MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Ahad, 25 Julai 2010
12

faster movie poster

Faster merupakan sebuah filem genre aksi thriller terbaru yang dilakonkan Dwayne Johnson, atau lebih dikenali dengan sebagai Dwayne "The Rock" Jonhson atau The Rock. Kembali melakonkan watak yang penuh dengan aksi, ianya tentu merawat hati peminat Dwayne sendiri termasuklah saya berbanding dua filemnya sebelum ini yang lebih bertumpu pada kekeluargaan dan komedi iaitu Game Plan dan Tooth Fairy.

Faster bakal menemui penonton di pawagam lewat tahun 2010 ini, iaitu sekitar akhir bulan November. Mendapat sentuhan arahan dari George Tillman Jr yang sebelum ini pernah membikin filem Notorius ( 2009 ), manakala skrip untuk filem ini ditulis oleh dua beradik iaitu Joe dan Tony Gayton ( Gay?, diorang bukan gay ya, itu hanya nama ).

Disamping Dwayne Johnson, filem Faster turut dibintangi oleh Billy Bob Thorton ( Mr. Woodcock ), Carla Cugino ( Race To The Witch Mountain ), Maggie Grace ( Taken ), Oliver Jackson – Cohen dan Moon Bloodgood ( Pathfinder ). Filem Faster juga dilihat sebagai filem terbaru yang di lakonkan Billy Bob Thorton setelah sekian tahun tidak berlakon.

dwayne johnson “Dwayne Johnson sebagai Driver”

billy bob thorton “Billy Bob Thorton ( tengah ) sebagai polis veteran”

Antara plot utama filem Faster ini ialah :-

Ianya berkisar mengenai watak utama Driver lakonan Dwayne Johnson yang baru dibebaskan dari penjara setelah 10 tahun menjalani hukuman. Perkara pertama yang ingin dilakukan oleh Driver ialah membalas dendam ke atas kematian abangnya ketika rompakan bank berlaku yang membawa kepada hukuman penjaranya.

Untuk melihat plot yang lebih lanjut anda boleh layari laman utamanya di sini FASTER MOVIE, atau klik pada gambar poster diatas. Dibawah ini disertakan trailer untuk filem ini dari laman Youtube.

p/s:- Dwayne Johnson aka The Rock mempunyai Degree in Criminology and Psychology

12 Komen disini:

diana berkata...

dulu aku minat betul the rock..
tgh keja pun ingat dia..
sekarang x boleh dah..
bedosa ingat lelaki lain selain suami..(pulakkk)

amira berkata...

dh lama tak tgk beliau..
hoho.. mesti best,, maw layan.,

Post terbaru: Tidur pun jadi Masalah!

sop berkata...

wah.. the rockk

akuzle berkata...

dh lama dier blakon citer lembut2 now nk keras2 blk dh...mcm besh...ehehehhe

caliph shuriken berkata...

tgk tattoo faster tu tingat movie wanted, huh...

Faarihin berkata...

wah.. the rock..

m6hidrogen berkata...

movie terbaru lepas dia berlakon apa tu..fairy tooth?
sekarang baru nmpak sesuai dgn badan dia yg berotot sasa..

fndrocka berkata...

takde lagi filem the rock yg betul2 mengangkat dia sebagai pelakon gred A..semua biasa2 je

Derus berkata...

ish..byk tul filem..yang terbaru pun tak tertengok lagi nie...

"MULAN" berkata...

mesti nonton ni..

Ietams berkata...

macam best je citer ni

si gila papan kekunci berkata...

mintak izin copy info citer ni eh..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...