Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 14 Julai 2010
4

bright-sun-long-shadow

Vitamin D yang terkandung di dalam sistem tubuh anda mempengaruhi risiko anda untuk menghidap Parkinson. Kajian yang dilakukan di Finland menampakkan, kurangnya dedahan kulit pada matahari yang bertindak sebagai sumber vitamin D utama, boleh menaikkan risiko Parkinson.

Untuk pengetahuan vitamin D amat penting untuk kesihatan tubuh terutama untuk kesihatan tulang, mencegah kanser tertentu, sakit jantung dan diabetis type 2. Dimana fakta ini disokong melalui hipotesis yang dilakukan oleh para saintis dari Institut Kesihatan dan Kebajikan Kebangsaan di Helsinki Finland terhadap penyakit Parkinson, iaitu kekurangan vitamin D menyebabkan kehilangan neuron dopaminergik kronik di otak dan inilah punca utama Parkinson berlaku.

muhammad-ali-picture-4 “Lagenda tinju Muhammad Ali yang menghidapi Parkinson

Jadi apa lagi anda semua, mari kita berjemur di sinar matahari pagi ini sekurang - kurangnya 10 minit kerana ianya adalah sumber utama dan percuma untuk vitamin D. Tambahan lagi ia juga membantu kadar metabolisme tubuh anda!.

4 Komen disini:

Ruzana Shaliza Shashah berkata...

tp kan sekarang pukul 8 matahari tu da panas semacam je . btol ke tu time tu chya mthri baik tuk badan ? ke nnty leh sbb kn surnburn . nnty trus jd cncer kulit pulak . confius gk nih

atoyissan berkata...

kalau bawak kete sambil kena tempiah matahari dari tingkap tu kira aci tak ek??

akuvision berkata...

hehehe, panas tak terik kut pukul lapan tu. saya biasa berjemur pukul 10, matahari pagi tak sun burn rasanya.

sweetie2010.blogspot berkata...

Sweetie pernah terbaca, Sinaran matahari yang paling baik untuk vitamin D ni dalam 8.30am ke 10.00pagi, kalau berjemur jam 11.00 atau 12.00 mau sunburn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...