berlakon dan mengarah, Stallone turut bertindak sebagai penulis skrip bergandingan dengan David Callaham. Filem The Expendables ini turut diterbitkan oleh studio Lionsgate dan bakal menemui penonton di pawagam sekitar 13 Ogos 2010 hadapan.

Serba ringkas mengenai plot filem ini ialah:-

Stallone melakonkan watak sebagai Barney Ross yang menjadi ketua bagi sekumpulan askar upahan. Ahli terdiri dari Lee Christmas ( Jason Statham ) sebagai bekas ejen SAS ( Special Air Service British ) yang pandai bermain pisau, Yin Yang ( Jet Li ) yang cekap dalam tempur jarak dekat, Hale Caesar ( Terry Crews ) seorang rakan lama Barney dan pakar senjata, Toll Road (Randy Couture) seorang pakar letupan dan seorang yang bijak, serta yang terakhir sekali Gunner Jensen ( Dolph Lundgren ) seorang askar veteran. Plot utama filem The Expendables ini berkisar tentang tentang misi yang mereka laksanakan.

Sementara itu pelakon method yang pernah meraih anugerah Academy Award melalui filem The Wrestler iaitu Mickey Rourke memainkan peranan sebagai seorang penjual senjata dan pencacah tattoo adalah bekas ahli The Expendables dikenali sebagai Tool. Sementara itu Bruce Willis memegang watak sebagai Mr. Church yang mengupah ahli kumpulan The Expendables untuk menyelesaikan misi baginya. Sementara itu gabenor California, Arnold memegang watak sebagai Trench, iaitu bekas ketua kumpulan The Expendables yang terdahulu.

Untuk sinopsis yang lebih lanjut, anda boleh klik pada sambungan ini THE EXPENDABLES atau klik pada imej - imej diatas. Nantikan aksi - aksi menarik filem The Expendables ini di pawagam berhampiran anda Ogos nanti. Sementara itu anda boleh lihat trailer dari filem ini dibawah:-

p/s:- Baru tengok trailer dah teruja dah ni!

On Selasa, 27 Julai 2010
21

findmybacklink

FindMyBacklinks.com merupakan salah satu laman sesawang percuma yang berfungsi untuk mengira berapa banyakkah jumlah backlink yang dikaitkan dengan laman sesawang anda, dalam kes saya ialah jumlah backlink yang dihasilkan dari atau ke laman blog saya.

Seperti diketahui umum, jumlah backlink ini berfungsi untuk melihat kualiti sesetengah laman sesawang tersebut, terutamanya dalam penentuan Page Rank atau PR dalam istilah ringkasnya. Backlink hanyalah salah satu faktor yang menentukan nilai PR sesuatu laman sesawang itu, namun kita tidak boleh terlepas pandang akan perihal ini.

Secara peribadi, bagi saya kualiti carian yang dihasilkan oleh laman sesawang FindMyBacklinks.com ini adalah terbaik setakat ini. Selain jumlah backlink, ia turut memaparkan PR untuk domain, PR untuk page, OBL ( Outbound Link, semakin kecil semakin baik ), No Follow Tag dan juga Anchor yang digunakan samada dalam bentuk teks atau lainnya.

Selain itu anda juga boleh semak sehingga 1000 backlink pertama yang dihasilkan atau diterima oleh laman sesawang anda. Contoh carian yang dihasilkan adalah seperti dibawah:-

backlink “contoh carian 10 backlink pertama”

Untuk ke laman ini anda boleh klik pada link ini FindMyBacklinks.com atau pada sebarang imej di post ini.

On Isnin, 26 Julai 2010
33

manga

Reality Manga merupakan satu proses kesan khas Adobe Photoshop yang menukarkan rupa sebenar manusia ke dalam bentuk manga. Manga yang datangnya dari negara Jepun merupakan seni kartun yang amat popular dari dulu hingga kini. Siapa tak kenal dengan manga Dragon Ball dan Naruto.

Dibawah ini disertakan sekali rangkaian gambar Reality Manga yang diambil dari laman Worth1000, dan ianya segelintir dari imej galeri pertandingan Reality Manga yang dianjurkan oleh laman Worth1000 tersebut. Untuk melihat tutorial mengenai Reality Manga anda boleh lihat pada dua link dibawah ini:-

Tutorial Reality Manga:-

1. Video Tutorial :- http://litterboxx.com/web/manga1.html

2. Screenshot :- http://www.worth1000.com/tutorials/161153/tutorial

avril-manga Avril Lavigne

ayumi-manga “Ayumi Hamakasi”

brad-pitt-manga“Brad Pitt”

lindsay-lohan“Lindsay Lohan”

shakira-manga“Shakira”

Untuk melihat gambar – gambar Reality Manga yang lain, boleh rujuk pada sambungan link di bawah ini:-

Reality Manga Gallery:- http://www.worth1000.com/contests/24536/reality-manga-5

On Ahad, 25 Julai 2010
13

samsung-vs-iphone4

Samsung Galaxy S percuma!, percaya atau tidak pengeluar telefon selular Samsung yang berpangkalan di Korea mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka akan memberikan telefon pintar Samsung Galaxy S secara percuma kepada mana - mana pengguna Iphone 4 yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap produk Iphone 4 di laman sesawang mikro blog iaitu Twitter.

Strategi yang dilihat begitu ekstrem ini telah menampakkan penambahan pengguna Samsung yang berlipat kali ganda, iaitu dari kurang 100 lalu meningkat kepada 2800 pengguna hanya dalam masa 48 jam!. Dilihat seperti satu penipuan namun syarikat Samsung sendiri telah megesahkan strategi yang berisiko ini.

Mengambil kesempatan ke atas produk Iphone 4 yang dilihat tidak stabil dan mengalami bermacam masalah, Samsung Galaxy S dilihat sebagai fenomena baru dalam industri telefon pintar, malahan ianya dijanakan dengan sistem Android 2.1 yang dilihat sebagai sistem operasi yang stabil. Namun secara peribadi saya merasakan ia masih belum boleh menandingi populariti Iphone itu sendiri.

Selain laman sesawang Twitter menjadi sasaran, Samsung turut bercadang untuk mengarah hala tuju strategi perniagaan mereka ini ke laman sosial Facebook. Ini adalah kerana Facebook seperti dikenali ramai merupakan laman sosial yang paling popular dan luas rangkaiannya.

p/s:- Rasanya dekat Malaysia tiada lagi pengguna Iphone 4.

On
12

faster movie poster

Faster merupakan sebuah filem genre aksi thriller terbaru yang dilakonkan Dwayne Johnson, atau lebih dikenali dengan sebagai Dwayne "The Rock" Jonhson atau The Rock. Kembali melakonkan watak yang penuh dengan aksi, ianya tentu merawat hati peminat Dwayne sendiri termasuklah saya berbanding dua filemnya sebelum ini yang lebih bertumpu pada kekeluargaan dan komedi iaitu Game Plan dan Tooth Fairy.

Faster bakal menemui penonton di pawagam lewat tahun 2010 ini, iaitu sekitar akhir bulan November. Mendapat sentuhan arahan dari George Tillman Jr yang sebelum ini pernah membikin filem Notorius ( 2009 ), manakala skrip untuk filem ini ditulis oleh dua beradik iaitu Joe dan Tony Gayton ( Gay?, diorang bukan gay ya, itu hanya nama ).

Disamping Dwayne Johnson, filem Faster turut dibintangi oleh Billy Bob Thorton ( Mr. Woodcock ), Carla Cugino ( Race To The Witch Mountain ), Maggie Grace ( Taken ), Oliver Jackson – Cohen dan Moon Bloodgood ( Pathfinder ). Filem Faster juga dilihat sebagai filem terbaru yang di lakonkan Billy Bob Thorton setelah sekian tahun tidak berlakon.

dwayne johnson “Dwayne Johnson sebagai Driver”

billy bob thorton “Billy Bob Thorton ( tengah ) sebagai polis veteran”

Antara plot utama filem Faster ini ialah :-

Ianya berkisar mengenai watak utama Driver lakonan Dwayne Johnson yang baru dibebaskan dari penjara setelah 10 tahun menjalani hukuman. Perkara pertama yang ingin dilakukan oleh Driver ialah membalas dendam ke atas kematian abangnya ketika rompakan bank berlaku yang membawa kepada hukuman penjaranya.

Untuk melihat plot yang lebih lanjut anda boleh layari laman utamanya di sini FASTER MOVIE, atau klik pada gambar poster diatas. Dibawah ini disertakan trailer untuk filem ini dari laman Youtube.

p/s:- Dwayne Johnson aka The Rock mempunyai Degree in Criminology and Psychology

On Sabtu, 24 Julai 2010
15

barcode

Barcode Generator dilihat boleh memberi kelainan terhadap laman sesawang atau laman blog anda. Jika anda perasaan, blog saya ini turut mempunyai barcode tersendiri dan ianya adalah unik hanya untuk blog saya ini.

Anda turut boleh membuat barcode ini secara percuma!. Laman barcodesinc.com menyediakan pakej Barcode Generator di laman utamanya untuk penggunaan pelayar laman sesawangnya untuk memupunyai barcode yang bersifat individu dan boleh diguna di dalam talian dan boleh disertakan ke dalam laman masing - masing, contohnya blog bagi saya.

barcode1

barcode2 “Contoh – contoh Barcode untuk Blog saya”

Selain itu, barcodesinc.com turut menyediakan kemudahan barcode generator yang menghasilkan barcode yang boleh dicetak dan dilekatkan pada inventori barangan anda, seperti dilekat pada buku novel atau komik kegemaran dan ianya boleh dikesan melalui barcode detector.

Untuk anda yang berminat menghasilkan barcode unik untuk laman sesawang anda, boleh pergi ke sambungan ini Barcode Generator Percuma atau anda boleh klik pada imej – imej diatas.

On Jumaat, 23 Julai 2010
39

lembu

Sebuah syarikat di Sweeden yang bernama DeLaval mencipta satu mesin mandian atau cucian lembu automatik!. Ini adalah kerana dianggarkan pengeluaran susu yang dihasilkan dari lembu yang mandi adalah lebih tinggi kerana mesin mandian ini membantu memperbaiki sistem pengaliran darah dalam tubuh lembu dan mengelakkan penyebaran penyakit.

DeLaval telah menjual mesin mandian automatik ini lebih 30,000 unit hanya disekitar negara Sweeden dan akan cuba membawa produk ini ke pasaran antarabangsa terutamanya di UK terlebih dahulu. Jurucakap bagi syarikat DeLaval ini turut berkata, mesin mandian automatik ini menampakkan penambahan sebanyak 3.5 peratus pengeluaran susu dan menyatakan berus yang digunakan dalam mesin mandian automatik ini menyebabkan lembu lebih gembira, sihat dan produktif.

lembu1

Satu kajian dari Amerika Syarikat mengesahkan mesin ini menampakkan kebaikan untuk kesihatan lembu kerana ianya membantu pengaliran darah dalam tubuh lembu tersebut. Dan dengan ini ianya dapat mengelak pelbagai jenis penyakit yang sering menyerang lembu.

Anda juga boleh layari link ini DeLaval Swinging Brush untuk melihat mesin ini dengan lebih dekat dan terperinci dari segi spesifikasi dan penerangan.

p/s:- Cayalah lembu!, mooo sekali!.

On Khamis, 22 Julai 2010
37

gurchan sahota

Gurchan Sahota memilik Ijazah dalam bidang perakaunan, namun beliau hanya bekerja sebagai pencuci kereta. Bukan tiada kerja yang menanti setimpal dengan segulung Ijazah yang diterima, tetapi kerana minatnya dalam industri membasuh kereta yang digemari sejak kecil beliau melangkah berani untuk menjadikan hobi membasuh kereta sebagai sumber pendapatan.

Jangan terkejut jika saya katakan Gurchan Sahota menerima upah yang tinggi untuk mencuci kereta, dimana purata GBP7,200 ( GBP = Pound Sterling ) atau RM34,624 ditermanya untuk setiap kereta yang dicucinya!. Beliau dilihat sebagai “doktor pakar” dalam industri mencuci kereta terutamanya terhadap kereta berjenama mewah yang dimiliki selebriti seperti pemain bola terkenal contohnya.

Purata masa yang diperuntukkan oleh Gurchan untuk melakukan kerja pencucian ini secara total ialah lebih 250 jam, dengan jenis produk cucian mencecah 100 jenis!. Beliau akan melakukan cucian dalam dan luar kereta sebanyak 5 kali, malah Gurchan turut menggunakan teknologi canggih seperti kamera mikroskopik berdefinasi tinggi yang hanya digunakan oleh pakar forensik. Kamera itu digunakan Gurchan untuk memerika kesan calar yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar!.

Gurchan sehingga kini telah berjaya membuka 2 buah bengkel cucian yang bertaraf F1 dengan nama Elite Detailing. Gurchan turut mendapat sokongan dari kedua orang tuanya sehingga keduanya sanggup menukarkan garaj berkembar mereka sebagai sebuah bengkel cucian pertama untuk Gurchan, Nyata kepercayaan dan sokongan yang diberikan membuahkan pendapatan lumayan untuk anaknya.

Untuk maklumat lanjut anda boleh klik pada link ini ELITE DETAILING

On Rabu, 21 Julai 2010
14

The Social Network

The Social Network, satu – satunya filem yang dibikin untuk bercerita perihal laman sosial Facebook yang tidak asing lagi pada anda yang suka bersosial secara maya. Suka atau tidak, Facebook telah diangkat sebagai salah satu medium laman sosial maya yang begitu popular dan menenggelamkan nama – nama besar laman sosial maya yang popular sebelum ini seperti Friendster dan Myspace misalnya.

The Social Network tercetus apabila, penerbit merangkap penulis skrip filem ini iaitu Aaron Sorkin membuat kenyataan di muka profail Facebook miliknya dengan menyatakan, beliau akan menghasilkan sebuah filem mengenai Facebook. Da bermula dari saat kenyataan itu dikeluarkan, langkah pertama pembikinan filem pun bermula.

Jesse Eisenberg, Justin Timberlake “ Jesse Eisenberg ( kanan ) melakonkan watak Mark Zuckerberg “

Filem The Social Network ini mendapat sentuhan arahan dari pengarah yang tidak asing lagi iaitu David Fincher yang sebelum ini mengarah filem. The Social Network turut memperkenalkan barisan pelakon yang dilihat sedang meningkat naik seperti Jesse Eisenberg ( Zombieland, Adventureland ), Andrew Garfield ( Lions for Lamb, Boy A ), Joe Mozello, Rashida Jones ( I Love You Man, New In Town ) dan turut menyertai barisan pelakon ialah Justin Timberlake yang mana bakal lakonannya pernah dipaparkan dalam filem The Love Guru ( 2008 ) di Southland Tales ( 2007 ).

Mark Zuckerberg “ Mark Zuckerberg, pengasas Facebook “

Secara khususnya plot filem The Social Network ini berkisar mengenai perihal laman sosial Facebook itu sendiri. Dimana bagaimana Mark Zuckerberg selaku CEO Facebook ( dilakonkan oleh Jesse Eisenberg ) menghasilkan laman Facebook pada tahun 2004, dimana ketika itu Mark masih lagi menuntut di tahun keduanya di Universiti Harvard. Sekarang Mark Zuckerberg sudah mempunyai lebih 400 juta rakan di seluruh dunia!. Manakala Justin pula melakonkan watak Sean Parker ( co-founder Napster dan Facebook ),

Filem ini bakal menemui penonton awal bulan Oktober 2010 ini. Untuk melihat filem The Social Network ini dengan lebih dekat, anda boleh klik pada link ini THE SOCIAL NETWORK atau klik pada mana – mana imej di post ini.

Dibawah ini pula disertakan video trailer untuk filem ini yang diambil dari laman Youtube:-

On Selasa, 20 Julai 2010
5

milo-hidup-bola

MILO HIDUP BOLA merupakan kempen terbaru yang dianjurkan oleh syarikat pengeluar MILO yang tidak asing lagi untuk orang kita, syarikat yang dimaksudkan ialah Nestle Malaysia. Kempen MILO HIDUP BOLA ini adalah satu usaha Nestle Malaysia untuk menyokong sukan bola sepak dan futsal di Malaysia.

Malah bersempena dengan edisi Piala Dunia Afrika Selatan 2010 yang berlangsung dan hampir tamat ke penghujung, MILO HIDUP BOLA menyemarakkan lagi kempen mereka dengan pemberian hadiah Bola Premium Adidas yang mewakili nama – nama pasukan pilihan di Piala Dunia Afrika Selatan 2010 iaitu termasuklah Espana, Brasil dan Argentina contohnya serta anda juga boleh memperolehi Beg Eksklusif MILO HIDUP BOLA dan syarat untuk memperolehi hadiah – hadiah istimewa ini adalah begitu mudah.

Antara syarat – syarat yang ditetapkan, anda hanya perlu mengumpul mata melalui pembelian produk – produk milo. Dari minuman tin milo hinggalah ke pek refill milo seberat 2 KG, begitu mudah bukan?. Untuk rekod kempen penebusan hadiah dan pengumpulan mata ini berlangsung selama sebulan, di mana setiap bulan hadiahnya akan bertukar namun masih dalam rupa produk yang sama, cuma yang berbeza mungkin dari segi pasukan pilihan dan warna dan corak. Untuk melihat dengan lebih dekat apa yang saya maksudkan lihat gambar – gambar di bawah.

cara-dan-tebus

Untuk mengetahui dan menyokong kempen ini dengan lebih lanjut, rujuk pada sambungan ini MILO HIDUP BOLA, atau anda boleh klik imej – imej di post ini.

On Ahad, 18 Julai 2010
8

nescafe-kick-start

Nescafe Kick-Start kembali lagi menemui penonton untuk musim keempat dan ianya masih dalam pemilihan peserta dan anda yang berminat boleh mula memohon, untuk pengetahuan Nescafe Kick-Start merupakan rancangan TV yang sebelum ini ditayangkan di stesen TV Media Prima dengan kerjasama pihak Nestle Malaysia ( pengeluar nescafe ). Berkonsepkan seperti realiti TV, Nescafe Kick-Start seperti musim - musim yang lepas memberi fokus untuk golongan muda Malaysia menceburkan diri di bidang keusahawanan melalui idea perniagaan mereka sendiri sambil dibantu oleh mentor dari segi khidmat nasihat.

Namun untuk musim terbaru Nescafe Kick-Start kini berkonsep baru di mana, golongan muda yang ingin menyertai Nescafe Kick-Start akan diberi peluang untuk merebut 15 buah kerjaya yang paling dikehendaki iaitu seperti yang terdapat di dalam imej di bawah.

nescafe-kick-start-dream-job

Untuk melihat dengan lebih dekat dan bagaimana ingin menyertai rancangan Nescafe Kick-Start ini anda boleh klik di link NESCAFE KICK-START, atau imej – imej diatas.

On Sabtu, 17 Julai 2010
4

l_cdba219e058842d9b9d68a4854b6de87

Step Up merupakan salah sebuah francais filem tarian yang amat popular dan sering mendapat sambutan hangat penonton termasuklah saya sendiri. Sedari Step Up, Step Up 2 ( Streets ) hinggalah ke siri terbaru Step Up 3D, filem ini masih lagi berupaya mempersembahan seni kareografi tarian yang berjaya memukau penonton.

Step Up 3D masih mengekalkan pengarah yang sama yang mengarah Step Up 2 ( Streets ) sebelum ini iaitu Jon M.Chu manakala skrip pula ditulis oleh Amy Andelson dan Emily Meyer. Namun begitu filem Step Up 3D hanya mengekalkan seorang sahaja pelakon dari siri Step Up 2 ( Streets ) sebelum ini iaitu Adam Sevani atau lebih dikenali dengan nama Moose. Bagi anda yang meminati filem ini pasti mengenalinya.

Untuk rekod, Adam Sevani juga merupakan seorang penari, kareografer dan juga merupakan rakan kepada Jon M. Chu ( pengarah filem ini ). Malah mereka berdua mempunyai krew tarian mereka sendiri iaitu ACDC ( Adam Chu Dance Crew ), untuk anda yang berminat menonton video mengenai ACDC, sila rujuk di laman Youtube.

Selain watak Moose dikekalkan, Step Up 3D membariskan pelakon – pelakon baru yang lain iaitu Alyson Stoner, Rick Malambri, Sharni Vinson, Keith "Remedy" Stallworth, Kendra Andrews, Stephen "Twitch" Boss ( peserta So You Think You Can Dance 4 ) dan Joe Slaughter.

Step Up 3D akan menemui di pawagam pada 6 Ogos 2010 akan datang. Untuk ke laman utama filem Step Up 3D, anda boleh layari link ini Step Up 3D. Dibawah ini di paparkan video trailer dari laman sesawang Youtube.

On
3



Ingin suara anda di dengari?, kalau ya apakata anda sertai laman komuniti 'YouthSays'. Laman ini bukan sahaja sekadar laman komuniti untuk pemuda - pemudi menutur pendapat malah ia lebih dari itu. Ia menyediakan platform yang menarik iaitu:-

  1. Tinjauan atau 'Surveys' yang boleh disertai, dan anda akan mendapat 'rewards' untuk setiap tinjauan.
  2. Pengiklanan atau 'Advertising' yang anda boleh kempenkan, dan yang lebih menarik, untuk setiap kempen komuniti anda akan diberi mata 'contribution' untuk setiap klikkan unik.
  3. Dan untuk kempen komersil anda akan diberi RM0.20 untuk setiap klikkan unik.
  4. Turut menyediakan pertandingan untuk disertai, dan hadiahnya cukup lumayan.
Sudah cukup teruja untuk menyertai komuniti ini?. Apa bagusnya laman ini turut mendukung semangat 'Satu Malaysia' untuk golongan muda 15 tahun hingga 35 tahun. Untuk menyertai klik 'screenshot' diatas.

On Jumaat, 16 Julai 2010
2

malaysiacrime

Malaysiacrime.com?, anda pernah dengar atau mengetahui mengenai laman sesawang ini?. Jika tidak, mari saya kenalkan anda perihal laman sesawang Malaysiacrime.com ini. Seperti apa yang dinyatakan oleh penyedia laman sesawang Malaysiacrime, ini adalah satu – satunya laman sesawang yang memetakan kawasan di mana pernah berlaku jenayah seperti kes samun, kes pecah rumah, kes ragut dan banyak lagi kes jenayah yang menjadi kebimbangan kita selama ini.

Diintegrasikan dalam peta google maps, malaysiacrime.com juga ada menyediakan aplikasi yang boeh dioperasikan di dalam telefon Apple Iphone yang dibangunkan secara open source, dimana ianya boleh dimuat turun secara percuma.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, anda boleh ke laman utamanya di link ini malaysiacrime.com. Di sana anda dapat memerhati jenayah yang pernah dicatatkan si sekitar negara kita Malaysia, malah anda juga boleh membuat catatan di mana jenayah pernah berlaku di sekitar anda untuk peringatan kita bersama.

Disini juga saya sertakan link artikel lengkap mengenai malaysiacrime.com iaitu disini Artikel Mengenai Malaysiacrime dan sekali ini link laman sesawang utama Malaysiacrime.com.

On Khamis, 15 Julai 2010
12

animatronic_dinosaur

Dinosaur masih hidup!, tentu ramai terkejut dengan tajuk post saya ini. Gambar diatas bukanlah dinosaur yang dikawal oleh kawalan mekanikal tetapi ia adalah kostum!. Kostum dinosaur ini cuma memerlukan seorang sahaja untuk memakainya.

Kelihatan seperti hidupan yang benar, kostum ini mengingatkan saya pada filem siri Jurassic Park, arahan Steven Spielberg yang terkenal dahulu dengan konsep penceritaan haiwan pra sejarah ini. Menurut sumber yang diperolehi gambar dan video bawah ini dirakam di salah sebuah taman hiburan di negara Australia berdasarkan loghat bahasa pengendali.

Berdasarkan video yang disertakan di post ini, terdapat dua kostum yang di pakai oleh dua individu yang berbeza dan gerak langkah yang mereka aksikan begitu menyakinkan seolah – olah dinosaur ini benar – benar hidup. Anda kurang percaya?, anda boleh lihat sendiri. Untuk melihat dinosaur ini beraksi, anda boleh lihat video dari Youtube di bawah ini.

p/s:- Agak – agak kalau ianya benar – benar hidup, adakah sejinak ini?

On
11

durian belanda. graviola, soursop

Durian Belanda merupakan buah - buahan hutan tropikal yang jatuh dalam kategori buahan tempatan dan banyak di dapati di negara Malaysia kita. Namun tidak seperti namanya, buah ini bukan berasal dari Belanda ( pelik kan?, macam mana boleh dapat nama ni! ) sebaliknya ia boleh didapati disekitar utara negara Amerika Selatan, Amerika Tengah, di Carribean dan Mexico. Selain itu durian Belanda juga dikenali sebagai Soursop di dalam Bahasa Inggeris.

Mengikut pencarian maklumat di internet, durian Belanda atau Soursop mempunyai khasiat yang bagus untuk melawan kanser. Dimana mengikut kajian saintis perubatan kanser di UK ianya adalah berkali ganda lebih baik dari mendapatkan rawatan kemoterapi!.

Melalui artikel yang dipaparkan di laman utama kajian tersebut menyatakan masyarakat di Afrika dan Amerika Selatan menggunakan durian Belanda untuk merawat parasit, sakit sendi serta kemurungan. Jika dilihat dari kandungan nutrisi, durian Belanda ( Soursop, Graviola ) mengandungi Vitamin C, B1, B12, Kalsium, Iron, Serat dan Protein, dimana kesemua nutrisi ini adalah penting untuk menjamin kesihatan tubuh secara menyeluruh.

buah durian belanda

Mari kita lihat antara faedah yang boleh diperolehi dari buah durian Belanda ini, pertamaya daun pokok buah durian Belanda boleh merawat luka luar tubuh, dan membuang kutu di kepala dan pepijat di tilam atau bantal. Keduanya jus durian belanda ini dapat merawat uretritis, hematuria penyakit berkaitan hati dan juga kusta!.

Seterusnya, isi durian belanda ini boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka manakala air rebusan pucuk muda durian belanda dapat merawat masalah hempedu, batuk, selsema, cirit - birit, demam dan juga masalah ketidakcernaan perut serta air rebusan daunnya turut membantu dalam mengurangkan bengkak kaki dan keradangan.

Daun buah durian Belanda turut digunakan untuk merawat masalah kulit, selain dari kulit akarnya boleh merawat keracunan dan bunganya dapat meringankan selsema. Terakhirnya, biji buah durian Belanda berupaya untuk merawat anda yang selalu muntah - muntah.

2774575_f260

Ini adalah serba sedikit maklumat yang dapat saya kongsikan secara ringkas, jika ingin mendapatkan maklumat yang lebih lengkap anda boleh cari di enjin carian pilihan anda seperti Google contohnya. Akhir kata, buat peminat pasukan bola sepak Belanda, makanlah durian Belanda untuk merawat duka anda, hehehehe ( gurau seloka mainan jiwa ). Jumpa lagi di khasiat buah yang lain nanti.

p/s:- Ada tak tempoyak durian Belanda?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...